Setiap aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun kita sebagai manusia mampu merancang dengan baik tetapi kita seharusnya tahu bahawa Allah lah yang merupakan perancang yang terbaik.
Malam kedua kami di kem tersebut telah berlaku kejadian yang paling dilarang oleh pihak atasan terutama sekali pihak penganjur. Terdapat beberapa orang peserta lelaki telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan dengan bermandi di kawasan sungai pada waktu malam. Kebetulan waktu itu, masa untuk Nik memerhati keadaan para peserta. Apabila Nik dapat menangkap budak-budak tu memang kena habis budak-budak tu kena dengan Nik.
Walaupun Nik jenis muka yang tiada perasaan tapi kalau marah mahu terbalik tempat tu. Aku pun tak tahu dia tu jenis yang diam-diam nampak baik tapi sekali mengamuk tak tahu nak cakap apa dah.
Ketika itu aku dan Azwa sedang menonton RunningMan melalui laptop aku terkejut dengar bising-bising terus kami bergegas keluar. Keluar je dari dom aku lihat budak-budak lelaki tersebut sedang dimarahi oleh Nik dan diperhatikan oleh Amir.
"Kaurang ingat tak bahaya ke malam-malam kaurang terjun dekat sungai tu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Apa aku nak jawab dekat makbapak kaurang ? Ingat ye dekat sini kaurang tanggungjawab aku. Kalau jadi apa-apa dekat kaurang dekat sini aku yang tanggung."
Marah betul Nik tu sampai hilang panggilan abang untuk para peserta di situ.Aku nampak Nik diam sekejap untuk ambil nafas dengan tangannya di pinggang dan kepala didonggankan keatas menghadap langit milik Allah yang Maha Esa.
"Aku tak kesah kaurang nak terjun dalam sungai tu. Tapi bagitahula aku takpun fasi lain. Kaurang perlukan pengawasan aku dan fasi bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.Kalau tadi kaurang ada yang lemas macam mana? Dah la malam orang tak nampak dan tak dengar. "
Nik sekali lagi memandang sekeliling dan mata bertembung dengan mata aku. Aku yang terkejut dengan pandangannya hanya kaku sehingga aku tersesar apabila Azwa menyiku lengan aku. Mata tak jaga langsung. Habis 'kesucian' mataku tercemar dengan pandangannya tasi. Aku dapat melihat Azwa tersenyum sinis kearah aku.
"Apa ? Sibuk la " kataku sambil menjeling Azwa dan bagi menutup malu aku.
"Yela siapa la kita untuk menyibuk. Yela orang tu tengah bermain mata dengan buah hati kesayangan. Kita ni tahunya mengacau je . Baru nak lepas rindu dekat buah hati la katakan " rajuk Azwa kononnya .
Aku yang tengok pun menyampah. Poyo je lebih.Nasib baik tak kena dengan aku. Disebabkan sayang punya pasal. Yelah dah bestfriend forever katakan .
Apabila aku melihat kearah peserta yang di'ceramah'kan oleh Nik tadi, mereka telah bersurai ke dom mereka. Nik dan Amir sedang duduk di bangku yang terdapat di kawasan situ.
"Tak nak tenangkan buah hati ke ? " tanya Azwa sambil menyiku aku .
"Kau gila. Malam kut . Esok ada. Aku cakap esok je la. " mataku bulatkan .
Agak-agak la malam-malam nak cakap dengan lelaki tu. Baik aku tidur lagi bagus.
Nampak tak kepoyoan kak yong. Ye je tak nak cakap dengan Nik tapi dalam hati nak sangat cakap dengan Nik. Dah lama tak sembang antara kawan dengan kawan.
"Ala ingat aku tak tahu kau nak sangat cakap dengan dia kan tapi malu. Mulut kata tidak hati kata mahu. Bukan mahu je tapi nak sangat ." Kata Azwa sambil ketawa.
