#45

3.6K 145 7
                                    

Humaira

Aku terus melangkah.

Seingat aku, aku melangkah berjalan meninggalkan Madi dan Marina di bangku itu menuju ke arah baby itu.

"Maira!"

Madi memanggil-manggil aku.

Aku tak endahkan.

Aku menghampiri bayi comel itu. Reaksi aku tak disenangi ibu bapanya.

Madi datang, dan memegang tangan aku.

"Abang.. anak kita!"

Madi berulang kali berkata, itu bukanlah Ali.

Ibu bapa bayi itu semakin tidak senang dengan aku. Mereka berlalu dan aku mengejar mereka dan hampir sahaja merampas bayi itu dari mereka.

"Maira! Itu bukan anak kita sayang.. bukan.."

"Abang! Baby kita!"

Aku perasan. Madi sempat memohon maaf, dan meminta pasangan itu pergi segera dari situ. Dari riak wajah si lelaki, aku dapat rasa dia faham keadaan aku yang tak perlu Madi terangkan dengan kata-kata.

"Abang.. anak kita.."

Aku teresak melihat bayi itu masuk ke dalam kereta.

Perasaan aku kembali hancur.

"Abang jahat! Abang tak bagi baby kita duduk dengan kita! Abang jahat!"

"Sayang.."

Aku masih di dalam tangisan.

"Abang jahat!!"

Aku menjerit semahunya. Aku sebolehnya taknak pandang muka Madi yang masih memeluk menenangkan aku.

"Kak Ina.. abang Madi jahat.. baby Maira dah ikut orang lain.."

Marina yang tidak semena-mena menangis melihat keadaan aku.

"Maira.. nanti kita cari baby Maira ye.."

"Abah jahat. Abang pernah cakap baby Maira dah mati. Abang tak pernah sayang baby dengan Maira.."

Meleleh-leleh airmata aku tika dan saat itu.

Apakah gunanya berumah tangga kalau tiada zuriat?

*****

Aku demam panas.

Aku meracau seharian.

"Abang.. baby Maira mana? Abang pulangkan balik abang.. jangan buat Maira macam ni.."

Aku merayu sehabisnya dengan Madi. Aku nak anak aku.

Kehilangannya sangat dirasai.

Madi yang duduk di kerusi rumah itu memandang aku dengan wajah yang sayu.

"Maira.. terimalah hakikat, anak kita dah takde.."

Aku ingat lagi, airmata dan ego Madi gugur seiringan. Aku tahu dia sedih. Tapi aku tak peduli akan kesedihan dia.

"Aarrrgghhhhh!! Maira nak anak Maira balik!! Kenapa susah sangat abang nak faham?! Kenapa seksa Maira macam ni?!"

"Maira.."

"Maira nak anak kita bang! Abang tak rasa mengandung! Abang tak faham!"

Kenapa dia seksa aku macam ni? Aku mengandung, aku rasa setiap interaksi anak itu.

Tendangan dia, bisik hati dia, keinginan dia, aku rasa semua tu.

"Abang.. bagi balik anak kita abang.. Maira merayu sangat.. kesiankanlah saya ni abang.. Kak Ina!!!!!!!!"

Aku menjerit nama Marina. Aku selamat dengan dia. Aku rasa lebih dilindungi dengan Marina. Setiap kali, aku semakin benci melihat wajah Madi.

Madi memeluk aku. Usapan di kepala aku seringkali menjadi pujukan terbaiknya terhadap aku.

Aku semakin diam.

Lama-lama, aku membalas pelukannya.

"Abang.. nanti tolong bagi baby kita.."

Dan aku tertidur.

Dalam tangisan dan genangan airmata.

Madi, aku taktau, sempat ke tidak aku memohon maaf terhadap kelakuan dan sikap aku ketika itu pada kau.

Tapi Madi, kaulah syurga aku.

Kau juga penguat semangat aku.

Maafkan aku, sayang.

*****

Madi

"Maira okay?"

"You rasa?"

"You nak I do anything ke?"

"Takde. Kalau ada pun I taktau apa bendanya."

"Hmm.."

Keluhan Marina di hujung telefon agak berat. Aku tak pasti, apa yang dia rasa, sekurang-kurangnya, kalau dia faham beban yang aku rasa, aku dah cukup hargai.

"Madi.."

"Ya?"

"Kalau you perlukan apa-apa, just let me know. Okay?"

"Okay baby."

"Err, jap. Madi, stop doing this."

Aku terkejut. Apa yang aku buat?

"Apa dia? I buat apa?"

"That 'baby' words tu. Stop."

"Oh okay. Sorry Ina. I dah terbiasa dengan you sejak sekolah lagi."

"Takpe.. Maira buat apa?"

"Dia dah tidur. Tapi tadi dia berkeras nak you datang sini."

Aku mula terasa sebak. Kenapa dia perlukan orang lain sedangkan aku suaminya?

Aku sedar, aku dah silap. Tapi, aku cuba bertanggungjawab. Aku nikahi dia kerana aku sedar, aku silap dulu.

Tapi, aku tak jangka, keadaan getting worst.

"Madi.."

"I sedih Ina. I tak pernah selemah ini. Tapi sebab dia, I jadi selemah-lemah lelaki yang you sendiri tak pernah nampak. I dengan you dulu, ada ke you nampak I macam ni? Ada ke Ina?"

"Takde, Madi.."

"Then, you should know that I love her so much."

Aku semakin pecah dadaku.

Sebak yang aku tahan, aku lepaskan. Aku dah tak peduli.

Aku dah takde nak cover depan Marina. Aku dah takde sape nak luah masalah aku selain Leman. Dan sekarang, Marina.

"I tau Madi, you sayang dia. Lama dah I tahu. But now, apa yang boleh you lakukan?"

"I nak ambil anak angkat."

Dan..

Aku mula rasa, harapan dan peluang untuk Maira pulih semakin cerah seperti sediakala.

DiaWhere stories live. Discover now