#9

5.4K 176 9
                                    

2010

"Madi, awk smbg bljr kat mane 6ti?"

Sekeping pesanan ringkas masuk ke dalam inbox Nokia N-Gage QD aku.

Siapa pulak contact aku ni? Tau pulak nama aku?

"Sape ni?"

"Sy lah."

"Sape?"

"Maira."

Humaira. Satu nama yang dah lama aku tak dengar. Orang yang aku kenal dari kem di Janda Baik. Orang yang buat benda bukan-bukan masa sesat.

Sial, apesal harini muncul balik?!


2008

Matahari tegak berdiri, aku terdengar suara orang ramai di sekeliling aku.

"Bagi dia bernafas"

Aku dekat mana ni?

Aku dah mati ke?

Malaikat ke ni?

Aku perlahan cuba menerima imej dan sinar lampu-lampu masuk menerpa ke anak mata aku. Silau, perit, semua ada.

"Madi? Dengar tak?"

Aku mengangguk. Lemah. Kepala aku sakit. Mata aku berpinar. Kemudian kembali gelap.


2010

"Knp skrg bru nak tny? Knp x tny mse kite sesat dlu?"

Aku membalas mesej Humaira.

Ego kan aku?

Ya, kalau tak kerana dia, aku tak akan terus macam ni. Sebabkan dia, aku terus kekal dingin.

"Sy nk tau je. Dh 2 tahun awk. Bnde 2 pn dh lama lalu."

"Sbb dh lama, sbb dh terlalu lame sakit hti, sbb tu sy msih mcm ni."

"Sori."

"Dh la."

"Awk x jwb lg soalan sy."

"Malas, malas!"

"Awk.."

"Bye."

Maira cuba call aku. Banyak kali jugak la. Aku tak angkat. Aku biarkan je.

Tapi makin lama makin rimas pulak aku rasa.

Aku terus hantar sekeping mesej kepada dia.

"Sy smbg bljr dkt Ktn je nt. And stop being annoying!"

"Kolej mne?"

"Shahputra."

"Tak dpt upu?"

UPU ni kalau pembaca tak tau, nama penuh dia Unit Pengurusan Universiti. Kita apply online, dia akan set kat universiti mana kita layak, mengikut kelayakan kita.

Aku tak dapat. SPM aku hancur. Sebab aku accident masa seminggu lagi nak SPM. Aku patah tangan. Dan 3 hari di wad, kemudian aku terus ke sekolah untuk menduduki kertas SPM.

Dan aku punya keputusan teruk. Seketul dua je B, yang lain C dan D.

Tak, aku tak malu nak share result SPM aku sendiri.

Setiap orang ada rezeki masing-masing kan?

"X."

"Ok."

"Ok."

Tiada jawapan balas dari Humaira.

Aku pun malas nak fikir. Aku nak sambung belajar ni pun mujur sangat.

Dengan SPM haruk pikuk, jahanam masa depan aku. Masa tu, masa Tingkatan 5, kita semua dihasut secara halus,

"SPM teruk, masa depan kamu semua teruk."

Kepada cikgu-cikgu saya dahulu, dan andai kata ada pembaca di sini merupakan bekas cikgu saya ataupun cikgu di sekolah lain, bukanlah saya nak membangkang, tapi ya, betul, SPM permulaan masa depan. Dengan SPM, kita dapat masuk ke insitusi yang baik dan megah. Tapi, janganlah sampai kita terlupa, sebaik-baik pekerjaan adalah berniaga. Nabi juga pernah berkata, "9/10 pendapatan adalah datang dari meniaga.". Majoriti orang di Malaysia ini, Melayu terutamanya, meniaga bila dah taktau nak ke mana. Kita jadikan meniaga ini option terakhir dalam hidup kita.

Seeloknya, kita dipupuk dari sekolah, bahawa meniaga itu juga pekerjaan yang baik.

Cina berniaga, maju je.

Pakai kereta besar lagi.

Aku cucuk charger telefon. Bateri tinggal 2 bar. Malam ni nak main game lagi.

Sambil baring, aku kembali terbayang Humaira. Apa khabar la dia sekarang? Boleh pulak tu dia contact aku balik lepas apa yang dah jadi.

Ah, shit.


2008

"Madi?"

Aku buka mata. Aku di dalam bilik. Dorm pelajar peserta lelaki.

"Bila masa aku sampai sini?"

"Uncle dengan Andak jumpa kau dengan Maira dekat checkpoint. Kau pengsan. Sejuk badan kau. Semua orang panik gila. Ingat kau dah mati."

Fik menjelaskan pada aku apa yang berlaku. Aku tidur, dan dalam tidur, aku pengsan. Sebab aku terlalu lemah.

Aku cuba baring semula.

Dan aku bangun kembali.

"Weh, Maira! Maira macam mana?!"


DiaWhere stories live. Discover now