Bapak lama gila aku tunggu cikgu ni. Dah kematu bontot aku duduk atas beg, duduk atas jalan. Jaga pulak kedekut apa entah tak bagi masuk dalam sekolah. Sekurang-kurangnya, bagi la aku dengan Marina duduk dekat tempat selesa sikit.
"I tak boleh kasi you worang duduk dalam."
"Eh kenapa pulak?"
"Nanti you worang beromen dalam sana."
Pukimak punya jaga.
*****
Kereta Toyota Avanza Cikgu Osman masuk ke perkarangan sekolah.
Sekolah aku ni ada dua pagar. 500 meter dari pagar utama, baru jumpa pagar kedua. Pagar yang ada pondok jaga.
Aku tunggu dekat pagar kedua tu.
Lambat gila orang tua ni.
Pukul 6.15 baru sampai. Aku tarik muka jugak mula-mula. Tapi bila aku tengok dia datang dengan Cikgu Rabiah, yakni cikgu aku jugak, merangkap isteri dia, yang masih bertelekung, aku diam.
"Baru balik masjid ke cikgu?"
"Yelah, apa kamu ingat aku tak sembahyang ke?"
Hek eleh. Aku tanya je pun.
"Ni barang korang ni banyak gila?"
"Barang saya ni je cikgu. Ni yang lain barang Marina. Biasalah, perempuan."
Marina tersengih-sengih. Masa ni kalau dia sengih aku takut.
Macam Grinch.
"Dah, masuk semua dalam kereta. Cikgu hantar kamu ke PPD, lepas tu kamu naik bas dari situ."
"Cikgu tak hantar kami?"
"Tak, kamu naik bas je ke sana. Tugas saya hantar dan ambil kamu balik je nanti."
Marina pandang aku dengan muka bengang. Jangankan dia, aku pun bengang. Dah la duduk sini dengan nyamuk, dia lambat pulak.
Kalau tahu aku pergi PPD terus.
*****
Cikgu Osman dengan Cikgu Rabiah hantar aku sampai ke PPD. Aku lihat ramai dah tunggu. Ramai juga peserta dari sekolah lain turut ikut sama. Antaranya dari bekas sekolah aku, SMK Alor Akar.
Oh ye, aku lupa nak beritahu. Aku pernah sekolah sana. Masa Form 3 macam tu, aku pindah sekolah harian di luar bandar Kuantan ni. Sebabnya, aku banyak sangat buat hal masa duduk asrama. Abah keluarkan aku dari sekolah bestari tu.
Aku fikir, plan aku masa tu, dapatkan sekolah teknik, then pindah balik duduk asrama.
Haram.
Aku dapat sekolah teknik. Dekat Dungun. Tapi abah tak bagi pergi. Alasan dia, dia nak tengok aku duduk rumah, belajar depan dia.
Padan muka aku.
Siapa suruh buat hal dulu?
Aku perasan, ada sorang mamat aku macam kenal. Aku usha je muka dia.
Dia perasan. Aku segera alihkan pandangan.
Eh, awkward la gila. Dah macam aku ni usha jantan.
Kalau perempuan takpe la jugak.
Mamat tu berjalan ke arah aku. Badan dia, 2 kali saiz badan aku. Aku debar la jugak. Jantung aku laju mengepam darah.
Dup dap dup dap.
Aku dah fikirkan skrip. Aku akan jawab, "Muka kau sama macam muka arwah member aku.", kalau dia tanya kenapa aku usha dia.
Dia makin dekat. Dia makin dekat!
Eh, yang datang tu jantan la. Sama-sama ada burung. Apa yang aku nak gelabah sangat?
Lepas aku berfikir, yang aku tak sanggup biarkan burung aku bertempur dengan burung, aku kembali cool.
Mamat tu tanya,
"Weh, kau ni Madi kan? Ex classmate Kelas Agama masa SMKAA dulu?"
Aku berkerut. Mana dia tahu nama aku?
"Weh, ni aku la. Leman. Leman woi. Lupa dah ke?"
"Leman mana eh?"
Mamat tadi yang mengaku nama dia Leman dah mula merah padam muka dia. Aku cuba jugak ingat.
Oh, fak!
Leman!
"Yang mandi bogel dekat tandas Form 5 dulu tu ke?!"
Tiba-tiba,
Semua orang pandang aku.
*****
"Eh, dah la tu. Aku bukan sengaja. Aku excited jugak jumpa kau ni sebenarnya."
Leman masih diam. Cerita yang tak sepatutnya orang tahu, orang jadi tahu.
Silap aku jugak. Terbising tiba-tiba.
"Diminta semua pelajar, berkumpul mengikut sekolah, bermula dari SMKAA sehingga ke SMKP, seperti yang tertulis di kerusi yang ada di sini."
Leman terus blah. Adeh, aku kena pujuk ke macam mana ni?
Aku terkedek-kedek melangkah ke kerusi yang tertulis nama sekolah aku. Marina memegang lengan aku bila dia tengok aku macam lost sekejap.
Macam mana aku tak lost?
Baru permulaan, dah jadi benda tak best.
"Kenapa tu?"
"Takkan kau tak dengar tadi?"
"Dengar la jugak. Siapa tu?"
"Tu Leman. Best friend aku tu dulu."
"Merajuk macam perempuan."
"Eh, macam la kau tu jantan."
"Kalau awak yang marah-marah saya, saya takkan telan. Hihihi."
Marina ni lama-lama ada jugak aku label dia sama macam Sofia.
*****
Bas dah bergerak. Tepat pukul 7 pagi. Kami semua dibekalkan air kotak Marigold oren, dengan dua ketul roti Gardenia coklat yang harga 50 sen tu.
Dulu 50 sen. Masa ni tahun 2008.
Mana ada GST lagi.
Sekarang dah mahal.
Aku tak rasa nak makan lagi. So aku simpan saja dalam beg. Marina yang duduk di tepi tingkap, sebelah aku, cuma termenung memandang tingkap.
Marina ni, sebenarnya kalau perhati betul-betul, dia lawa. Cuma, hitam manis sikit.
Kulit dia, walaupun hitam manis, dia tetap lawa. Lawa dengan cara dia sendiri.
Cuma, aku tak berapa suka perangai dia.
Contoh, ya, aku tahu dia suka aku. Tapi janganlah sampai all the time kau nak bagi pickupline.
Perempuan pun tahu menyampah.
Apatah lagi aku.
"Marina."
Aku panggil nama dia. Slow je. Tak berbalas. Dua tiga kali aku panggil, dia tak menyahut pun.
Aku nak cuit bahu dia, tiba-tiba tu pulak la dia toleh dekat aku.
Ngam, jari aku dekat dagu dia. Ngam-ngam.
Dia diam.
Aku kaget.
"Encik, ada orang buat projek blue dalam bas!"
Jerit Leman, membalas dendam soal pagi tadi.
Leman babi!
YOU ARE READING
Dia
RomanceKalau bukan kerana dia, aku takkan pernah tahu, perit jerih jatuh cinta. Kalau bukan kerana dia, aku takkan pernah rasa, tanggungjawab dan cinta kepada Dia. ※ Completed ※ © Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan untuk Wattpad™ © All Rights Reserved Publi...