Sekolah
Pengumuman semua murid diminta beratur di dewan. Hari ini akan diadakan majlis rasmi. Semua murid diminta memberi kerjasama. Sekian terima kasih.
Aku dan kawan-kawan ku terus menuju ke dewan. Masing -masing dah jeling aku. Apa citer?
"Asal semua jeling-jeling aku ni?" Tanya ku kepada kawan-kawanku.
"Diaorang dah agak la tu kau punya angkara ni. Nak buat kerja gila kau tu" balas Aina.
"Kerja apa? Aku belajar pun belum habis." Kataku lagi.
"Elehhh buat tak tahu pulak. Selama ni sapa ja yang selalu buat prank kat orang? Bukan kau ke ?" Balas Amirah pula.
"Yela aku je la yang buat prank je. Macam la tak da orang lain " kataku sambil buat-buat merajuk.
"Alooloo merajuk pulak kak yong sorang ni. Aloo bucuk -bucuk " balas Aina sambil mengusik -ngusik daguku.
"Haishhh apa ni. Aku wangi la bukan macam kau. Aku bukan kucing ye kau nak buat macam tu" balasku .
"Yelaa jom lambat nanti kena duduk belakang tak chokk" kata Aina.
"Elehh cakap ja la kau nak tengok muka Abang Amir dekat atas pentas tu. Kantoi la kamu " balas Amirah.
"Hahaha Aina kantoi" balas ku pula.
Aku dapat lihat muka Aina telah berubah menjadi warna merah."Haishhh dah la. Jom nanti kena marah dengan cikgu" kata Aina mengelak daripada kena usik dengan aku dan Amirah.
"Ok semua beratur mengikut kelas" kata ketua pengawas iaitu lelaki pujaan Aina a.k.a Abang Amir.
Aku memandang kearah Aina sambil tersenyum mengusik. Makin merah muka Aina. Nasib kau la Aina kena dengan aku.
Majlis yang membosankan. Dengar pengetua bercakap pasal sekolah teramat lama bosan. Kalau bercakap tak pernah ada fullstop nya. Masa ni la aku paling tak suka. Kena duduk lama sangat.
Tiba - tiba lampu di dalam dewan tertutup. Gelap keadaan dewan tersebut. Mula kedengaran jeritan murid-murid perempuan yang ketakutan. Paham-paham je la perempuan macam mana kalau menjeritnya. Bingit ya amat. Tapi yang penting bukan aku. Hehehe.
"Yong ni dah kenapa gelap pulak " kata Amirah.
"Mana la aku tahu" balas ku.
Antara kami bertiga senyap. Masih lagi kedengaran suara - suara budak gedik yang terjerit - jerit. Yang aku pasti si angsa tu. Suara dia tu kalau tak guna pembesar suara pun memang dah sedia kuat . Aku rasa lain macam pulak. Macam ada orang menangis. Aku dah rasa memang bulu roma aku.
Haishhhh time ni la kau nak muncul. Bisik hatiku.
Aku cuba untuk kuat hati untuk mencari datangnya suara tangisan itu. Aku menoleh ke kanan iaitu tempat duduk Amirah. Tiada. Aku toleh pula ke sebelah kiri iaitu tempat duduk Aina. Aku dengar tangisan itu.
"Na! " tegur kepada Aina.Aina tidak mengangkat kepalanya. Dia hanya menunduk dan meletakkan kepalanya ke lutut. Aku pegang bahunya. Dapat aku rasa bahu bergegar. Aku cuba mendekat diri kepadanya. Kedengaran suara tangisan yang ku dengar datang daripada Aina.
"Na kau ok tak? " tanya ku.Aku cuba fikir kenapa Aina menangis.
"Weii kenapa? " tanya Amirah."Ni ha Aina menangis. " balasku.
"La.. kau ni pun macam tak tahu dia kan takut gelap " kata Amirah.
Ha'a la. Macam mana la aku boleh lupa. Haiahhh . Izzah Izzah.
Aku memeluk bahu Aina untuk menghilangkan rasa takutnya.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...