Usai melihat gerhana matahari dan juga melakukan eksperimen wajib "telur berdiri", semua murid-murid melangkah masuk ke dalam kelas masing-masing. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Beerti ada lebih kurang 30 minit lagi sebelum waktu rehat.
Puan Ariana, guru subjek Bahasa Melayu melangkah masuk ke dalam kelas 4 Optimis, kelas yang terkebelakang sekali untuk darjah 4. Pakaiannya hari ini adalah sepasang baju kurung yang dibeli di Zalora, koleksi hari raya yang dipadankan dengan tudung bawal Aidijuma bertatahkan batuan kristal tiruan.
"Selamat pagi cikgu!"
"Selamat pagi semua. Okay semua boleh duduk."
Ariana yang juga merupakan guru kelas tersebut memanggil Dani, ketua kelas untuk bertanyakan mengenai kehadiran pada hari tersebut. Hanya seorang sahaja yang tidak hadir iaitu Kirana yang juga penolong ketua kelas kerana demam denggi masih belum kebah sepenuhnya.
"Hmm, sekarang cikgu nak korang buat senarai 7 keajaiban dunia. Siapa yang hantar boleh terus keluar rehat awal. Cikgu tahu kamu semua dahaga kan selepas berpanas tadi?"
"Betul ke boleh keluar awal cikgu? Nanti Cikgu Shah marah pulak. Dia dah la garang. Takut ittew tau."
"Takpe, cikgu yang benarkan. Jangan takut."
Semua murid-murid tekun memikirkan jawapan kepada soalan 7 keajaiban dunia. Soalan itu mungkin sedikit menguji their inner clever boy/girl dalam diri. Kelas belakang biasanya mereka lebih suka bermain daripada belajar. Jadi pemikiran mereka tidak sama dengan murid di kelas yang hadapan yang lebih valedictorian.
Jarum jam menunjukkan pukul 10.20 dan murid-murid mulai menghantar jawapan kepada Ariana sebelum melangkah keluar menuju ke kantin. Seorang demi seorang melangkah keluar. Ariana yang sibuk membaca jawapan muridnya tidak perasan akan si murid yang kecil bernama Aiman yang masih terkial-kial mencari jawapan.
Tujuh Keajaiban Dunia
1. KLCC
2. Piramid
3. Tembok Cina
4. Masjid putih di India
5. Menara Aifil
6. Menara condong
7. Angkor whatGeli hati Ariana membawa jawapan si Faizul yang suka loyar buruk di dalam kelas. Orangnya comel namun boleh tahan nakalnya. Pokok yang mana belum dipanjatnya di sekolah ini. Terhibur seketika Ariana.
Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi dan loceng menandakan waktu rehat menjerit-jerit di luar. Ariana mengangkat kepalanya dan terlihat Aiman yang sedang melangkah ke arah meja guru untuk menghantar jawapannya.
"Nah cikgu. Aiman dah siap."
"Okay terima kasih. Sekarang Aiman pergi rehat ya." Aku tersenyum melihat dia berjalan ke luar daripada kelas.
Sekeping kertas putih aku ambil. Jawapan Aiman. Aku membacanya. Seketika aku terdiam. Helahan nafas perlahan. Aiman Aiman, cikgu tak sangka awak ni begini. Jawapan anak ini benar-benar lain. Namun ada kebenaran dalam jawapannya.
Tujuh Keajaipan Dunia
1. Boleh tengok
2. Boleh dengar
3. Boleh pegang
4. Boleh rasa
5. Boleh fikir
6. Boleh gelak
7. Boleh sayang
YOU ARE READING
FABULA
Short StoryMungkin ada pengakhiran; atau hanya tergantung begitu sahaja dek kerana writer's block; mungkin sengaja dibiarkan untuk kamu menilaikannya. Selalunya memang begitu.