"Madi?"
Aku tersedar dari lamunan.
Marina, orang yang sama beberapa tahun lepas, telah pun berubah.
Aku? Bila nak berubah?
"Ye? Kat mana kita tadi?"
"You berangan apa?"
"Tak. I teringat kes dalam kereta tu."
"Oh, dulu tu. Tak payah la ingat. I tak suka."
"Why?"
"Macam perigi cari timba I time tu."
Aku diam. Kenapa aku rasa setiap bait kata-kata dari dia ni pedih?
"So you bagi tak I jumpa dia?"
Berat sebenarnya aku nak bagi dorang ni berjumpa, tapi aku takde pilihan.
Kalau cuma dia je mampu tolong aku, paling kurang dapat tolong aku tengok-tengok si Maira tu pun dah cukuplah.
Aku pandang Marina.
Aku mengangguk.
*****
"Maira? Abang dah balik.."
Tangisan Maira kedengaran di bilik. Makin kuat tangisan dia bila dengar aku dah balik.
Mendayu-dayu suaranya.
Aku biarkan Marina di ruang tamu, dan aku masuk ke bilik.
Aku nampak Maira di hujung bilik. Menangis sambil melutut menghadap dinding.
"Sayang.. kenapa ni?"
"Abang pergi mana? Anak kita hilang tau."
"Abang pergi beli aiskrim untuk Maira ni. Maira suka aiskrim ni kan?"
Sekejap je Maira berhenti menangis dan mengambil aiskrim di tangan aku sambil tersenyum.
Hati aku sebak.
Sekejap juga Tuhan tarik kewarasan akal fikiran dia. Sekali Tuhan tarik, terus kita hilang nikmatnya.
"Wahh, aiskrim coklat. Sedap."
Maira menunjukkan wajahnya yang gembira di sebalik airmata yang belum kering itu.
Aku mengusap rambutnya.
Aku sayang kau, Humaira.
Walau apa pun jadi, aku akan jaga kau.
"Maira sayang.."
"Ye? Abang nak aiskrim eh? Nah.."
Maira menghulur sedikit aiskrim itu ke bibir aku. Aku gigit sedikit, dan kemudian menolak kembali.
"Sayang, ada kawan kita datang melawat ni."
"Leman ke?"
"Bukan sayang.."
"Habis tu?"
"Marina."
Berkerut dahinya. Seolah tak kenal dengan nama tu.
"Tak kenal la. Maira nak dukung."
Tangannya dihulur keduanya kepadaku.
Aku dukung si isteri manja aku ni keluar bilik.
Dan sememangnya, aku selalu dukung dia.
Sejak dari dulu lagi. Dia suka didukung.
Marina yang duduk di kerusi itu bangun bila terlihat aku dan Maira keluar dari bilik.
YOU ARE READING
Dia
RomanceKalau bukan kerana dia, aku takkan pernah tahu, perit jerih jatuh cinta. Kalau bukan kerana dia, aku takkan pernah rasa, tanggungjawab dan cinta kepada Dia. ※ Completed ※ © Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan untuk Wattpad™ © All Rights Reserved Publi...