Senjakala

101 1 0
                                    

Hujan masih renyai-renyai. Gerimis petang tadi mulai lebat selepas matahari kembali beradu. Aku penat. Seharian mengulangkaji untuk test lusa nanti benar-benar menyesakkan fikiran. Subjek itu susah dan aku tidak mahu gagal lagi. Aku mahu bergraduasi tahun ini.

Aku berjalan pulang ke rumah. Flat yang aku sewa terletak 5 ratus meter daripada stesen lrt. Aku menyeluk poket kiri untuk mencari telefon. Waktu di skrin telefon menunjukkan pukul 8.50 malam. Jalan biasa mesti sudah sesak dengan ramai orang. Better ambil shortcut jelah. Aku berkira-kira untuk menjimatkan masa. Daripada berjalan di bahagian deretan kedai yang senantiasa penuh dengan manusia yang sibuk mencari makan lebih baik aku berjalan di bahagian belakang yang lebih sunyi dan lengang.

Aku terus membelok ke kiri menuju ke bahagian belakang deretan kedai yang disebelahnya adalah satu projek mega yang telah terbengkalai akibat krisis kewangan 1997/1998. Projek gajah putih yang tersergam mengerikan. Menjadi port untuk budak-budak menghisap dadah dan juga team paranormal mencari entiti asing di kawasan suburban ini. Crazy!

Aku akui yang kadangkala bangunan lama ini agak menyeramkan. Ditambah pula dengan beberapa kes pembunuhan yang tidak selesai sehingga kini. Tetapi selain daripada itu, bangunan itu tiada masalah bagiku. Ruangan di rooftop yang separa siap itu indah. Dapat melihat saujana kota metropolitan Kuala Lumpur daripada kejauhan. Ramai budak instagrammer berebut untuk naik ke atas dan mengambil gambar yang begitu deep katanya.

Jalan ini sunyi seperti biasa. Bercahaya suram dengan bantuan lampu jalan yang berselang jauh antara satu sama lain. Let's go hatiku berkata sambil aku melangkah. Jalan shortcut ini hanya 3 ratus meter sahaja untuk sampai ke simpang jalan berhadapan dengan flat lama tempat aku menyewa. Kebiasaan tiada orang akan melalui lorong ini di waktu malam kerana takutkan satu urban legend dimana terdapat kelibat makhluk hitam bersayap yang meragut kucing. Lol!

Aku sudah beberapa kali berjalan di lorong ini. Tiada langsung kelibat anak kucing apatah lagi this so called makhluk bersayap. Entah itu hanya kain hitam lama yang digunakan dalam pembinaan yang terbang jatuh ke bawah. Disangkakan hantu oleh mereka yang ketakutan. Manusia biasalah, selalunya takut dengan benda yang mereka tidak fahami.

Aku memeluk tubuh sambil berjalan pantas. Sejuk betul malam ini. Dan sunyi. Terlalu sunyi daripada biasa. Aku terdengar bunyi seperti orang berlari dibelakangku dan tiba-tiba aku dirempuh sehingga terjatuh. Aku tersembam diatas jalan. Basah sedikit mukaku. Shoot! Aku bingkas bangun untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Dalam suram malam yang dibantu dengan cahaya malap daripada lampu jalan, aku melihat ada seseorang seperti lelaki di belakangku. Dia juga terjatuh.

"Hello, okay tak ni?" Aku bertanya kepada dia.

"Okay okay. Don't worry pasal aku" katanya lemah sambil berpaling kepadaku.

"Oh my God! Apa yang terjadi ni? This is serious. Let me help you." Aku kaget melihat dia yang kelihatan berdarah di bahagian dada. Ada darah yang mengalir di situ.

"Here, take this. Jaga elok-elok Mike." Dia berkata sambil menyeluk poket kiri seluarnya. Memberikan aku sebiji bebola kecil seperti guli.

"Macam mana boleh tahu nama saya ni? Ini apa?" Aku bertanya seraya mengambil guli itu.

"Inilah hadiahku untuk ulang tahunmu. Gunakan untuk kembali ke sana. Ke tempat asalmu" dalam nada yang lemah dia berkata.

"Tempat asal apa pulak ni? I don't understand sir!" Aku cemas.

"Tempat asal kau dilahirkan Mike. Dunia asal kau!" Kata seseorang yang tiba-tiba muncul di hadapanku. Dia terus memegang tangan lelaki yang cedera tadi.

"Bawa Mike pergi. Jaga dia baik-baik." Pesan lelaki yang cedera tadi sebelum kedengaran seperti sayap berterbangan daripada bangunan terbengkalai tadi.

"Okay, kita kena pergi sekarang!" Tangan aku ditarik oleh si dia yang tiba-tiba muncul tadi.

"Wait! What? Kau ni siapa?" Aku bertanya dalam kekeliruan.

"Anggap saja aku ni malaikat pelindung kau Mike! Sekarang jom pergi daripada sini segera sebelum pintu tertutup" dia menarik aku bergerak ke arah jalan menuju ke flat. Aku menuruti.

Dari kejauhan aku melihat ada satu makhluk bersayap yang mengambil orang yang cedera tadi. Kemudian semuanya hilang apabila aku tiba di penghujung lorong. Jalan itu sunyi seperti biasa. Aku berdiri di tepi jalan menghadap flat. Aku cuba untuk bertenang. Aku bernafas pantas dan perlahan. Seketika aku tenang kembali.

"Okay. Kau kena ceritakan apa yang berlaku tadi" katanya pada si dia yang misteri.

"Aku Ali, penjaga kau mulai malam ini. Yang tadi itu Ahmad, penjaga kau yang sebelum ini. Makhluk bersayap itu pengikut Shah yang hendak membunuh kau untuk guli tadi. Kau sebenarnya separuh manusia separuh lagi bunian. Ya term orang di alam ini memanggil orang seperti kita sebagai bunian. Tempat tadi adalah salah satu pintu ke alam sana." Katanya serius.

Aku tergamam. Aku terkesima. Guli itu aku genggam erat. Mungkin inilah jawapan kepada persoalan aku selama ini. Terima kasih ya Tuhan.

FABULAWhere stories live. Discover now