Aku duduk menyandar pada kerusi yang empuk sambil memusingkan badan kekiri dan kekanan. Sudah kematu punggung menunggu 2 orang yang pergi membeli makanan. Dalam hati berhusnuzon mungkin ramai orang di kedai. Maklumlah malam tahun baru.
Jari kanan discroll pada skrin telefon Lenovo tercinta. Garis masa Twitter diteliti. Same random things ja. Tiada drama pulak malam tahun baru 2016 ni. Sah semua melangut ke merendek tengok bunga api mungkin. Eh ada ke bunga api tahun ni? Sejak Malaysia nak kearah negara Islam ni dah kurang sikit acara lagho sambut new year ni dibuat meluas.
Pintu bilik gerakan Neolusionis dibuka perlahan. Kelihatan Tiara dan Aish melangkah masuk. Yeah FOODS! I'm starving tak makan sejak petang tadi lagi. Perut pon sudah berkeriuk sakan seolah ada pertunjukan fireworks di dalam.
"Munira, kau beli tak apa yang aku pesan tu?" Tanya Zack yang mengidam mee goreng mamak yang ditambah 2 telur goyang. Mamat yang kurus sekeping hati dibawa berlari ni boleh tahan jugak seleranya. Tak padan dengan badan.
"Heh! Dah berapa kali aku cakap panggil aku Tiara. Sekali lagi kau panggil aku Munira siap kau! Call me Tiara Mustapa please. Kalau tak aku hentak kau dengan buku law ni." Tiara berkata dengan muka yang serius.
"Roger Miss Mustapa!" Satu tabik spring lantas diberikan Zack kepada Tiara. Aku tersenyum melihat gelagat mereka. Malas nak ambil point sangat. Dah begitu cara kami bergurau senda atau dalam bahasa rempitnya, beramas mesra. Beramas mesra as pun kepada beramah mesra.
Makan malam dinikmati semua. Tujuh orang yang pemikirannya satu dalam misi yang sama. Misi yang harapnya membawa sinar baharu kepada masa depan negara. Misi antara menjadi patriot ataupun pengkhianat bak kata mereka di pihak yang satu lagi.
Aish yang sedang membancuh kopi 3 in 1 berdehem perlahan. Lalu bergerak untuk duduk, memhempaskan punggung pada sofa di sudut diskusi kami. Sudut yang sebahagiannya berdindingkan kaca. Dinding kaca yang berlatar belakangkan wajah malam metropolis Kuala Lumpur.
"Hmm, aku rasa kita dah boleh proceed dengan second phase dalam plan kita." Aish berkata setelah menghirup kopinya. Mug berisi kopi suam diletakkan di atas meja kecil disebelahnya.
"Yes we can but we still need our Katniss. We need our Mockingjay. That person akan jadi face of our revolution." Tiara meluahkan rasa yang terbuku.
"Actually aku ada seorang calon yang aku rasa layak. Dia budak law dan really good dalam debate. Worldwide kinda good and famous." Kataku yakin dalam nada yang perlahan. Nada tenang.
"Wait! If kau maksudnya si dia tu aku setuju. He's young. He's cute. He's good in dealing people. And he's clean! Itu saja dah cukup aku rasa." Zack pula melontarkan pendapatnya.
"But in this case, kita perlu jadikan dia lebih. Mockingjay saja tidak cukup. Ini bukan Panem. Diktator kita tu bukannya macam Snow. Yang ini dia muka tebal sangat."
"Aku cadangkan kita jadikan dia garuda. Biar dia gempur di sosial media dahulu dan kita akan backup in real life."
"I like Garuda. Sounds catchy and really into Malay sangat."
"Dia ada background dengan government sebelum ni. Kita boleh guna itu sebagai advantage. And at the same time dorang pon akan guna itu untuk melawan balik. For sure ayat bagai kacang lupakan kulit segala akan keluar."
"Golongan muda terpelajar mesti suka dengan dia. So senang sikit kita nak gather supporters. Kita perlukan hashtag yang mantap."
"Aku suka dengan #SaveMalaysia setakat ni. Dan given their PR team punya reputation with I Love PM, expect something like #RespectMYPM la kot from dorang."
"Dorang memang malas giler kan. Hashtag ala kadar dorang Google random manalah dorang akan ambil."
"So kalau semuanya terjadi ikut plan kita, maybe tak lama kot untuk kita start rally untuk mintak letak jawatan."
"Aku dah plan for some petition nanti. So orang even outsides our country pon boleh sign. We need the numbers."
"Sounds like a good plan. Hopefully kita boleh capai dalam masa 3 bulan."
"Wekandoit! Dongibab!"
"Lol!"
"Hahaha. Bongek la kau."
"Ha Zack macam mana kau monitor si beta tu? So far menjadi tak mind control device kita tu?"
"Memang menjadi giler weh. Kau tengok jelah statement bodoh membabi buta apa dia baru buat last week. Itu kerja Tiara la. Gampang dan funny kot."
Semua orang tergelak serupa orang hilang pedoman mengingatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang berkata semua orang Melayu wajib dan seharusnya menyokong penuh kepimpinan PM selaras dengan ajaran Islam yang mahukan kita hormat akan pemimpin. Kenyataan yang telah menjadi jenaka di media sosial kerana keesokan harinya tersebar rakaman suara PM memberikan kenyataan berbaur rasis kepada seorang ahli politik pembangkang.
"Mohd, kau nak Said ek jadi Garuda kita?" Tanya Aish kepadaku. Aku mengangguk sambil tersenyum. "Eleh macam aku tak tahu kau crush dekat senior kau tu selama ni!"
"What! Mana kau tahu ni? Ala crush manja-manja je pon." Aku berkata sambil membuat tanda peace.
"Kitaorang semua tahulah. Dah kau setiap hari stalk dia di Twitter and Facebook kan. Dah la guna desktop. So semua orang nampak la."
"Ops!"
YOU ARE READING
FABULA
Cerita PendekMungkin ada pengakhiran; atau hanya tergantung begitu sahaja dek kerana writer's block; mungkin sengaja dibiarkan untuk kamu menilaikannya. Selalunya memang begitu.