#29

5.1K 129 31
                                    

"Maira.."

Aku diselubung rasa serba salah. Aku langgar prinsip aku sendiri.

"Madi.. saya tak sangka.."

"I am sorry. Saya tak sengaja.."

"Madi, awak.."

Humaira menarik selimut yang sejak dari tadi tak menutupi badannya.

Habis ejakulasi, barulah keadaan jadi dingin. Setandus suasana.

"Madi.."

Aku menyelak selimut dan baring di sebelahnya.

Humaira seakan ketakutan.

"Maira, saya janji akan bertanggungjawab."

Humaira melarikan anak matanya.

"My ex said that before."

Aku rasa diludah tepat di atas muka.

Rasa insulted.

"Maira.."

"Don't make promises. Satu hari nanti awak lupa.. saya pun tak sengaja. Saya pun terhanyut sama. Please, jangan ada lagi perkara macam ni.."

Humaira bangun dari katil dan terus keluar ke bilik air tanpa seurat benang.

Aku tertunduk.

Menyesal.

*****

Balik dari balai polis, aku bawa Humaira keluar sebentar. Entahlah, bila orang tanya, terutama kawan-kawan aku yang kenal dan tahu aku bersekedudukan dengan Humaira,

"Korang ni bila nak kahwin? Baik kahwin je dari terus buat dosa. Jangan cakap tak sentuh la, dah nama duduk sama."

Aku mula terfikir soal perkahwinan. Ya, aku sayang dia. Dan aku dah pun terlanjur dengan dia.

Humaira cuma diam. Aku terfikir juga, apa yang dia kalutkan sangat ni? Bukan suci lagi pun.

"Awak kenapa Humaira? Diam je."

"Saya berfikir."

"Apa awak fikir?"

"Banyak benda."

"Salah satu?"

"Awak ni dah bodoh ke atau pura-pura bodoh?"

Aku tersentak dengan jawapan dia. Berubah airmuka aku masa tu.

Dia langsung menarik tangan aku.

"Sorry, saya tergelincir. Saya terfikir, apa yang akan jadi hari esok."

Aku yang masih berbekas terkilan dengan jawapan kasar dia tadi terus bangkit dan melawan.

"Kau tu tak payah nak berlagak baik pulak la! Aku tanya baik-baik, jawab macam ni pulak."

Aku ni sebenarnya dulu cukup mudah panas.

Panas baran, dalam erti kata lain.

Panas baran yang teramat.

"Madi.. awak tahu saya macam ni sebab saya cerita. Cuba kalau saya tak beritahu, awak buat ke semua ni?"

Jangan lebih marah dari sayang.

Aku duduk kembali.

Aku menggeleng.

"Sebab tu saya fikir sayang, patut ke apa yang kita buat tadi. Kita ni orang Timur sayang, adab ketimuran kita tinggi. Kita bukan orang Barat. Madi saya faham kan sayang?"

Tangan kecilnya mengelus lembut di pipi aku.

Macam aku pernah kata, dia tak pernah gagal ambil hati aku.

"Saya minta maaf. Saya di luar kawalan. Saya tak lawan nafsu."

"Semua orang buat silap, sayang. Saya pun pernah buat silap. Tapi itu dulu. Biarlah sekarang kita tak lakukan silap yang saya pernah buat dulu."

Humaira mengeluarkan sesuatu dari purse miliknya.

Sehelai kertas.

Laporan polis?

"Apa ni?"

"Saya dulu dirogol Madi. Ya, saya mabuk. Dan saya dirogol. Awak tahu tak sakitnya perasaan saya masa tu. Saya simpan salinan report polis ni pun sebab macam sekarang ni la. Supaya awak tak keluar perkataan tadi. Tapi awak keluarkan dulu sebelum saya sempat beritahu hal sebenar."

Entah, kali ni Humaira langsung tak menitiskan airmata.

"Saya berani bersumpah, dengan nama Tuhan pencipta sekalian alam, saya dirogol. Ya, saya pendosa. Tapi saya juga ingin ke syurga. Saya dah tak boleh menangis bila sentuh soal ni, saya dah puas menangis."

Jelas Humaira panjang lebar. Termasuk dengan persoalan aku yang bermain di fikirannya itu.

"Boleh awak janji dengan saya, bimbing saya sama ke syurga?"

Aku mengangguk. Aku tak boleh janji. Sebab dia akan cakap supaya jangan berjanji.

"That's my sayang yang saya kenal. Awak boleh minta apa saja dengan saya, saya boleh tunaikan. Tapi bukan sex. Ya Madi? Kita jangan buat lagi, boleh?"

Aku seakan tidak mahu menurut permintaannya.

Bilamana benda ni pertama kali berlaku dalam hidup aku, aku jadi ketagih.

Macam ciuman.

Aku tak pernah buat, sekali dia buat, aku hanyut.

Aku mahukan lagi dan lagi.

Masalah datang pada aku juga sebenarnya.

Aku tak lawan. Aku turutkan nafsu. Dan bila nafsu itu menjadi besar, aku makin sukar nak lawan.

Jadi sebati dengan darah daging.

Sebab apa?

Sebab aku anak Adam yang akan sentiasa digoda oleh syaitan dari permulaan kelahiran sampai ke kematian aku.

Tak, aku tak salahkan syaitan. Aku juga tak salahkan Tuhan, apatah lagi manusia.

Aku salahkan diri aku.

I put that blame on me.

Aku kembali memandang wajah Humaira.

Berat sebenarnya aku nak cakap benda ni.

Tapi, sebab aku cuba untuk tidak melakukan dosa yang dia sendiri tak merelakan ianya berlaku lagi, aku perlu cakap juga.

"Saya nak putus.."

Masa tu, aku sedar, aku bukan lelaki yang sempurna.

DiaWhere stories live. Discover now