#11

5.2K 197 6
                                    

Mac 2009

"Shut up! Hahahaha."

Aku berbual dengan Humaira melalui telefon. Itu sahaja medium untuk kami berkomunikasi. Setiap hari, kami menahan rindu sesama sendiri.

Bukanlah dekat Johor dan Pahang kalau nak dikira kilometer.

Humaira dari minggu lepas sejak aku belajar menunggang motosikal, sejak dari tu dia bahan aku.

"Apa awak ni, semua tak reti, bawak motor pun tak reti. Hahahaha!"

"Hey, that was so lame okay? Hahahaha! Dah la tu. Asyik bahan je. Kesian saya."

"Hehehe. Comel la awak ni. Hidup dalam hutan awak tau pulak. Motor tak tau nak bawak."

"Well, kita tak mati kan?"

"But, awak nyaris."

"Kan.. kalau la saya mati masa tu, awak macam mana?"

"Hari-hari saya menangis dekat kubur awak."

2008

"Saya rasa awak tahu sebab apa saya datang jumpa awak."

Suara garau Uncle bergema di dalam bilik itu. Beserta di tangannya, pen dan kertas untuk aku tulis segala benda yang berlaku di dalam hutan itu.

"B..b..boleh Uncle."

"Mana awak belajar nak survive dalam hutan?"

Uncle duduk di depan aku. Aku menelan airliur. Panik. Aku bakal kena marah ke apa ni?

"Saya pernah join kem masa dekat Taman Negara, Uncle."

"Belajar dari orang asli?"

Aku mengangguk.

"Pernah terfikir tak apa awak buat ni bahaya?"

Aku mengangguk, lagi.

"Suara mana?"

Aku tergamam.

"Tahu, Uncle."

Aku terus tertunduk. Aku panik. Hari pertama, aku buat hal. Hari kedua dan ketiga, hilang di hutan. Hari keempat, pengsan.

Hari kelima, keenam dan ketujuh, masih dalam pertimbangan.

Masalah apa lagi aku nak buat agaknya?

"Awak tahu tak, hutan tu ada banyak binatang berbisa?"

"Tahu, Uncle."

"Dan awak tahu tak, dengan cara awak utamakan Humaira, awak sepatutnya dapat pujian?"

"Tahu.. eh? Pujian? Untuk?"

Aku yang mengangguk terus keliru. Laju kepala aku menggeleng semula.

"Apahal awak geleng?"

"Uncle tak marah saya la ni?"

"Marah untuk apa?"

"Saya ingat saya kena marah. Uncle tahu la kan, hari pertama saya gaduh, now hilang la apa la."

"Mula-mula tu marah la. Tapi bila kitorang jumpa awak dekat checkpoint tu, dengan Humaira menangis, ribakan awak, badan awak sejuk, dengan keadaan khemah yang awak dirikan lengkap dengan taburan belerang untuk halau binatang berbisa, dengan awak yang tak mengambil kesempatan terhadap Humaira, saya kagum dengan awak. Awak mampu berfikir dengan baik walaupun awak sesat. Dengan orang yang awak benci. Saya dah tanya semua pada Humaira, dan dia dah cerita semuanya."

Aku kaget. Semuanya?

Aku ternanti-nanti juga, perkataan atau apa-apa hint tentang ciuman dalam khemah tu. Tapi uncle takde sebut apa, aku rasa, Humaira tak cerita.

Baguslah kalau dia tak cerita.

Nak mampos?

September 2009

"Awak, saya ada benda penting nak beritahu awak."

Macam biasa, sesi Super Savers di tengah malam, antara aku dan dia. Selalunya kitorang topup masing-masing RM10 dan gunakan Super Savers tu berulang kali sampai habis RM10.

Takpe, aku tak kisah. Nak buat macam mana lagi. Itu je medium untuk kami.

Sebulan sekali, aku balik kampung, aku pergi rumah dia. Tapi sejak nak SPM, aku tak balik sangat.

Dan aku semakin jarang jumpa dia.

"Awak nak cakap apa Humaira sayang?"

Playlist lagu di laptop aku berkumandang sebuah lagu.

Earth Angel - Marvin Berry & The Starlighters

Earth angel, earth angel,
Will you be mine?
My darling dear,
Love you all the time,
I'm just a fool,
A fool in love with you..

"Saya nak putus.."

"Tapi kenapa?"

Earth angel, earth angel,
The one I adore,
Love forever and ever more,
I'm just a fool,
A fool in love with you..

"We need a break.."

I fell for you,
And I knew,
The vision of your love-loveliness..

"Tapi kenapa awak?"

I hope, and I pray,
That someday,
I will be the vision,
The vision of your happiness..

"Kita terlalu muda.. kita sepatutnya fokus pada SPM. Kita nak jadi orang berjaya kan?"

Earth angel, earth angel,
Please be mine?

"Kita sekarang tak cukup okay ke Humaira?"

My darling dear,
I love you for all the time..

"Okay.."

I'm just a fool,
A fool in love with you..

"Then tak perlu kan kita sampai putus? Kita sama-sama tempuh SPM ni. Ye sayang?"

Aku seolah merayu untuk secebis kasih sayang.

I fell for you,
And I knew,
The vision of your love-loveliness..

"No Madi. Kita fokus dulu pada SPM. Boleh kan?"

I hope, and I pray,
That someday,
I will be the vision,
The vision of your happiness..

"Boleh, tapi selama ni kita tak perlu macam tu, kita okay je. Kenapa sekarang baru awak nak pertikaikan benda ni?"

Earth angel, earth angel,
Please be mine?

"Sehingga habis SPM je sayang. I promise you, kita akan kembali bersama.."

My darling dear,
I love you for all the time..

"Saya taknak.. saya sayang awak.."

"Saya sayang awak juga, Madi. Pegang kata-kata saya, habis SPM kita sambung semula."

I'm just a fool,
A fool in love with you..

"Kalau itu yang awak nak.. okay."

"Madi.."

Aku tamatkan panggilan.

Aku tertunggu juga jika dia menelefon semula. Tapi takde.

Aku sedih.

Lagu di laptop dah pun bertukar.

Wake me up, when September ends..

Derai juga akhirnya ego lelaki aku malam tu.

DiaWhere stories live. Discover now