Surat khabar diletakkan kembali ke meja kopi. Ben mengeluh. Berita tentang pembunuhan seorang lagi lelaki di apartment berhadapan dengan kawasan kejiranan ini mengganggu dia. Di tambah pula dengan pelbagai spekulasi dan rumor yang disebarkan di Facebook dan Whatsapp. Rizman, sahabatnya yang bertugas sebagai seorang detektif ada memberitahu yang modus operandi pembunuh ini mudah. Mencari lelaki muda yang kacak. Dating. Mungkin beberapa sesi one night stand. Dan lelaki itu mati. Sebungkus kondom perisa strawberi diletakkan dalam mulut mangsa. Masuk kes terbaru ini, sudah 9 orang menjadi mangsa si Strawberi G, nama yang diberikan oleh netizen.
Sakit kepala kembali. Ben bingkas bangun.
Paracetamol diambil. Seteguk air ditelan. Dia bergerak ke bilik tidur. Mahu merehatkan minda. Kerjaya sebagai pelukis sambilan kadangkala mengganggu tidurnya. Apatah lagi kerjanya sebagai seorang jurutera di syarikat konglomerat ternama negara. Melukis membantu dia untuk menjadi relax dan lebih kreatif. Ben merebahkan diri di atas katil. Seketika. Dia terlena. Nyenyak.Pintu bilik tidur dibuka perlahan. Sedikit demi sedikit. Kelihatan seorang lelaki berkulit cerah sedang tidur. Pakaiannya minimal dengan boxer dan singlet. Langkah diatur satu persatu. Bimbang si dia terjaga. Mungkin akan mengganggu rancangan jika si dia terjaga. Benda yang mudah boleh menjadi rumit. Air liur ditelan. Terngiur memandang jejaka yang lena di atas katil. Dia memanjat katil dan duduk di atas lelaki tadi. Tangannya memegang leher si jejaka. Dicekik! Ben terjaga. Nafas terasa sesak. Siapa lelaki bertopeng yang berada diatas badannya dan mencekik ketat lehernya. Adalah ini si Strawberi G?
Tiba-tiba telefonnya berdering. Lantang. Alarm clock pukul 7 pagi. Ben terjaga daripada tidur. Wajah berpeluh walau di waktu pagi. Mimpi ngeri. Dia beristigfar seketika. Mimpi mungkin mainan tidur. Gangguan syaitan. Ustaznya pernah berkata, mimpi itu kadangkala datang sebagai peringatan atau petunjuk daripada Tuhan. Telefon dicapai. Satu selfie untuk Instagram dulu. Nightmare 😣! Caption di tulis berserta emoji. Upload. Ben turun daripada katil. Pakaian di tanggalkan sambil dia melangkah ke bilik mandi. Dia harus bersiap. Ada interview dengan portal hiburan.
----------------------------------------------------
Ding dong! Loceng pintu menjerit. Ben pantas bergerak ke pintu. Dibuka. Terkesima dia seketika. Dejavu menari-nari di kepala. Ada sesuatu tentang lelaki hadapan apartmentnya ini.
"Hai, saya Iskandar. Maaf kerana Ashraf tak dapat bersama. Saya yang menggantikan dia. I hope it's okay with you?" Tangan dihulur untuk bersalam. Ben membalas salaman itu. "Oh okay. I'm totally fine with it. Masuklah" pelawa Ben di muka pintu. Iskandar masuk. Ruang tamu diperhatikan. Nampak minimal dan teratur. Sofa 3 + 2 bercorak coklat dengan kemasan silver. Meja kopi berasaskan kaca. Tv plasma. Hmm nice taste. Katanya di dalam hati. "Have a seat" Ben berkata dari dapur.
Sesi interview untuk portal Meriahuols berjalan lancar. Sesi yang santai. Ben dikenali setelah lukisannya yang bertajuk Lukisan Hati dibeli oleh Siti Nurhaliza sebulan yang lalu. Lukisan Hati adalah lukisan sebuah jantung dengan warna merah darah itu berjaya menarik minat ramai sewaktu dipamerkan sempena Minggu Kesedaran Penyakit Jantung di IJN. Semua hasil jualan lukisan tersebut telah didermakan kepada IJN untuk membantu pesakit jantung. Selain Lukisan Hati, beberapa hasil karya Ben turut dijual dengan harga yang tinggi. Semuanya lukisan organ manusia dengan warna merah darah. Ramai yang berkata Ben adalah wajah baru dalam dunia seni lukis. Abstrak merah darah seolah-olah dihasilkan dengan menggunakan darah betul. Nampak ada nyawa dalam setiap lukisan tersebut.
"Boleh tak nak ambil beberapa gambar selfie dengan you?" tanya Iskandar dengan polite. "Yes sure!" Ben tersenyum. Dia merapatkan diri dengan Iskandar. Haruman Hugo Boss pada Iskandar menarik perhatiannya. Terasa tenang jiwanya. One thing lead to another and here it goes. Seorang menyerah, seorang lagi menerima sehingga selesai.
------------------------------------------------------
Lif terbuka. Ben melangkah keluar. Di tangan ada beg kertas berisi botol sparkling water. Beg galas pulak di belakang badannya. Selepas pulang daripada pejabat dia bershopping seketika di KLCC. Membeli sparkling water. Kini dia di apartment Iskandar. Jejaka itu berjaya memujuk Ben untuk makan malam. Tanda ucapan untuk selfie di Instagram katanya. Macam-macam betul budak itu. Ben yang kebetulan tiada agenda lain malam itu terus menerima ajakan dengan hati yang terbuka.Usai makan malam, mereka duduk di ruang tamu. Rumah Iskandar luas. Rekaan moden dengan color blocking. Kelihatan ceria dan alive. Good looking guy who can cook! Itulah tanggapan Ben pada Iskandar. Pasta mungkin sedang dicernakan tatkala mereka berdua menonton siaran ulangan Akademi Fantasia di kaca tv. Ben meminta izin untuk ke tandas. Iszkandar memberikan petunjuk ke tandas di biliknya. Tandas di dapur rosak katanya.
Mata Iskandar tertancap di kaca tv. Bila, pelajar kegemarannya sedang membawakan lagu Girl On Fire nyanyian asal Alicia Keys. Begitu bagus nyanyian Bila pada mata Iskandar. Tiba-tiba lehernya terasa perit. Darah membuak-buak keluar. Satu kelaran dengan pisau sahaja telah melukakan lehernya. Dia memekup lehernya. Terjelepok dia ke lantai. Ben yang memegang botol kaca menghampirinya. Darah yang mengalir ditadah ke dalam botol.
Botol berisi darah dimasukkan ke dalam beg galas. Iskandar yang sudah kaku tidak bernyawa diperhatikan. Sekeping kondom perisa strawberi diletakkan ke dalam mulut Iskandar yang ternganga. Flying kiss diberikan. Ben melangkah keluar. Setelah pintu ditutup, dia menanggalkan glove dan dimasukkan ke dalam beg kertas. Beg itu dibuang di dalam tong sampah di koridor berhampiran dengan lif. Hatinya ruang berbunga. Cukup sudah bekalan darah untuk melukis lagi.
YOU ARE READING
FABULA
Storie breviMungkin ada pengakhiran; atau hanya tergantung begitu sahaja dek kerana writer's block; mungkin sengaja dibiarkan untuk kamu menilaikannya. Selalunya memang begitu.