Tujuh

126 1 0
                                    

17 September 2020

Pagi yang suram. Mendung di kaki langit. Kelihatan asap berkepul-kepul seperti awan yang memanjat ke dada langit. Ada bau kebakaran. Debu-debu berserakan. Seolah-olah garuda dari neraka baru menggempur tanah ini. Menghamburkan kematian, kepahitan, kesengsaraan bersama runtuhnya sebuah kepercayaan dan harapan. Semuanya musnah dalam satu kerlipan mata. Jatuhnya sebuah kerajaan. Musnahnya satu sejarah bernama kolonisasi. Ranapnya demokrasi yang dicanang-canang selama 60 dekad lamanya.

Kuala Lumpur, sebuah metropolis urban yang menjanjikan peluang untuk perubahan di balik tembok konkrit. Menitiskan janji-janji manis di hujung siratan kehidupan. Menyinarkan cahaya neon malap yang seakan memberi harapan sementara. Sesaat berlalu, semuanya hilang. Urbanisasi dan pemerintahan oleh tangan-tangan manusia egois yang tindaknya mahukan si marhaen menjadikan mereka raja di mata, bertakhta di hati. Seribu penipuan dan propaganda dilaungkan setiap 5 tahun menjadikan mereka selesa berada di tampuk pemerintahan semenanjung emas ini.

Derita rakyat marhaen hanya masuk di telinga kanan lalu ditolak keluar oleh ekzos telinga kiri. Cukai demi cukai dikenakan dalam usaha untuk menyelamatkan punggung-punggung di atas kayangan altar kerajaan. Bagai sebuah syarikat yang kerugian atas salahnya percaturan pentadbiran dan pelaburan yang merugikan. Hutang dibayar dengan hutang sekaligus menjadi beban yang tiada kesudahan. Tanah dijual beli dengan nilai yang ridikulus. Saham akhirat rakyat juga dicabuli serakusnya. Satu demi satu GLC tersungkur.

------------------------------------------------------
5 tahun sebelumnya.

"Apa yang kita buat ni betul ke tak? Aku dah makin ragu-ragu!"
"Hoi mangkuk tingkat, kau buat jelah. Jangan banyak songeh boleh tak?"
"Betul tu, atas ni tiada berkaitan dengan kita di bawah sana."
"Kita kan dah janji. Kita kena buat jugak!"

Si gadis langsing berambut lurus panjang sehingga ke belakang badan menghulurkan tangan kanannya kepada si lelaki berkaca mata yang duduk memeluk lututnya di lantai. Huluran itu disambut dia pantas berdiri. "Sorry la sebab aku emo sikit" Jarinya membuat simbol peace. "Aku faham ini tugasan yang terakhir dan lepas ni kita boleh cuci tangan, tapi korang tak rasa ke macam keterlaluan je plan ni?" Ayu berkata dalam nada serius.  Ada roman kegusaran di raut wajah polosnya.

"Kita hanya ikut jelah plan ni. We just need to blow up Hollywood of bloodsucking politicians. I think those ministers at Putrajaya really need to pay for their sins!" Aish yang bersandar di dinding melontarkan kata dengan penuh amarah. Mungkin luka lama perlu dilunaskan dengan darah baginya. Nyawa diganti dengan nyawa.

Ruang bilik bawah tanah dipenuhi 7 manusia. Mereka adalah sebahagian kecil kumpulan berhaluan tersendiri yang dikenal sebagai Neolusionis - golongan yang mahukan pembaharuan dalam sistem politik dan pemerintahan Malaysia. Mereka mewakili golongan marhaenis yang sudah lali dan muak dengan sepak terajang dunia politik setempat. Dengan kejatuhan ringgit dan isu-isu negara yang tidak diselesaikan dengan baik sehingga memaksa rakyat menjadi galang gantinya.

"We got another year to proceed with this plan" Aish berkata dengan nada tegasnya sambil merujuk kepada catatan dan doodle di whiteboard. "With this enormous budget, nothing can stop us now! This shall be the end!!" Aish si ketua bagi subdivisi Neolusionis di kawasan NeoBangsar, perumahan elit di pinggir Kuala Lumpur. Dia direkrut dan dilatih setelah kedua orang tuanya mati dibunuh dengan kejam. Ibunya seorang peguam telah ditemui bersama-sama dengan suaminya di sebuah lombong tinggal. Kedua mereka telah ditembak di kepala dalam kejadian tersebut. Hanya beberapa hari sebelum kes rasuah seorang timbalan menteri akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

"Kita dah boleh start sebaran untuk another rally within one month." Tiara, si gadis berambut lurus panjang tadi berkata sambil berjalan ke pantry. Dia lulusan pengurusan daripada sebuah universiti di California. Terpaksa kembali ke Malaysia setelah krisis kewangan serantau memaksa pihak kerajaan menarik balik biasiswa dan semua pelajar menyambung pengajian di Universiti Awam dalam negara. Separuh jalan untuk pengajian sarjana di habiskan di Malaysia. Hatinya luluh.

Tangan kiri di angkat. Aish memandang lelaki berkaca mata yang baru lepas freak out tak tentu pasal sebentar tadi. Speak! Sepatah yang dilontarkan oleh Aish. Zack, si nerd yang juga seorang tech freak dalam kumpulan ini teragak-agak untuk berkata. Kebimbangan menapak di dalam jiwanya. "Okay, cemana kita nak proceed dengan so called mind control  nanti?"

Aish tersenyum. Dia berjalan ke tepi dinding. Segulung kertas diambil. Dibentangkan diatas meja utama. Tujuh mereka berdiri sebaris. Memandang akan pelan yang telah dirancang atas kertas mahjong tersebut. So, this is how to get away with kidnapping the Prime Minister. Mata Zack tidak berkelip seketika melihat pelan tersebut. Ada sinar harapan menari-nari di matanya.

FABULAWhere stories live. Discover now