Seorang wanita yang mengamuk secara tiba-tiba tergamak memukul abang dan ibu saudaranya dengan tungku gas dan buah kelapa sehingga mati di rumah mereka di Kampung Aman, Tumpat Kelantan semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, suspek yang berusia 26 tahun mengamuk sebelum memukul kepala adiknya, Nik Ahmad Nik Ali, 22, yang lumpur dan sedang berbaring di atas katil menggunakan tungku gas memasak menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat pendarahan serius di kepala.
Ibu saudara mereka, Wan Empok Wan Awang, 55, yang cuba untuk menenangkan suspek di perkarangan rumah pula meninggal dunia selepas dibelasah dengan buah kelapa pada bahagian muka dan kepala.
Menurut ibu mangsa, Wan Faridah Wan Rahmad, 60, suspek yang mengalami masalah mental sejak 3 tahun lalu itu tidak melarikan diri selepas kejadian. Dia kemudiannya ditangkap dan diikat menggunakan tali pada pokok kelapa di hadapan rumah sementara menunggu polis tiba.
Ujarnya lagi, suspek sebelum ini ada memberitahu dia pernah mendengar bisikan halus meminta dia untuk membunuh orang.
Keratan akhbar tabloid itu aku letakkan di atas meja. Senyuman sinis aku berikan. Dua cawan berisi kopi aku bawa masuk ke dalam bilik kecil di dalam makmal.
'Kau dah baca belum newspaper weh? Aku rasa menjadi la benda tu.' Cawan aku hulurkan kepada Zuhaili yang matanya galak menatap pergerakan gelombang pelbagai warna pada skrin desktop.
'Tengok la idea siapa jugak nak sebarkan wave with that frequency kan?' Kopi disambut lalu dicicipkan sedikit. Pahit dan manis seimbang. Sedap.
'Aku dah dapat new collateral damage ni. Male, 32 with ongoing treatment for the past 4 years. So okay tak?
'Aku on je. So nak buat dia bunuh sama jugak ke?'
'Lebih kurang la tapi aku nak dia guna pengukur kelapa la kalau boleh. Sekali sekala guna murder weapon yang lain sikit!'
'Wicked! Okay aku nak start profiling his wave. Kita bisik suruh dia bunuh baby la kali ni kot sama?'
'Kau kejam doh. Tapi boleh jugak la.!
YOU ARE READING
FABULA
Short StoryMungkin ada pengakhiran; atau hanya tergantung begitu sahaja dek kerana writer's block; mungkin sengaja dibiarkan untuk kamu menilaikannya. Selalunya memang begitu.