1000 Penipuan

231 6 0
                                    

Malam masih muda. Waktu di skrin Samsung Galaxy S6 menunjukkan jam 11.30 malam. Mataku belum lagi mahu lelap. Aku mengiring ke kiri. Rimas pula mengadap dinding putih. Dinding asrama biasalah. Dicat putih seolah bersih, memberikan ilusi luas dan minimalis katanya. Padahal nak berjimat! Warna putih asalnya, namun tahun demi tahun berlalu putih menjadi krim. Krim menjadi kuning. Kadangkala dicorak dengan tompokan kuning kering. Asrama lelaki selalunya. Budak lelaki kan nakal sikit. Diconteng dengan figura anime kegemaran; dilekatkan poster majalah separa porno dengan aksi selebriti suam-suam kuku atau yang baru nak naik di kolam renang; yang skema sikit diletaknya nota-nota kuliah bersama formula itu ini; yang islamik pula haruslah ditampalnya hadis dan terjemahan kalam Tuhan.

Dinding aku pula kosong. Sama seperti yang asal. Mungkin aku tak gemar untuk mengubah sangat. Seolah mengganggu aura semulajadi domain bilik ini. Untungnya aku mendapat bilik berdua. Walaupun sempit tetapi inilah safe haven bagiku. Di sekelilingmu senantiasa ada dinding-dinding yang penuh cerita yang tersendiri. Katil sebelah aku pandang. Kosong. Sudah semestinya roomate kesayangan aku masih berada di sekitar library. Mamat itu gila belajar. Gila bersukan. Kira lengkap la pakej dia. Beauty with the grade A brain. Aku hanya separuh daripada dia kot. Tetap nak jugak masuk bakul, angkat sendiri.

Ting! S6 aku berbunyi. Pesanan Whatsapp baru masuk. Hati kecil meneka siapa pula yang menghantar pesanan. Esok adalah hari sabtu. Harapnya bukan pesanan berkaitan kelas dan assignment. Aku mahu sabtu yang berkualiti. Sabtu yang mereput sehingga ke tengahari.

"Hai. Buat apa tu? Dah tido ke awaa? 😉"

"Bye! Dah tido. Ni hantu yang balas. 👻"

"Memain pulak dia. Gigit kang baru tahu."

"Apa ni nak gigit orang. Gila! 😡"

"Tapi nak gigit lagu mana la. Kenal pon tak kot. Entah orang entah hantu gamaknya. Plot twist sebenarnya ni makcik karipap! Uuuuu"

"Sorry tak jual karipap. Malam ni jual popia pulak. Sos extra! Yummy."

"Waaa, lamanya tak makan popia goreng. 😢"

"Alolo, esok pergilah pasar malam. Ada jual kot. Beli dekat yang depan bank. Paling manang kata orang Sabah."

"Jom la kita pergi sama boleh tak? 👉🏻👈🏻"

"Nanti2 la. Okay?"

"Okay"

"Ermm nak tido dah ni. 😴"

"Okay. Goodnight!"

Aku biarkan pesanan itu begitu. Sudah sebulan aku berbalas pesanan dengan dia. Aku kenal dia. Dia kenal aku. Cuma dia tak tahu aku yang berbalas pesanan dengan dia ni siapa. Maksud aku in real life. Rakan sekuliah. Pelajar paling kacak. Pilihan ramai gadis. Pilihan ramai lelaki juga. Siapa tak nak dia. Good looking. Anak orang kaya. Berdarah campuran lagi. Bak kata Faizdickie, bergetar apam dan terung la jawabnya. Namun terung aku masih lagi tebal imannya. Walau senipis kulit bawang! Tetap ada iman walaupun senipis lapisan ozon kian hari.

Siapa sangka, satu pesanan yang salah dihantar boleh jadi begini. Teknikalnya salah la sangat. Yes, aku sengaja menghantar pesanan selamat malam kepada dia. Tak disangka-sangka, ada balasan. Dia yang membalas pesanan itu. Satu demi satu. Sehinggalah malam ini. Esok genap la sebulan aku dan dia. Siapa sangka. Cuma aku pelik, takkan la si dia tak tahu langsung akan aku. Atau dia sememangnya sudah tahu dan nak bermain sekali permainan ini. Let's the game begin.

Sejujurnya aku sukakan dia. Tak tahu kenapa perasaan ini hadir. Cuma ia hadir. Hari demi hari semakin kuat. Wajah itu seolah di sihir jauh menusuk ke dalam pemikiran aku. Aku biarkan diriku terbuai-buai dengan fantasi ini. There's no harm in it kot kata setan dalam kepalaku. Cuma ini permainan yang bahaya. Sesiapa yang jatuh hati, dialah yang loser. That's the way it is. Aku tak tahu samada aku patut teruskan atau hentikan. Berterus terang kepada dia. But, where's the fun kan? Bukannya kami bermukah, berbuat dosa. Mungkin ini hanya antara aku dan dia.

Inilah seribu penipuan. Permainan jiwa, hati dan perasaan. I don't do love. So, I'm gonna win this game. This game only for wicked soul like me. Only fools fall for you. Only fools dear.

FABULAWhere stories live. Discover now