Aku menebas-nebas semak samun. Aku pun tak tahu apa yang aku sedang buat, cuma aku nak nampak sibuk. Malas nak layan Humaira yang merepek entah apa. Malas nak layan Humaira yang suka membebel benda yang takde kena mengena.
"Babi, ingat aku ni jahat sangat ke sampai nak uji macam tu sekali!"
Bodoh, bodoh, bodoh!
Aku berjalan mencari air. Sebotol mineral kosong, di tangan.
Kaki aku melangkah perlahan-lahan menuju ke pinggir jalan hutan itu.
Tiba-tiba, Humaira menjerit.
"Madi!"
Aku segera menoleh. Humaira menghayunkan kayu ke arah sesuatu. Aku tak nampak, aku terus berlari menuju ke arah Humaira.
"Madi! Ular!"
Ular tedung yang kembang tengkuknya sedang tegak berdiri di depan kami. Perlahan aku capai ranting dari tangan Humaira dan menolak-nolak badan ular itu.
Sedikit demi sedikit aku menarik Humaira melangkah ke belakang, jauh dari ular itu.
Ular itu masih kembang tengkuknya.
Apa yang aku belajar dari orang asli dulu ketika aku ikuti kem di Taman Negara, setahun sebelum itu, ular tedung takkan mematuk jika tengkuknya masih kembang.
Jadi, aku melangkah dan terus melangkah ke belakang sambil menarik Humaira berada di belakang aku.
Dan ular itu kemudian pergi. Masuk ke dalam lubang yang berdekatan dengan tempat Humaira duduk tadi.
Nasib baik. Dekat dengan rumah ular tu barangkali. Tak peliklah kalau dia marah.
"Awak okay tak?"
"Kenapa awak tinggalkan saya?"
Humaira menangis.
Aduh, menangis lagi. Mudah betul la mengalir airmata dia ni.
"Dah, dah. Kita tarik khemah ni dulu pergi jauh sikit. Lepas tu saya tabur belerang sekeliling khemah ni, supaya ular dah tak masuk."
Humaira mengangguk.
Kami bekerjasama menarik khemah itu. Jauh dari situ.
Kami taknak mati dalam hutan ni.
Kami taknak mati lagi!
*****
8.30 malam.
"Madi.."
"Saya taktau Maira.. saya tak faham kenapa dorang tak cari kita."
"Kita takkan mati kan?"
"Tak. Kita akan mati dekat rumah, bila dah tua nanti."
Humaira senyum. Tawar.
Senyuman sekadar syarat, untuk mengelakkan lagi kekeliruan.
"Madi, macam mana malam ni? Api takde, apa pun takde. Khemah pun satu je."
"Awak tidur je la, Maira. Saya berjaga, kemudian saya tidur la dekat sini. Not bad apa, saya dah tabur belerang banyak, luas."
"Madi..."
"Ye Maira."
"Jangan mati."
Aku tersenyum. Tawar juga. Dialog tu kalau diucapkan sekarang, aku rasa kurang ajar. Tapi untuk masa tu, ia satu doa, satu kata semangat untuk aku.
Aku mengangguk lemah.
"Saya tidur dulu Madi."
"Good night."
Humaira membalas dengan senyuman sambil menutup zip khemah.
Aku terkebil di luar. Aku rasa semakin sejuk. Tulang sumsum aku rasa mencucuk-cucuk.
Aku pakai hampir 2 helai baju lengan panjang, serta sweater.
Rasa sejuk masih terasa.
"Fuh, fuh.."
Aku meniup-niup tangan kiri dan kanan aku sambil menggosok kedua tapak tangan aku dalam usaha memanaskan badan.
Aku nak membelek beg, aku masuk ke dalam khemah.
Humaira dah tidur.
Aku masuk perlahan-lahan, mencari beg di dalam kegelapan malam.
"Madi?"
Humaira bersuara tanpa menoleh. Seram sial.
"Saya cari beg."
"Okay. Awak takde niat apa-apa kan?"
"Tak, saya bukan macam tu, saya nak ambil beg je. Swear to God, cross my heart."
Humaira menoleh, sambil menggaru lehernya.
"Nyamuk banyak, tutup dulu lapisan pertama tu."
"Takkan saya nak duduk dalam ni dengan awak?"
"Saya belum nak tidur."
"Tidurlah. Esok nak gerak awal. Saya nekad, esok kita cari jalan. Kita dah dekat checkpoint, mesti ada jalan bertanda. Kan?"
"Mungkin."
"Hey, we don't wanna die in here kan?"
"Hell no!"
Dalam kegelapan itu, aku dan Humaira berbual. Gelap. Dalam khemah memang gelap. Di luar pun cuma diterangi cahaya bulan dan bintang, itu pun cuma tempias dek kerana pokok yang menghijau.
"Tidur okay?"
"Madi.."
"Apa?"
Pipi aku dikucup.
Aku kaget.
Terkejut.
"Maira?"
"Ye?"
"Apa ni?"
"Hadiah untuk awak. Untuk hari ni.."
"But..but..but.. saya tak.."
"I love you. Saya suka awak. Saya jatuh cinta dengan cara awak."
"Humaira!"
"Keterlaluan sangat ke Madi?"
Aku tak pasti apa riak wajah dia. Aku tak pasti apa yang berlaku. Keadaan sangat gelap.
"No, but yes!"
"Saya cabar awak sentuh saya."
"Fuck you!"
Aku terus keluar dari khemah.
Dia ni gila ke apa?!
Ke dah jadi bodoh?
"Madi.."
"Fuck you Maira! Sekali lagi kau buat, aku tinggalkan kau dekat sini, malam ni jugak!"
Humaira menangis. Aku dapat lihat dari sisa cahaya bulan itu.
Pedulilah dia nak menangis ke apa. Aku dah tak peduli. Dia ni memang dah bangang ke? Mula-mula dia cuba, dan tadi, dia betul buat.
Aku pulak yang terkejut! Macam aku pulak yang perempuan.
"Saya suka cara awak yang sentiasa tidak mengambil kesempatan terhadap saya."
"Aku tak suka cara kau!"
Nak je aku sebut perkataan 'perempuan murahan' masa tu. Tapi aku takut benda jadi lagi teruk, aku masih bersabar.
"Sekali lagi, kau buat macam tu, aku blah dari sini terus. Sama ada kau, atau aku mati. Fuck you."
Jari tengah aku berdiri tepat di depan muka Humaira.
YOU ARE READING
Dia
RomanceKalau bukan kerana dia, aku takkan pernah tahu, perit jerih jatuh cinta. Kalau bukan kerana dia, aku takkan pernah rasa, tanggungjawab dan cinta kepada Dia. ※ Completed ※ © Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan untuk Wattpad™ © All Rights Reserved Publi...