"Macam mana doh kau boleh terlupa?"
Humaira membebel sepanjang perjalanan kami ke pokok tadi. Dari mula kami gerak, sampailah kami separuh perjalanan, tak berhenti dia membebel.
"Maira, please, shut up. Kau ingat aku sengaja ke nak tinggalkan? Aku takkan buat kerja gila macam ni la nak patah balik dengan kau."
"Aku tanya je."
"Dah tahu jawapan kan? Kita nak bergaduh lagi ke?"
Humaira menggelengkan kepalanya.
"Good. Duduk diam-diam. Nah, air."
Aku menghulurkan botol mineral 1.5 liter itu kepadanya.
Aku bukakan tutup botol dan kembali menghulurkan semula kepadanya.
"Terima kasih."
"Nak berhenti dulu ke?"
"Takpe, kita jalan je. Nanti lambat diorang tunggu."
Aku dan dia kembali meneruskan perjalanan. Sesi kedua sesudah adegan meminum air itu berjalan dengan lebih tenang.
Humaira tidak lagi membebel. Tidak lagi bertanya soal kompas.
Bagus.
Aku pun tak sakit jiwa nak dengar soalan yang sama.
*****
"Maira, ada tak sebelah sana?"
"Takde. Mana Madi?"
"Aku rasa dekat sini."
Aku dan Humaira dah tiba di pokok tadi. Sempat juga kami berselisih dengan kumpulan terakhir, tapi hanya sekadar bertegur biasa, sambil menerangkan kompas yang tertinggal.
"Entah-entah dorang ambil kompas tu?"
"Betul takde?"
"Takde."
"Jom lah, patah balik. Aku takut Zul tunggu lama. Lupakan je la kompas tu."
Aku mengajak Humaira kembali semula ke pangkuan kumpulan kami.
Entah macam mana, dia yang aku tak suka, akhirnya boleh menjadi kawan.
Takde la teruk mana dia ni sebenarnya. Cuma dia jenis jujur. Jenis berterus terang.
Aku pula lebih kepada memendam. Tak suka, aku tak cakap. Suka pun aku tak cakap.
Dia, suka ke, tak suka ke, semua dia bantai cakap.
"Jom."
Aku berjalan beriringan dengan Humaira. Entah kenapa, kali ni, kitorang lebih banyak berdiam. Takde pula apa yang nak dibualkan.
"Maira?"
"Ye?"
"Kau memang lahir Johor?"
"Yes. Kenapa?"
"Takde apa. My mom also Johorean."
"Serius?"
"Ye. Dia asal Muar. Bukit Gambir."
"Haha. Aku dah agak!"
"Apa yang kau dah agak?"
"Aku tengok air muka kau pun ada iras-iras tempe."
Aku tak pasti la dia kutuk aku, atau dia kutuk diri sendiri.
"Bangang. Kau tu orang Kelantan ke?"
"Hahahaha. Bukan, aku taknak la terlalu nampak kenegerian, so aku duduk tengah lah."
"Hahahaha. Kau ni banyak mulut jugak eh?"
YOU ARE READING
Dia
RomanceKalau bukan kerana dia, aku takkan pernah tahu, perit jerih jatuh cinta. Kalau bukan kerana dia, aku takkan pernah rasa, tanggungjawab dan cinta kepada Dia. ※ Completed ※ © Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan untuk Wattpad™ © All Rights Reserved Publi...