Dalam perjalanan balik ke rumah.
Dalam kereta."Mermmm...Izzah kau memang dah taknak cakap dengan aku lagi ke? " tanya Azwa.
Aku hanya mendiamkan diri tanpa membalas pertanyaannya. Aku masih lagi dengan mood merajukku. Siapa suruh mulakan dulu. Hehe.
"Izzahhh! "
Aku diam.
"Izzahhh!!" Suara Azwa bertukar menjadi suara mengada-ngada.
Aku diam.
"Izzahhhh!"
Aku diam. Sekali lagi dia ulang memang dia nak kena cepuk dengan aku.
"Izz...."
"Kau diam boleh tak. Tak boleh aku nak fokus. Tahu tak? Nak tanya pun tunggu la dekat rumah ke. Lagi satu aku bukan lelaki kau nak buat suara mengada-ngada kau tu. Aku tak cair tahu tak?" Kataku sambil menjeling Azwa.
Azwa terus mendiamkan diri.
Rasa serba salah la tu. Ada aku kesah. Hatiku berbisik.
"Izzah aku minta maaf. Jangan la merajuk dengan aku. Siapa nak tidur dengan aku nanti. Siapa nak teman aku. " kata Azwa dengan perlahan dan sedih. Dia hanya menundukkan kepalanya memandang tangannya di atas ribanya. Sempat aku jeling perbuatannya itu.
"Izzah aku minta maaf. " ulangnya lagi.
Aku pula yang rasa serba salah dengan reaksinya yang sebegitu.
"Dahla wa tak payah nak buat sedih-sedih bagai. Takda yang nak disedihkan sangat la. Kau tak salah la. Aku saja je tadi. " kataku dengan mata kadang-kadang menjeling si Azwa.
"Kau ni saja je la. Kau tahu tak aku ingat kau merajuk betul-betul. Aku dah nak menangis tahu tak. Dah la aku tak tahu nak pujuk kau macam mana. Huhu" kata Azwa sambil memukul lenganku. Mata Azwa telah merah. Matanya bertakung air mata dan hampir tumpah ke pipinya dapat ku lihat.
"Alololoo..kau la siapa suruh merajuk dulu dengan aku. Ha kan dah kena dengan aku. Dah tahu aku ni susah nak di pujuk pergi merajuk kenapa. Haha" kataku.
"Kau nikan. Suka buat macam tu. Aku dah separuh gila nak perah otak tahu tak nak pujuk kau macam mana. " kata Azwa sambil mengelap pipinya yang dihujani air matanya tadi.
"Hahaha. Ada aku kesah. Siapa suruh mulakan dulu. Werkkk " aku menunjukkan lidahku kepada Azwa.
Haih la Izzah perangai tak serupa dengan pakaian betul.
Dengan orang yang aku rapat memang macam tu langsung tak fikir dekat mana langsung. Kalau dengan orang yang aku tak rapat mula menjadi perempuan melayu terakhir.
Selepas itu kami mendiamkan diri. Aku memfokuskan pandangan kepada pemanduanku. Manakala Azwa dia menghadap telefonnya. Maklumla remaja sekarang mana boleh berjauhan dengan telefon bimbit yang penuh dengan laman sosial tu. Harap depa tu tak abaikan ibadah kepada Allah dah la.
Tiba-tiba aku teringat akan perkara yang aku tanyakan kepada Azwa ketika di cafe tadi.
"Wa yang pasal dekat cafe tadi... " aku merasa was-was untuk bertanya. Aku takut untuk tahu perkara sebenar.
"Apa? " Azwa tidak memandang ke arah ku langsung dia hanya memandang telefon bimbitnya sahaja.
Aku pula takut untuk bertanya. Takut Azwa sangka lain pulak. Azwa tahu cerita lamaku tapi dia tidak tahu namanya. Seperti Ira yang hanya tahu ceritanya sahaja.Yang tahu namanya hanya Farah sahaja. Kebetulan hati tu aku tersebut nama 'dia' di dalam mimpi ku.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...