Madi
Terlelap juga Maira akhirnya. Hati aku dah tak rasa apa. Sedih tak terkira, aku rasa aku dah terlalu tepu untuk bersedih sentiasa.
Tubuh Maira aku dukung, bawa ke bilik, baringkan dan aku selimutkan.
Kesan airmata keringnya terbentuk di pipinya.
Aku diam.
Aku tak rasa sakitnya.
Aku juga tak rasa sengsaranya.
Lampu dimatikan.
Aku melangkah ke ruang tamu.
Termenung.
Lama juga aku termenung.
Aku taktau apa yang aku fikirkan.
TING!
Mesej masuk ke dalam inbox telefon aku.
Aku belek telefon itu.
"Eh, tadi ada bunyi mesej?"
Aku berbisik sendirian. Tadi baru je aku dengar notification masuk.
TING!
Bunyi itu datang lagi. Aku mencari-cari telefon Maira.
Lama juga aku tak tengok telefon dia.
Sedang elok telefonnya di atas meja, dicucuk charger.
Entah berapa lama telefon itu dicas, aku pun tak pasti.
"Your current credit will be expired on ---"
Oh, mesej dari Celcom. Dah nak tamat tarikh rupanya. Aku topupkan la kemudian. Dah malam, aku malas nak keluar lagi.
Sambil aku membelek telefon Maira, timbul juga perasaan ingin tahu aku apa isi kandungannya kerana selama ini aku tak pernah sentuh.
Bukan kerana aku takut dengan dia, aku cuma tak masuk campur apa urusan dia.
Begitu juga dengan dia.
Telefon kami masing-masing tidak diawasi.
Kenapa perlu belek?
You love each other based on trust, right?
Relationships are built on trust.
What's the point untuk korang gagalkan kepercayaan tersebut?
Insecure?
IDGAF.
Mujur aku dan Humaira taklah begitu.
Aku je kot?
Dia insecure jugak.
Kalau dah nama perempuan...
Aku belek satu-satu isi kandungannya.
Gambar, video, voice note.
Kebanyakkannya milik aku dan dia.
Gambar pergi makan, pergi tengok wayang, pergi KL, pergi Melaka, tayar bocor dekat Kulai, overheat radiator dekat Batangkali, selipar putus, jatuh motor, gambar aku tengah tidur, gambar dia selfie, senang cerita terlalu banyak gambar dan kenangan yang ada di dalam telefon itu.
Bila aku tonton video di dalam telefon itu, airmata aku berjurai jatuh.
Video berdurasi 24 minit 32 saat, video dia berceloteh tentang bahagianya aku dengan dia selama ini, tentang kejujuran isi hati dia akan kebajikan yang aku jaga selama ini serta keprihatinan keluarga aku terhadap dirinya, buat aku rasa sesak dada. Perutnya diusap berkali-kali, sambil dia juga turut sebak di dalam video ini.
"Saya tinggalkan keluarga untuk hidup bersama awak, you have a good family, but I don't. Lives in a broken family are not suitable to grow up our baby later. My dad as you can see, ex prisoner, convict or whatsoever people called him. I do love him before, but since, he also try to rape me once, saya tak boleh terima lagi kewujudan dia. No wonder my mom pun pilih untuk bercerai. Sampai saya adik beradik sengsara. Saya takde arah tuju. Sebab itulah, saya balik ke sini semula. Awak demam, awak jatuh motor. Saya.. nak cerita benda ni, tapi saya takut. My pasts are already bad enough for you, ditambah lagi dengan cubaan rogol dari abah sendiri? Saya ingat dia dah berubah. Fuck him. Fuck him so much and I hate him till the day I die."
Video itu masih berjalan. Kelihatan Humaira menahan airmata sambil mengusap perutnya.
"Saya nekad, saya perlukan awak untuk lindung saya. Sebab itu, saya taknak keluarga tahu isi dalam perut saya dulu. Dan saya pilih untuk terus bersama awak sebab saya tahu, keluarga saya tak boleh harap. Abang, saya tak cerita sebab dan asbab kenapa saya pilih jalan ini. Saya takut. Andai kata satu hari nanti abang tengok video ini, entah apa agaknya keadaan saya masa tu. Mungkin mati?"
Maira terhenti suara di situ.
Video itu masih berbaki 4 minit.
Aku tak pernah tonton video ini.
Aku tak pernah tahu wujudnya video ini.
Cubaan dirogol?
Apa yang aku tak tahu ni?
Maira masih mengusap perutnya. Sambil menahan airmata dari terus mengalir.
Di akhir video itu, Maira meninggalkan pesan yang sangat mendalam bagi aku.
"Abang, kalau semua orang benci abang, ketahuilah, Maira ada untuk sayang diri abang selamanya. Jaga Maira baik-baik, Maira akan jadi isteri abang yang terbaik."
Video itu tamat.
Maira masih wujud, baby tidak.
Aku sebak.
Dan akhirnya menangis.
Untuk kali ke berapa, aku sendiri pun tak tau..
YOU ARE READING
Dia
RomanceKalau bukan kerana dia, aku takkan pernah tahu, perit jerih jatuh cinta. Kalau bukan kerana dia, aku takkan pernah rasa, tanggungjawab dan cinta kepada Dia. ※ Completed ※ © Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan untuk Wattpad™ © All Rights Reserved Publi...