#42

3.5K 108 2
                                    

Madi

"Marina?"

Hampir saja lemah kaki aku bila berdepan dengan gadis ini.

Bertahun rasanya aku tidak mendengar nama dia.

Apatah lagi berbual, berjumpa dengan dia.

"Hey, I saw you all alone tadi. What's up? Kerja apa sekarang? Kenapa lain sekarang?"

Aku menelan airliur.

Tak berkelip aku memandang dia.

Bukan, bukan kerana aku jatuh cinta.

Tapi dia, salah seorang yang rapat dengan aku, sampailah aku dengan dia langsung tak bertegur kerana Maira.

"Aku...aku.. tak kerja."

Tergagap-gagap aku membalas soalannya.

"Habis, buat apa sekarang?"

"Panjang ceritanya, Ina.."

Dan Marina, aku berdiri kaku di tepi jalan itu.

*****

"So, now Maira dah gila?"

Aku menekup muka.

Aku mengangguk.

"Aku taktau Ina. Gila ke apa, aku taktau."

Masa tu, ego aku entah ke mana.

Aku nak menangis ke, aku nak meraung ke, aku dah tak peduli. Hati aku beban dengan masalah macam ni.

"Poor her. I thought you still bujang. Bila kahwin?"

"Kitorang kahwin lari, Ina."

"Allah... kenapa dengan you ni Madi?"

"Ina.."

"Mana gentleman awak dulu?"

"Sekarang aku taknak cakap pasal ni la Ina.."

"Maira macam mana?"

"Macam tu la.."

"You tak ikhtiar ke?"

Kusut aku bercakap dengan dia ni. Menambah masalah je rasanya.

"Aku balik dulu."

"Madi.."

"Aku taknak cakap pasal benda ni Ina.. tapi aku terbeban. Aku luah dekat kau, sebab aku dah tak tahan!"

Marina mula gelisah. Dipandang kiri kanan. Orang ramai mula memandang ke arah kami.

"Madi.. duduk balik. Okay, luahkan. Sekarang you nak buat apa?"

Aku meraup wajah. Menggaru kepala yang tidak gatal.

"Aku taktau, Ina..."

DiaWhere stories live. Discover now