17

39 2 0
                                    

Habis sahaja kelas math, aku dan Azwa terus menuju ke bilik Prof Adi. Tadi prof kata ada perbincangan sikit untuk kem motivasi yang akan diadakan semasa cuti sem ini.

Kami terus berlari menuju ke bilik Prof Adi. Dah lambat sangat. Yelah kelas math tadi boleh pulak profnya tak perasan masa dah habis. Memang kalang kabut la aku dan Azwa berlari.
Sampai sahaja di hadapan bilik Prof Adi, kami berhenti seketika untuk mengambil nafas. Selepas nafas kami teratur, aku mengetuk pintu bilik prof dan masuk selepas mendapat kebenaran.

Masuk sahaja bilik prof semua mata memandang aku dan Azwa. Ni paling aku tak suka ni. Haishh. Aneh sangat ke aku dan Azwa ni. Tahu la kita orang lambat masuk. Haishh.

"Maaf prof lambat " kataku.

"Mermm tak pe. Yang penting kamu berdua dah sampai sekarang. Lagipun ada juga yang baru datang. Duduk la mana-mana pun. " kata prof.

Aku dan Azwa dengan selambanya duduk atas lantai. Yelah tempat dah penuh. Lagipun ada juga la beberapa orang yang duduk atas lantai. Takpa jadi perempuan melayu terakhir hari ni.

"Ok mula-mula kita tentu setia jawatan. Siapa nak offer dirinya untuk jadi ketua. Bagi memastikan kem tersebut berjalan dengan lancar. So anyone? "

Suasana menjadi sunyi sepi. Tiada seorang pun yang mengangkat tangan untuk mengoffer dirinya. Aku hanya menundukkan kepalaku.

"Zakwan? "

"Faris?"

"Adam?"

Habis semua nama budak lelaki dia panggil. Alahai prof . Macam la tak tahu budak zaman sekarang macam mana. Eehh zah kau budak zaman dulu ke. Haha.

"Nik?"

Aku dapat merasakan jantung aku berdegup kencang. Dia ke? Ehh zah ramai lagi la yang ada nama nik. Bukan dia seorang sahaja.

"Ha? Nik Shahfiz Daris? "

What!! Seriuosly!! Jangan kata ni bukan dia jugak. Nama dah sama. Sebijik pulak tu. Okk nak tahu hanya dengan tengok muka dia je. Relax Izzah muka belum tentu sama. Maybe nama sama. Muka lain ke. Kalau sama macam mana?

Haishh la hati kau jangan nak mengucar-kacirkan perasaan aku boleh tak? Aku tengah berdebar ni.

Perlahan aku mengangkatkan kepalaku melihat gerangan yang dikatakan oleh Prof Adi.

Masa itu jantung aku rasakan telah berhenti degupannya. Ya Allah.

"Kamu sahaja la. Dah takda yang nak offer dirinya."

Aku hanya mendengar setakat itu sahaja yang dikatakan oleh prof. Otak aku dah melayang fikirkan benda lain.

Sungguh aku terkejut dengan pertemuan ini. Sekali lagi.

"Izzah"

Aku dengar aku orang yang memanggilku. Disertakan dengan menyenggol lengan ku. Aku menoleh kesebelah. Azwa yang memanggilku.

Aku mengangkatkan kening bagi menanyakan mengapa. Dia menunjukkan Prof Adi.

Aku memandang prof dan ketika itu juga prof memandang aku pelik.

"Kamu dengarkan saya panggil kamu Izzah?"

"Mermmmm... sorry prof. " aku menundukkan kepala ku sedikit menandakan minta maaf.

"Haishh kamu ni. Saya panggil dari tadi tahu tak? Semua pelik dengan kamu. "

Serta-merta aku memandang sekeliling. Rupa-rupanya mereka turut memandang aku. Pandanganku bertembung dengan pandangan yang paling aku tak nak pandang. Siapa lagi kalau bukan kawan yang pernah menghilang itu.

BestfriendWhere stories live. Discover now