Primordial

91 1 0
                                    

Sebuah kapal angkasa meluncur laju di kaki langit. Seketika, berlegar-legar di ruang angkasa. Mencari kawasan yang sesuai untuk mendarat. Perjalanan jauh menempuh cakerawala daripada galaksi jauh disebalik muara sebuah sistem beribu tahun cahaya jaraknya. Suasana tidak tenteram di luar sana memaksa mereka mencari sistem planet terdekat untuk menyembunyikan kargo berharga daripada tangan musuh.

------------------------------------------------------

Planet Hijau Biru

Hidupku seperti biasa. Bangun tatkala pagi menjelma. Perut yang lapar harus diisi. Segera! Aku keluar daripada gua tempat tidurku. Sunyi suasana pagi ini. Embun jantan masih belum habis menitis ke lantai tanah di kawasan perbukitan ini. Aku harus cepat. Lambat beerti aku harus berhadapan dengan orang qasar yang seperti hilang akal gayanya. Berebut makanan sehingga sanggup berbunuhan. So barbaric bak kata orang di zaman moden.

Aku bergerak laju. Namun laju bagiku mungkin hanya beberapa langkah sahaja. Maklumlah aku ni juga orang qasar. Fizikal kami rendah, jalannya sedikit bongkok. Tidak lurus. Badan dilitupi bulu-bulu kasar yang tebal dan banyak di beberapa bahagian badan. Kadangkala aku terasa seperti tiada bezanya aku dengan monyet dan beruk di hutan sana. Bercakap pun hanyalah sekadar uuu aaak. Biasalah ABC belum lagi dicipta pada masa ini.

Pokok pisang di hadapan aku perhatikan. Buahnya kekuningan itu sangat enak. Senang untuk dimakan lagi. Berbeza dengan buah hijau berduri di kawasan bukit sana. Sudahlah buahnya tajam manakala susah pulak untuk mendapat isinya. Hanya orang gila saja yang boleh menunggu buah itu jatuh untuk dimakan. Aku tidak segila itu. Kenapa perlu bersusah payah seandainya ada yang lebih mudah.

Setelah kenyang aku tahu aku harus kemana. Aku mahu ke kawasan pinggir hutan yang berdekatan dengan padang bertanah yang luas. Kawasan padang bertanah itu agak membahang kerana pokoknya berjarak antara satu sama lain. Ditambah pula dengan haiwan apa namanya yang garang dan suka memakan orang qasar di situ. Aku takut.

Aku suka betul melihat dua orang makhluk pelik yang tinggal di pinggir hutan. Mereka berkulit cerah dan mempunyai pakaian yang menutup tubuh badan. Tidak berbogel seperti kami. Mereka ada benda merah panas itu. Yang dibawahnya kayu dan atasnya mengeluarkan warna merah dan panas. Aku pernah tersentuh sekali. Terasa sangat sakit tanganku. Hanya dengan mencelup ke dalam air saja baru sakitnya hilang.

Aku tidak tahu daripada mana mereka datang. Dan kenapa mereka berlainan daripada kami. Mereka nampak lebih teratur. Tinggal di dalam rumah kayu dan bukannya gua seperti kami. Mereka juga tidak hanya bercakap uuu aakk sahaja. Mereka bercakap dengan bahasa pelik. Aku tidak faham. Mereka mungkin Tuhan. Dewa Dewi layaknya.

------------------------------------------------------

Hujan lebat turun secara tiba-tiba. Petir telah menyambar sisi kiri kapal angkasa tersebut. Pintu kokpit yang terbuka bersama sebuah kotak terjatuh ke bawah. Jatuh di kawasan berpasir. Kotak yang berlabel XY itu terbenam separuh di dalam pasir.

Kapal angkasa menjadi tidak stabil. Berpusing-pusing dek kerana angin yang kuat. Kotak kedua yang dilabel XX pulak terjatuh daripada kapal tersebut kerana pintu yang terbuka. Kotak itu terjatuh ke dalam laut dan terus dilanda ombak yang menggila bersama ribut.

Kelihatan tidak jauh daripada kapal angkasa yang sudah berasap itu sebuah lagi kapal angkasa lain. Yang jauh lebih besar dan megah lagaknya. Sebuah peluru berpandu dilepaskan dan kapal angkasa yang berasap tadi terus meletup berderai dalam ribut.

FABULAWhere stories live. Discover now