#38

4.4K 149 11
                                    

Maira kelihatan sugul sejak beberapa bulan ini. Perutnya kian membesar. Seiring dengan tumbesaran bayi yang ada di dalam perutnya.

Aku pula bekerja di sebuah pasaraya. Itu je lah kemampuan aku sekarang. Belajar tak habis, Maira pun terpaksa berhenti. Aku membanting tulang demi masa depan keluarga yang lebih terjamin.

Aku perasan, Maira semakin hari semakin mendiam. Aku tau apa yang difikirkan. Cuma aku tak tanya.

Entah, ego mungkin?

Atau aku tak ambil tahu?

Tapi bila setiap kali aku tanya, jawapan dia kekal sama.

"Takde apa abang, Maira sakit perut je. Baby abang ni nakal, tendang-tendang."

Dia taknak aku kusut ke macam mana? Ada masalah, bincanglah. Sebelum kahwin, boleh je berkongsi macam-macam benda. Kenapa sekarang tidak?

Berkali-kali soalan aku dijawab dengan jawapan yang sama.

Lama-lama, aku biarkan.

Dan dia, kekal senyap. Sampailah satu hari, aku berbunyi juga.

"Awak, kenapa ni? Dah lama awak macam ni tau."

"Takde apa abang. Abang tak faham jiwa mengandung macam mana.."

"Ye, tapi bagitau la. Ini pengalaman pertama. Awak ada ngidam apa-apa ke?"

Maira menggeleng.

"Habis tu?"

"Saya rindu abah je, abang."

Aku tersentak.

Terdiam.

Kaku.

Keras.

Lama aku pandang wajah dia.

"Awak nak balik jumpa abah ke?"

"Saya takut.."

Airmata Maira mula mengalir.

Aku kesat dengan ibu jari.

Ya Allah, apa aku dah buat dengan anak orang ni? Aku seolah pisahkan mereka. Aku langsung tak temukan mereka. Apatah lagi mengambil Maira dengan cara yang baik.

"Kita balik ye?"

Maira menggeleng.

Aku diam. Aku tau dia takut. Tapi sampai bila? Takkan sampai anak kitorang dah darjah 2 baru nak jumpa?

"Maira, kita sama-sama jumpa ye?"

"Abang, Maira nak kongsi cerita sikit dengan abang boleh?"

"Apa dia?"

Maira mula meluahkan segala isi hati dia.

"Maira rindu abah sangat-sangat.."

*****

2012

Bas Maira tiba di Pontian tepat pada pukul 6 petang. Perjalanan selama 5 jam itu betul-betul menarik segala tenaga yang ada pada Maira. Dengan saki baki tenaga yang ada, digagahkan juga diri untuk pulang ke Kampung Api-Api, kampung halamannya.

"Hmm, lama tak balik kampung." Omel Maira sendirian. Lama juga dia tidak pulang ke kampung halaman. Sudah 4 bulan sejak semester bermula, dia langsung tidak pulang. Bukan kerana apa, kerana kekurangan wang dia terpaksa menahan rindu terhadap keluarga terutama adik bongsunya, Nurina itu. Maira bukan seperti Madi, dia tidak terlalu pandai untuk terima tajaan MARA. Dia hanya membuat pinjaman PTPTN yang mana hanya cukup-cukup untuk belanja dia di sana dan yuran semester serta buku-buku.

DiaWhere stories live. Discover now