Aku terus masuk ke dalam dom dan menutup laptop terus tidur. Malas nak dengar sakatan si Azwa malam-malam buta.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Keesokkannya aku dapat lihat peserta yang terjun sungai itu hanya menundukkan muka sahaja apabila Nik bercakap untuk memberikan taklimat bagi aktiviti pada hari itu.
Dah kantoi baru nak malu. Masa buat tu tak fikir buruk baiknya.
"Kenapa ya akak nampak muka Nik macam garang sangat hari ni ? Ada apa-apa berlaku ke malam tadi? Akak dengar jugak malam tadi bising-bising. Kenapa ? " tanya Kak Bella.
Kejadian yang berlaku malam itu hanya diketahui oleh fasi-fasi yang berkuasa sahaja terutamanya Prof Adi. Apabila Prof tahu tentang perkara itu, pagi tu jugak selepas subuh budak-budak tu kena 'ceramah' lagi dengan Prof Adi. Nik hanya diam dan memerhati sahaja. Mungkin dia dah cukup lepas geram malam tadi.
"Akak tak tahu ke malam tadi ada kejadian yang seram? " tanya Azwa.
"Kejadian apa?"
"Ada budak terjun sungai malam tadi. Nik dapat tangkap mengamuk la dia."
Kak Bella hanya menggelengkan kepalanya dengan kata-kata Azwa. Aku yang berdiri diantara mereka hanya diam dan memerhati Nik yang sedang memberi arahan kepada para peserta.
Memang betul apa yang dikatakan oleh Kak Bella. Muka Nik betul-betul nampak tegang. Aku sempat la jugak cakap dengan dia lepas Prof Adi 'ceramah'kan budak-budak yang terjun sungai.
"Kau ok ke ?" Tanya aku .
Dia yang nampak terkejut aku menegur dia terus menoleh kearah aku yang berada disebelahnya. Aku pun terkejut jugak macam mana aku boleh cakap dengan dia. Maklumla aku ni jenis kak yong yang malu.
"E..err.. okay je " balasnya selepas tersedar dari terkejutnya. Raut wajahnya juga kembali normal.
"I know you better dude " kataku sambil memandang budak-budak yang di'ceramah'kan oleh Prof Adi.
"Yeah. You know me very well. But everyone change " katanya sambil tersenyum.
Ye kau berubah. Sangat.
"Budak-budak biasala tu tahu nak have fun je. Macam kau jugak. Macam tak pernah jadi remaja. " kataku bagi menutup kata hatiku.
"Yeah. Sekarang ni pun aku still lagi remaja apa. " diakhir katanya dia ketawa.
Senyuman dan ketawanya yang aku dapat lihat secara langsung. Senyuman yang boleh membuatkan semua wanita memandangnya akan cair dan terpesona.
Hoii izzah sedarla itu adalah zina. Antara punca zina adalah mata. Dari pandangan mata itu turun ke hati yang menyebabkan manusia terjerumus kepada penzinaan.
Rasulullah bersabda,
Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bahagiannya dari zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa dimungkiri. Mata bisa berzina, dan zinanya adalah pandangan (yang diharamkan). Zina kedua telinga adalah mendengar (yang diharamkan). Lidah (lisan) boleh berzina, dan zinanya adalah perkataan (yang diharamkan). Tangan boleh berzina, dan zinanya adalah memegang (yang diharamkan). Kaki boleh berzina, dan zinanya adalah ayunan langkah (ke tempat yang haram). Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya. (HR. Bukhari no. 6243 dan Muslim no. 2657)
Dalam hadits ini, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menyebutkan zina mata pertama kali, kerana inilah dasar dari zina tangan, kaki, hati, dan kemaluan. Kemaluan akan tampil sebagai pembukti dari semua zina itu jika akhirnya benar-benar berzina, atau mendustakannya jika tidak berzina. Oleh kerana itu, marilah kita menundukkan pandangan kita. Kerana jika melakukannya, bererti kita telah membuka berbagai pintu kerosakan yang besar.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...
