Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Cuaca suram dek kerana jerebu yang sudah menjadi annual event di Malaysia ni saban tahun. Orang ramai berpusu-pusu bergerak bagaikan ada jualan murah di Stesen LRT Masjid Jamek. Maklumlah baru habis waktu bekerja di hari Isnin yang mulia.
Aku bergerak pantas menuruni tangga dan menunggu LRT tiba. 5 minit lagi katanya. Aku memandang kiri-kanan seketika, manalah tahu kot-kot ada calon suami nak muncul! Gittew berangannya. Memang layak la siling ni jatuh hempap batu jemala aku. Dasar andartu luar kawasan coverage betul. Ye la siapalah yang nakkan dekat minah office macam aku ni. Nak kata cantik tu, bolehlah jugak. Adalah iras-iras Rozita Che Wan muda-muda dulu yang dah habis tu. 😉
Handphone dalam handbag dikeluarkan. Notification emel berbunyi. "Hmm siapa pulak la pepetang macam ni?" Keluhku di dalam hati sambil membaca emel yang baru diterima. OMG! Terbeliak mata hazelku. Emel ringkas itu kubaca sekali lagi. Takut ini hanyalah bang bang boom!
Salam sejahtera
Tahniah diucapkan kepada saudari Nur Dayana Iskandar kerana telah dipilih sebagai salah seorang peserta musim baru Selamanya Cinta. Butiran lanjut disertakan di dalam attachment. Terima kasih.
Hampir saja aku melompat-lompat keriangan seperti bebudak mendapat duit raya. Nasib jati diri sebagai gadis melayu terakhir masih tebal dalam jiwa. Lagipun aku pakai kebaya kot hari ini. Gila lah nak melompat pulak. Tak pepasal orang rakam dan share kat Facebook nanti – Perempuan gila dirasuk di LRT Masjid Jamek. Tak kusangka buah cempedak dah jadi nangka. Video 15 saat itu dipilih akhirnya. "Siapalah hot bachelor season ni diorang nak ambil? Tolonglah hensem!!" aku mulai berteka-teki dalam minda. Senyum sudah sampai ke telinga.
*****
Sudah dua minggu aku berada dalam peringkat bootcamp rancangan Selamanya Cinta. Rancangan realiti yang diinspirasikan daripada The Bachelor. Senang cakap ditiru jelah. Daripada 20 sekarang sudah tinggal 15 orang. Hanya 13 sahaja akan dipilih untuk musim terbaru nanti. Maknanya dalam sehari dua ini, dua orang lagi akan tersingkir. Aku sememangnya berharap aku akan lepas masuk top 13. Kau gila taknak, dengar cerita yang aku dengar daripada krew-krew, musim ni bujang pilihannya adalah si kacak anak tiri penyanyi tersohor negara kot. Mamat tu dah la kacak lagi comel. Very the taste I la senang ceritanya.
Setakat ini aku baik dengan Maria dan Kirana sahaja. Dua orang ni like humble giler dan tak bitchy macam yang lain. Yang lain belum apa-apa lagi dah keluarkan claws dah sorang-sorang. Rambut kepuk-kepuk Che Ta sebelum berhijab lagilah diaorang dok flips. Kau jangan sampai aku flips tudung bidang 60 pulak. Eh, sejak bila aku bertudung pulak?
Maria, seorang heiress, anak pemilik empayar kosmetik terkenal. Orangnya cantik, langsing tinggi dengan kulit hitam manis. Persis Shay Mitchell kot. Budi bahasa tiptop habaq hang. Lulusan seni pulak tu. Kirana pulak anak pensyarah. Orangnya kecil molek. Senyuman manis ibarat Cheryl Fernandez Versini dalam X Factor UK tu. Lesung pipit dia tu kadangkala buatkan aku fangirling.
Pertama kali aku jumpa diorang adalah semasa hari pendaftaran bootcamp di resort inilah. Aku biasalah, walaupun nama persis Puteri Diana tapi perangai gopoh tak ingat. Aku nak jugak fefeeling Diana okay. Kaftan labuh aku tersangkut di hujung kerusi berukir di ruang lobi. Mujur Kirana la yang tolong tarik hujung kain itu, kalau tak seharusnya koyak la baju itu. Maria pulak yang tolong semasa kunci bilik aku terjatuh ke dalam kolam renang. Aku tersadung dan kunci itu terpelanting ke dalam air. So korang dah boleh agak macam mana huduh lagi loqlaqnya perangai seketul Dayana ni kan.
Tugasan kumpulan minggu ini adalah seperti Explorace dengan satu kumpulan tiga orang. Maria dah pilih aku dan Kirana untuk satu group dengan dia. Ada lima group untuk tugasan minggu ni dengan dua kumpulan terbawah akan pergi ke elimination. Inilah tugasan yang paling penting. Siapa kalah akan tersingkir dan takkan masuk ke rancangan realiti at all. Ini bukan Akademi Fantasia, takde AFMASUK segala bagai. Out memang out terus. Tarik la beg dengan linangan air mata pelesu kau itu.
Setiap kumpulan diberikan peta untuk ke check point pertama dan dari situ kena cari klu untuk ke check point yang seterusnya. Ada 10 check point mengikut kata si abang produser yang annoying ni. Dia annoying sebab dia loudspeaker ya toohan. Cakap kuat giler kot. Setiap check point ada tugasan dan akan dapat satu cebisan gambar. Kena kumpul 10 cebisan gambar sebab daripada cebisan gambar itulah wajah si hot bachelornya. Masa yang diberikan adalah enam jam dan kumpulan yang pertama tiba di lobi nanti akan selamat daripada penyingkiran dan terus melangkah masuk ke Selamanya Cinta.
YOU ARE READING
FABULA
Short StoryMungkin ada pengakhiran; atau hanya tergantung begitu sahaja dek kerana writer's block; mungkin sengaja dibiarkan untuk kamu menilaikannya. Selalunya memang begitu.