#12

5.2K 179 10
                                    

2010

Earth angel, earth angel,
Will you be mine?
My darling dear,
Love you all the time,
I'm just a fool,
A fool in love with you..

Playlist yang menjadi luka dalam hati aku suatu ketika dulu, masih dimainkan macam biasa.

Bukanlah aku nak kata aku tak boleh move on.

No.

Aku lebih suka duduk di dalam memori.

Memori tu sangat indah. Sekalipun aku ditinggalkan dulu, aku tetap sayang akan memori tu.

Dengan memorilah, aku sedar, aku dah jauh mengembara dalam masa sebenarnya.

Beg pakaian dan laptop aku kemas baik-baik.

Hari ni aku mendaftar di kolej swasta ternama di Kuantan.

Kolej Shahputra.

Sebenarnya aku taknak pun sambung belajar. Aku dah tahu aku tak dapat ke mana. Aku pun malas nak susahkan mak abah keluar duit lagi.

Tapi bila abah cakap,

"Belajarlah angah. Kalau kau tak belajar, macam mana kau nak tegur anak kau supaya belajar bersungguh-sungguh sedangkan kau pun kecundang masa SPM? Abah tak marah. Abah tahu kau accident. Abah tahu kau tak boleh buat. Abah beri kau peluang. Sambung belajar. Ubah keputusan kau. Boleh ye?"

Aku sebenarnya paling jarang berbual dengan abah. Mungkin sebab sebagai seorang bapa sentiasa bertegas. Dan sering bersikap dingin.

Dan sikapnya itu aku ikuti. Aku jadi macam dia.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Aku hidupkan enjin kereta. Aku pergi sendiri je. Tak jauh mana pun rumah aku dengan kolej tu.

Aku salam mak abah.

Abah selit sejumlah duit di dalam poket baju aku.

Aku sempat menjenguk ke dalam poket.

"Belajar rajin-rajin. Anak abah mesti boleh!"

Aku tersenyum. Aku dahagakan perhatian dia. Aku tak perlukan duit atau apa sebenarnya. Aku nak perhatian dia.

Abah antara orang yang paling dekat dengan aku, tapi paling jarang aku jumpa sebenarnya. Sampai satu tahap masa aku sekolah rendah, aku pernah menangis sebab abah berjanji dengan aku untuk datang ke sekolah untuk menghadiri sesi tandatangan report card aku.

"Kalau angah dapat 3A, abah datang sign."

Aku bersungguh cuba dapatkan 3A seperti yang abah mahu.

Alhamdulillah, aku dapat 4A. Aku beritahu abah. Aku telefon dia. Dia bersetuju.

Aku sebarkan berita tu pada rakan sekelas.

Aku gembira, akhirnya abah akan datang juga tengok pencapaian aku di sekolah.

Tapi, abah tak datang.

Aku sedih. Aku tunggu dari pagi. Sampai petang. Abah tak kunjung tiba.

Sampai aku taknak balik rumah. Cikgu terpaksa menelefon abah aku.

Aku berkeras taknak balik selagi abah tak tunaikan janji.

Abah datang juga akhirnya. Tapi pukul 7 malam. Cikgu dah garu kepala. Aku taknak balik.

Bila abah datang, aku menangis. Aku ungkit janji lama.

Abah sekadar mendukung aku. Sambil memujuk aku yang dia dah pun datang.

Punya la sukar aku nak jumpa dia sendiri, sampai aku perlu merajuk.

Sebab tu, bila aku dipuji atau diberi perhatian, aku rasa janggal. Tapi itu sebenarnya aku impikan.

Masa kecil, aku tak faham. Aku tak faham yang dia sibuk untuk aku. Untuk memastikan perut aku tidak akan berlapar.

Bila aku dah besar, aku faham. Apa itu erti sebuah tanggungjawab.

"Baik abah."

Aku masuk ke dalam kereta. Entahlah, aku rasa kolej tu tak jauh pun dengan rumah, tapi aku rasa sayu bila dia melambai pada aku.

Aku biarkan perasaan tu berlalu.

Mungkin sebab aku tak selalu diberi perhatian begitu, jadi aku rasa sayu, sebak bila abah lebih banyak luang masa untuk aku.

*****

Keadaan di sekitar kolej itu dipenuhi orang ramai. Ada yang datang dengan keluarga, ada yang datang dengan kawan-kawan.

Aku?

Macam biasalah, lone ranger.

Aku dah biasa begini. Aku buat semua benda sendiri. Aku rapati meja pendaftaran itu.

"Hai, selamat datang. Nak mendaftar ke?"

Habis tu takkan aku datang nak jual produk MLM?

Aku mengangguk. Dihulurnya pada aku sekeping borang. Aku mengisi dan kemudian menuju ke kaunter pembayaran.

Selesai semuanya, aku berkira-kira juga untuk ke kaunter pinjaman pembiayaan pelajaran.

Tapi aku tak reti procedure dia.

"Dik? Nampak macam lost je? Boleh abang bantu?"

Seorang lelaki, aku kira senior di situ menegur aku.

"Ya, err, saya nak buat loan pinjaman. Err, saya layak tak?"

Aku menghulurkan salinan SPM aku pada lelaki itu.

Aku dapat lihat, berkerut juga muka dia.

Ya, SPM aku jahanam tapi jangan la tunjuk sangat riak wajah macam tak boleh buat pinjaman.

Bangkai.

"Tak boleh la dik kalau nak buat loan MARA. Kalau PTPTN, mungkin boleh. Ada bawak dokumen yang dia nak?"

"Dia nak apa eh?"

Aku dah mula rasa macam tak lengkap persiapan aku.

Yelah, aku taknak sambung belajar kan?

"Salinan IC penjamin, SPM, ada bawak?"

Aku tak pasti. Aku bawak atau tidak?

Terus aku pergi dari kaunter pinjaman itu. Lelaki tadi masih pelik.

Dia tak kejar pun. So aku beralih ke kaunter penginapan. Aku letak borang aku di situ, dan aku ditempatkan di sebuah rumah sederhana besar, di Astana Village.

*****

Selesai semua pendaftaran, aku masuk ke dalam kereta. Aku nak ke rumah penginapan pula. Boleh tahan juga la kolej ni sediakan rumah untuk pelajar dia.

Betapa cemburunya aku bila tiba di rumah itu. Semua orang datang dengan keluarga masing-masing.

Bagai nak pecah dada aku bila aku teringat abah yang selalu sibuk.

Kenapa orang yang aku sayang, selalu jarang ada untuk aku?

Apakah ini karma bila aku sendiri tak pernah ada untuk orang yang ambil kisah tentang aku?

Macam contoh, Marina. Aku tak pernah kisah soal dia. Aku tak pernah peduli soal dia.

Aku pentingkan diri sendiri.

Aku kadang-kadang menyesal dengan sikap aku.

Tapi, sebab dah terlalu biasa dengan sikap begini, aku jadi antisosial. Aku tak reti bergaul dengan orang. Aku tak reti nak mulakan persahabatan unless kalau dorang tegur aku dulu.

What a selfish man, I am.

DiaWhere stories live. Discover now