2009
"Madi.."
"Apa dia?"
Aku dengan Humaira tengah melepak dekat bandar JB. Dekat mana, aku tak ingat. Mall, tapi aku lupa nama mall tu apa.
Dipersilakan korang ingatkan aku nama mall tu. Satu malam aku duk fikir nama mall tu. Kahkah.
Ok sambung balik.
"What if, kalau awak dapat isteri yang dah rosak? Awak nak terima ke?"
Hampir tercekik aku dengan buah jambu batu itu.
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Kawan saya, dia baru dapat tahu tunang dia dah takde dara. Dia tanya saya."
"Jawapan saya eh? Hmm.. entahlah. Jambu ni sedap pulak. Awak nak?"
Aku malas nak ambil pusing soalan dia ni. Aku tak tahu nak jawab apa.
"Ish dia ni. Saya tanya awak taknak jawab pulak."
Humaira menyiku lengan aku.
Aku tersengih.
"Nak jawapan la ni?"
Humaira mengangguk.
"Kalau saya la kan, saya tinggalkan je perempuan tu. Sebab apa? Sebab saya jaga teruna saya dengan baik sebab saya nak rasa dara. Dara tu penting kot bagi saya. Eh, awak taknak ke jambu ni?"
Humaira menggelengkan kepalanya.
"Tapi andai kata la kan, let say if she lost her virginity dengan cara yang boleh dimaafkan, means kalau dia dirogol, or koyak dara dia macam buat aktiviti lasak bagai, itu boleh diterima. Tapi kalau sebab rela, nahh, main je la dulu baru kahwin. Kahkahkah."
Humaira cuma diam.
Aku semakin galak ketawa sampailah aku berhenti.
Aku lihat Humaira sedang mengunyah jambu batu tu sambil termenung.
*****
"Awak, saya ada benda penting nak beritahu awak."
"Awak nak cakap apa Humaira sayang?"
Earth angel, earth angel,
Will you be mine?
My darling dear,
Love you all the time,
I'm just a fool,
A fool in love with you.."Saya nak putus.."
"Tapi kenapa?"
...
..Aku tersedar dari lamunan. Kerusi rotan itu aku jadikan port setiap hari untuk termenung bila rindukan Humaira.
Patutlah, dia pernah tanya dulu.
Patutlah juga dia pernah pergi.
Dia rasa bersalah.
Aku tak kata pun aku marah.
Tapi relevan ke kalau aku tak marah?
Gambar Humaira aku tatap lama-lama.
Aku rindukan dia. Gambar dia memakai seluar three-quarter celoreng dengan kasut Converse high cut, berbaju hitam, bertopi, bersama aku yang memakai short pants yang sebenarnya seluar panjang yang dipotong, berkasut Vans Half Cab hitam, berbaju Horrified, band hardcore dari Kelantan, di pegang erat aku.
Aku masih ingat lagi, saat kitorang nak ambil gambar tu. Masa tu pakai Sony Ericsson.
Banyak kali juga kitorang try selfie dekat Bazar Karat. Tapi tak perfect.
Datang sorang brader ni, dia pakai baju Johor FC, masa tu lambang gear lagi, offer diri nak tolong ambil gambar.
Maka, terhasillah gambar itu yang aku cuci untuk tatapan peribadi.
Aku banyak sebenarnya berahsia dengan Humaira.
Bukanlah besar mana pun rahsia tu. Macam contoh masa aku ekori dia ke JB, aku tak beritahu.
Gambar yang aku cuci ni pun, aku tak pernah tunjuk.
Aku kalau tak rasa benda tu kalau kantoi pun boleh jadi gaduh or menimbulkan keinsecurean, aku tak cakap.
Bila aku teringat balik brader yang pakai baju Johor FC lambang gear tu, aku sedar, dia seorang penyokong Johor FC yang setia di saat JDT (pada masa itu masih dikenali sebagai Johor FC sebelum direbranding oleh TMJ pada 2012 ke nama JDT) ketika itu sedang bergelut untuk duduk di atas liga.
Dan buat brader berjersi Johor FC itu, tahniah di atas kemenangan JDT pada tahun ini dalam pergelutan berebut Piala AFC dengan menumpaskan FC Istiklol di rumah mereka sendiri.
Tahniah.
Mata aku kembali tertancap ke gambar itu.
Sesekali aku mengusik tubuhnya dengan ibu jari.
Aku rindukan dia.
Aku cuba hubungi dia, namun satu pun tak berbalas.
Aku taknak pisang berbuah dua kali.
Let's make our situation clear, Humaira.
Kenapa lari?
YOU ARE READING
Dia
RomanceKalau bukan kerana dia, aku takkan pernah tahu, perit jerih jatuh cinta. Kalau bukan kerana dia, aku takkan pernah rasa, tanggungjawab dan cinta kepada Dia. ※ Completed ※ © Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan untuk Wattpad™ © All Rights Reserved Publi...