Aku tersenyum riang. Dia beri aku lampu hijau.
Ya, dia suka aku. Macam aku suka dia. Cinta yang berbalas, buat aku pergi sekolah dengan perasaan yang berbunga.
Setiap malam, sebelum tidur, aku buat Super Savers, untuk call dia. Setiap pagi, sebelum ke sekolah, dia akan mesej aku untuk mengucapkan selamat berjaya untuk kami yang pada tahun itu menghadapi peperiksaan SPM.
Jarak aku dengan dia tak sedekat macam pasangan sekolah yang lain bercinta.
Aku di Pahang, dia di Johor.
Aku syak kalau lagu Baek dari Joe Flizzow tu dah ada, mesti dia akan selalu nyanyi,
"Dia orang Pahang, aku orang Johor. Dia tak biasa duduk belakang di atas motor."
Masa ni, tahun 2009, aku tak reti bawa motor.
Aku belajar bawak motor pun dari dia. Aku malu gila. Belajar bawak Suzuki RG, dari seorang makwe.
Gila.
Aku lelaki, pun tak reti nak tunggang motor.
Sebab dia cuma satu, abang aku pernah terlibat kemalangan yang hampir meragut nyawa dia. Kemalangan motosikal, for sure.
Aku jadi takut.
Aku takut untuk bermotosikal. Jadi, aku skip lesen motor, aku cuma ambil lesen kereta.
2009, kemelut antara negeri Pahang dan Johor masih belum wujud secara meluas sejak isu Seri Mersing yang aku kira, itu persengketaan terakhir antara dua negeri ini.
Aku tak berapa tahu sangat pasal tu. Orang je selalu kata, Seri Mersing sebenarnya isu persengketaan antara dua negeri ini.
Ah, pedulilah. Aku taknak tahu pun.
YOU ARE READING
Dia
RomanceKalau bukan kerana dia, aku takkan pernah tahu, perit jerih jatuh cinta. Kalau bukan kerana dia, aku takkan pernah rasa, tanggungjawab dan cinta kepada Dia. ※ Completed ※ © Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan untuk Wattpad™ © All Rights Reserved Publi...