#48

3.2K 119 3
                                    

Humaira

2012

Tubuh abah aku lepaskan.

Aku cuma tinggal dia.

Aku pandang dalam-dalam matanya.

Walaupun aku masih tersisa sakit hati dengan dia, tapi inilah dia ayah aku.

Wali aku.

Pelindung aku.

Ya, sepatutnya begitu.

Mak?

Mak dah lama tinggalkan aku.

Sejak abah masuk penjara, mak tuntut cerai talak tiga.

Sedih yang aku rasa, cuma aku sahaja yang terima.

Zafuan, secara tak langsung, hanya dialah yang sara aku adik beradik.

Dialah ayah.

Dialah ibu.

Cuma dia saja aku boleh harapkan.

Keluarga belah mak, sejak abah ceraikan dia, langsung tak peduli kami adik beradik.

Keluarga belah abah pula, sesekali juga menghulur belah ihsan pada kami, supaya tak mati.

Asal tak mati je.

2004

Abah dipenjara disebabkan kesalahan dia kerana memiliki hampir 20 kilogram dadah jenis syabu, selain kesalahannya yang terlalu banyak untuk aku cerita.

Habis segala kemewahan yang kami ada, dibeku dan diambil oleh pihak polis, atas alasan pembekuan harta.

Entah, aku tak faham.

Aku terlalu mentah untuk faham ketika itu.

Aku baru sahaja habis menjawab ujian UPSR ketika itu.

Aku lihat abah digari, selain rumah kami dipenuhi dengan polis.

Zafuan pula, kelihatan berdiri di sudut rumah, menangisi apa yang terjadi.

"Along, kenapa dorang ambik abah?"

Zafuan cuma diam, sambil mengesat airmatanya.

Sementara Nina, juga seperti aku, tidak mengerti apa-apa.

"Abah kena pergi tempat lain. Lama abah takde nanti."

Aku cuma mengangguk.

Bila aku cuma melintasi garisan kuning polis, aku ditarik oleh seorang polis wanita.

Seingat aku, nama dia Suzana. Berdasarkan apa yang aku lihat di dadanya.

"Adik, tak boleh masuk. Polis tengah bersihkan rumah."

Aku terpana.

Kenapa aku tak boleh masuk ke rumah aku sendiri?

Aku belum sempat bertanya pada polis itu, aku lihat beberapa polis forensik keluar dengan sekujur mayat di atas stretcher itu.

"Aarrrgghhhhh!!"

Aku menjerit semahunya.

Zafuan datang mendukung aku.

Badan aku terketar.

Aku masih keliru. Apa yang dah jadi?

2007

"Angah, ada berita pasal abah."

Aku yang sedang berehat di ruang tamu rumah itu, memaling ke arah Zafuan yang baru pulang dari kerja.

"Apa dia?"

Balas aku berbasa basi. Seolah tak berminat dengan berita itu, mata aku kembali menatap ke skrin telefon sambil berbalas mesej dengan Sam. Ex aku.

"Abah terlepas hukuman gantung. Bukti mengatakan bukan dia yang bunuh kawan dia. Kawan dia mati overdose. Kau ingat lagi kan?"

Balas Zafuan dengan satu helaan yang berat.

"Seriuslah? Baguslah tu. Dah kalau abah main dadah je, kenapa nak sabitkan dia dengan kesalahan lain kan? Let him be. Biarkan je la."

"Kau tak faham ke Maira?"

Zafuan mula membahasakan aku dengan nama.

Selalunya, bila dia mula memanggil aku dengan nama, aku tahu, benda itu serius.

"Kau sedar tak kita hidup macam ni semua sebab siapa? Sampai aku tak boleh sekolah sampai habis, sampai Nina aku kena serah pada Andak, sampai mak mintak cerai, kau masih nak mempertahankan dia?"

Aku cuma diam.

Aku tak mengerti ketika itu, akan apa yang berlaku.

Aku juga tak mengerti apa yang bakal berlaku.

"Aku tahu. Tapi abah tetap abah. Mak kalau sayang kita, mak dah lama cari kita, along sedar tak? Aku ni bernasib baik ada abang macam along yang sedar tanggungjawab dia. Thank you."

Aku akui, aku masa tu mempertahankan abah ketika itu.

Sebab aku tak faham ketika itu!

"Tak boleh, Maira! Aku taknak dia balik ke rumah ni bila dia keluar nanti! Aku peduli apa? Abah tak abah! Kau masa tu kecik lagi, Maira. Aku saksi segalanya apa yang abah dah buat pada mak. Kau jangan salahkan mak kenapa dia jadi macam tu. Kau jangan sesekali salahkan dia! Kalau abah tak main taik tu, kita semua takde apa! Mak dah penat pesan benda sama! Kau fikir perasaan mak masa kena cerai talak tiga?! Tak! Sebab kau tak faham!"

Zafuan mula meninggi suara.

Aku mengetap gigi menahan geram.

Menahan marah.

Aku biarkan. Aku diam.

Api lawan api, manakan reda maraknya.

"Dan kau, kalau kau hidup dengan sempurna, kau sendiri tak rosak macam ni! Aku tak mampu besarkan kau dengan Nina! Sebab aku terlalu muda dan aku juga perlukan jagaan sempurna! Tapi sebab aku sayang kau dengan Nina, aku korbankan masa muda aku!"

Bila aku dengar perkataan "rosak" itu, hati aku mula mendidih. Aku rasa terhina dengan keluarga sendiri.

"Lancau kau lah! Kalau aku rosak, aku dah lama ada anak luar nikah! Kau jangan sampai apa kau cakap tu jadi doa!"

Aku terus berlalu keluar dari rumah.

Dan terus mendapatkan Sam.

Mabuk.

Dirogol.

Dan akhirnya..

Aku betul-betul rosak.

DiaWhere stories live. Discover now