Aku pandang dalam-dalam wajah budak itu.
Malu.
Segan.
Semua serba serbi berbaur menguasai dalam hati.
"Abang, dalam mencari agama, tidak pernah terlewat."
Aku mengangguk.
Aku ikut apa yang diajar. Sikit-sikit aku mula ingat.
Basuh muka.
Basuh tangan.
Kepala.
Telinga.
Kaki.
Entah kenapa, habis je aku berwudhu', aku terasa dunia ni seakan terhenti seketika. Aku dapat dengar bunyi yang jauh lebih tenang.
Aku rasa diri aku kembali suci.
Setiap liang roma aku terasa meresap dingin sehingga aku dapat rasakan kesejukkannya.
Budak tadi masih memandang aku.
"Abang, niat sembahyang tahu?"
Aku diam. Cuba mengingati lafaz bait niat fardhu Isya'.
"Nawaitu fardhu..."
"Abang.. salah tu.."
Aku tersentap dalam menahan malu.
Suami jenis apa aku ni?
Anak jenis apa aku ni?
"Macam ni, usolli fardhu isya'i arbaa' raqaatin ma'muman lillahi ta'ala. Saya angkat takbir dulu, abang ikut dengan niat tu ye?"
"Bacaan dalam solat?"
Budak itu tersenyum.
"Takpe, abang ikut je dulu. Niat yang baik, Allah akan tolong. Abang ikut dalam hati je apa yang saya baca ye."
Budak itu mengemaskan kedudukan songkok di kepala.
Keadaan hening seketika.
"Allahu akbar.."
Budak itu mengangkat takbir.
Aku sekadar mengikut dan terus memasang niat solat Isya'.
Setiap gerak gerinya aku ikut satu persatu.
Bacaan pula aku cuma ikut melalui hati.
Sampai rakaat terakhir, aku rasa mata aku tak tertahan sebaknya.
Betapa jahilnya aku dengan Pencipta.
Betapa bodohnya aku dengan budak itu.
Sampai salam terakhir, aku berjaya menahan airmata aku. Aku mengaminkan doa budak itu.
"Allahhummaghfirlana dzunubana waliwalidayya, warhamhumma kama robbayana soghiro. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil"
Airmata yang aku tahan akhirnya pecah juga. Sedu sedan aku menangis sambil mengaminkan doa itu. Aku teringat mak abah, mama, Alia, semua aku teringat. Apa yang dah aku lakukan? Apa yang dah aku buat? Apa yang kau dah buat selama ni Madi?!
Habis solat, aku masih berteleku di atas sejadah itu.
Aku sedih.
Aku rasa jauh dengan keluarga.
Aku rasa jauh dengan Tuhan.
Aku rasa kehilangan.
Aku ada agama, tapi aku tak menjalani kehidupan seperti orang beragama.
YOU ARE READING
Dia
RomanceKalau bukan kerana dia, aku takkan pernah tahu, perit jerih jatuh cinta. Kalau bukan kerana dia, aku takkan pernah rasa, tanggungjawab dan cinta kepada Dia. ※ Completed ※ © Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan untuk Wattpad™ © All Rights Reserved Publi...