#53

3.7K 156 48
                                    

Muhammad Ali..

Nama ni berlegar-legar di dalam fikiran aku sepanjang perjalanan dari surau ke wad Humaira.

Aku sekejap tersenyum bila teringatkan nama budak tadi.

"Nama sama macam nama anak aku yang Humaira nak.."

Ya, Ali. Maksudnya ketinggian, tinggi kedudukannya.

Simbolik kepada nama ini juga boleh dilihat pada Muhammad Ali, peninju lagenda, di mana namanya diletakkan di dinding, lebih tinggi dari nama superstar Hollywood yang lain.

Saidina Ali, Khalifah dalam sejarah Islam, juga antara khalifah yang agung dan tertinggi kedudukannya. Mengambil risiko dengan tidur di tempat Rasulullah SAW sebagai ganti ketika Baginda ingin dibunuh.

Ali.

RIngkas sahaja nama itu, namun maknanya meluas. Tidak terhitung keindahan dalam nama tersebut.

Aku kemudiannya matikan pemikiranku bila tiba di wad Humaira.

Masih kaku.

Diam tak bergerak.

Baru aku cuba duduk di kerusi itu, seorang jururawat datang menghampiri aku.

"Maaf encik, encik ni siapa ya?"

Jururawat yang aku tak pernah nampak. Barangkali baru masuk shif, getus hati aku.

"Saya suami dia."

"Ada pas kebenaran?"

Aku menggeleng.

"Takde pulak dia bagi?"

"Encik kena mintak pas kebenaran, baru boleh jaga pesakit."

Aku mengeluh panjang. Nak turun semula, memang penat. Dengan lif yang sentiasa bersesak, cukup malas untuk aku turun bawah.

Jururawat tadi seakan serba salah. Kemudian dia seolah cuba bertolak ansur.

"Eh, kalau tak boleh, takpe, tapi saya nak mintak kad kahwin, untuk saya buat salinan supaya nanti bila guard tanya, saya ada bukti encik ni suami dia."

Tak semena-mena aku tiba-tiba naik angin.

"Apa masalahnya sampai nak tengok kad nikah bagai ni?"

Aku sedaya upaya cuba mengawal kemarahan aku. Ya, aku takut, aku malu sebenarnya. Takde kad nikah sah Kerajaan Malaysia. Aku jadi bengang.

"Encik, kalau takde pun takpelah. Saya sambung kerja dulu."

Lantas jururawat tersebut terus pergi.

Aku terduduk.

Apa nak jadi dengan aku ni?

Apa yang boleh Humaira banggakan dengan aku ni?

Agama entah ke mana. Baran tak semena.

Aku fed up.

Aku bangkit dan terus keluar selepas aku cium dahi Humaira sebagai tanda selamat malam.


*****


Aku sampai dekat kereta. Aku kusut. Aku tak tau apa aku nak buat lepas ni. Aku dah hilang segalanya. Aku malu dengan keluarga. Aku dah takde tempat nak mengadu. Aku mungkin kehilangan Humaira. Aku tertekan.

Aku masuk ke dalam kereta dan terus hidupkan enjin kereta. Sempat juga aku menarik nafas panjang dan kemudian terus mengundurkan kereta dari lot parking tersebut.

DiaWhere stories live. Discover now