8

62 4 0
                                    

Alhamdulillah projek yang aku dah rancang last minit dapat dilaksanakan. Projek terakhir maybe. Yelah tahun depan dah kena fokus untuk SPM.

Di dalam kelas

Aku tengah menghadap telefon.
Korang jangan tak tahu sekolah ni macam sekolah bapak aku. So suka hati aku nak bawak telefon atau tak. Haha. Gurau je sekolah memang benarkan untuk bawa telefon bimbit,laptop dan segala alah benda moden la . Halmaklumla dunia sekarang makin moden . Semua nak guna gajet. Belajar sekarang pon nak kena guna laptop. Jarang dah nak guna buku ni.

Aku saja scroll tl twitter.Bosan cikgu tak datang. Scroll punya scroll nampak pulak moments si dia.

"Aku rindu kau la bestfriend"

Biar betul mamat ni rindu bagai segala ni. Yang aku ni pun satu entah sapa bestfriend dia tu. Bukan kau seorang je yang jadi bestfriend Izzah Izzah. Bisik hatiku.

Aku kalau dah tahap bosan memang hanya akan scroll tl je. Nak tegur orang yang dirindu malu pulak. Biasa la perempuan mestilah nak lelaki yang tegur dulu. Walaupun rindu tahap gaban diam je yang mampu.
Tapi aku rindu time persahabatan aku dan dia dulu. Rapat boleh la dikatakan rapat. Asyik nak chat sahaja. Kalau tak chat mesti berskype. Lagipun dia memang rapat dengan abang-abang dan family aku. Lagi-lagi abang chik. Yela umur pun sama. Setiap kali skype salah satu abang aku akan join. Kalau tak pun parents aku. Aku dengan family dia boleh la dikatakan rapat jugak. Dia ada adik yang seumur dengan aku tetapi lelaki. Adik dia pun not bad la. Haha. Alahaii kak yong abang kau nak adik nya kau nak. Bawak mengucap kak yong. Ishh ishhh .

"Ting!"
Notification twitter ku berbunyi.

nevemore_: Haii babe!! Rindu kau la.

Aku rindu kau jugak la. Bisikku.
Aku hanya membiarkan chatnya itu. Aku rindu dia tapi aku tak layan rindu itu takut menjadi lebih lagi.

"Oiii!! " sapa satu suara.

Aku dah tahu itu siapa. Aku menoleh.
"Merrmmm kenapa? Korang pergi mana? Lambat masuk " tanyaku.

"Rehat la. Lagipun tadi aku bawak Aina pergi bilik kesihatan kejap " kata Amirah.

"Ha? Kenapa? Aina kau ok tak. Aku buat benda tadi melebih ke? Sorry sangat. Aku ingat tak melebih tadi. Sorry " kataku sambil membelek badan Aina kerana takut ada kecederaan yang aku tidak tahu.

"Haishhh kau ni kan. Aku ok la. Tadi pergi bilik kesihatan sebab nak ambil ubat demam je. Nak get ready takut demam pulak tiba-tiba" katanya.

"Weiii sorry . Aku ingat buat benda tu tak ada  yang jatuh sakit ke apa ke. Tapi aku dah buat kau demam pulak. Sorry Aina" kata ku dengan serba salah.

"Aku okk la.Don't worry la " kata Aina untuk meyakinkan aku.

"Ok good. Nanti kalau apa-apa bagitahu aku"

Aina hanya mengangguk sahaja. Aku masih memandang Aina. Rasa serba salah aku tak hilang lagi. Aku ni pun satu kenapa tak ingat yang Aina ni jenis yang takut gelap.Izzah Izzah.
Aina nampak aku masih serba salah. Dia memegang tangan bagi meyakinkan aku yang dia tak salahkan aku.Aku hanya membalas dengan senyuman dan menggegam tangannya.

"Ha dah la duduk. Aku penat la tengok korang berdiri dari tadi. Asyik kena dongak je" kata Amirah.

"Sapa suruh kau duduk dulu" kataku sambil duduk di kerusiku.

Kami sambung bercerita.Isi masa dengan bercerita sangat la pelajar contoh. Tak sedar agak nya tahun depan dah SPM. Bila la nak berubah ni. Serunya tak datang lagi la tu.Haha.

BestfriendWhere stories live. Discover now