#51

3.5K 173 7
                                    

Kereta tiba di depan rumah.

Gelap.

Maira ni tak buka lampu ke?

Aku matikan enjin. Dalam kepala aku sekarang ni cuma terfikir, macam mana aku nak berhubung dengan keluarga semula.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Gelap. Pintu tak berkunci.

Aku capai suis lampu,

Dan aku terlihat Maira yang terbaring dengan perut yang berkesan darah.

*****

Tubuh lemah Maira aku dukung dan berlari mencari doktor di dalam wad kecemasan tersebut.

"Doktor! Tolong!"

Maira yang tidak sedarkan diri, mula kelihatan semakin pucat.

Doktor dan beberapa jururawat serta pegawai perubatan menolak katil dan aku terus baringkan tubuh Humaira di atas katil tersebut.

Medical team menolak laju katil tersebut ke wad pemerhatian, dan aku ditahan dari meneruskan perjalanan ke dalam zon merah itu.

"Saya nak tengok isteri saya doktor!"

"Maaf encik, sampai sini je. Tunggu sini, saya akan update."

Aku berkeras juga menerjah masuk ke dalam zon merah itu.

Penyesalan.

Kesedihan.

Semuanya bercampur.

Doktor tadi menarik tangan aku tika aku cuba menggapai tangan Humaira.

Sempat aku pegang sebentar jarinya yang semakin sejuk.

"Tolong saya doktor! Saya ada duit. Saya ada rumah. Saya ada kereta. Saya akan bagi semua pada doktor asalkan isteri saya selamat!"

Aku diangkat keluar. Doktor tadi cuma mampu mengusap belakang badan aku sebagai penguat semangat.

Badan aku semakin jauh dan aku hanya mampu melihat Humaira terbaring di atas katil sambil dikerumuni beberapa manusia yang aku harap mampu beri aku keajaiban.

"Doktor.. selamatkan dia macam mana jua caranya."

Ayat aku tak berbalas. Aku semakin cuba mengerti, bahawa hidup ini memang begini sebenarnya. Hidup dan kemudian mati.

Aku tatap tangan aku, kesan darah Humaira, aku menangis menyesali sikap aku siang tadi tidak mempedulikan mesej-mesejnya.

Aku hanya mampu menekup telinga sambil duduk di depan pintu zon merah itu.

*****

"Encik.."

Badan aku digoncang. Aku terlelap.

Aku mengesat kering airmata. Sambil terpisat-pisat mata aku mencari pemilik suara itu.

Seorang lelaki, berpakaian putih.

Berjanggut sejemput.

Berbual dengan aku soal hidup dan kematian.

Intipati perbualan itu aku tak berapa ingat dengan jelas, cuma sebaris ayat yang masih aku ingat,

"Hidup mati itu pasti. Syurga neraka itu pasti. Ketahuilah, andai peluang kedua diberi, jangan cuba mengkhianati."

Lelaki itu bangun.

Dan hilang dalam ramai.

Aku pula terjaga ke dalam dunia sebenar. Bunyi hingar bingar hospital semakin kuat kedengaran seperti biasa.

DiaWhere stories live. Discover now