Jerebu petang ini seolah-olah dihakis dengan hujan lebat mencurah-curah. Dingin terasa. Ditambah pula dengan lokasi di shopping complex ini. Walaupun begitu crowded dengan variasi manusia yang sikit berganti namun semuanya sibuk dalam hal mereka yang tersendiri. Itulah harga sebuah urbanisasi. Manusiawi menjadi lebih individual daripada menjadi satu komuniti.
"Weh, kau nak dengar cerita tak? Baik punya ni aku dapat semalam."
"Of coz la nak. Cepat habaq mai dekat cheq!" Kata Dian yang meniru gaya Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum walau hakikatnya perempuan itu berasal daripada Kelantan.
"Semalam, aku dok berwhechat dengan Rosa. Dia punyalah baik buka cerita pasal The Belles of Ampang. Terkesima aku seketika kot. Sebab, eh cemana minah ni tahu jugak pasal dorang?"
"Dorang bukan ke BFF comolot?"
"Memang la acah2 bestie tapi ni cerita yang deep web punya kot. Aku pelik la takkan dia tahu jugak!"
"Oh I see. So cerita pasal which Belle?"
"The Bellas of them all. The one yg sleeping around with half of UniKL. Hashtag allegedly."
"Yang tu aku rasa ramai je tahu kot. Ella weh Ella. The pretties of them all kot. Holier than thou lagi. Hijabista boh lagi kot atas."
"Hijabista to Hell-a-busta adalah kot. Selendang atas boobs kot! I get that she's beautiful. But perlu ke like nak rasa semua orang. Even my baby boo pon dia dah rasa kot last week. Budak laki kelas aku cerita yang Amran punyalah cakap Ella tu sedap la ketat la."
"Hahaha. Amran crush kau tu ke? Aku ingat dia budak baik kot weh. Serious la?"
"Ye Amran tu la. Amran mana lagi crush aku gila. Ala lelaki kan. Dapat ikan, mulalah macam kucing terkamnya!"
"Dah kau tak mampu nak bagi apa yang mamat tu nak kan? Merasalah."
"Hello! Takkan la even sampai aku kena main dengan dia. Aku ni nampak je macam ni tapi aku still penuh rasa pompuan melayu terakhir kot deep down inside!"
"Yela yela Cik Kiah oii. Hang la pompuan paling suci aku pernah kawan."
"Tau takpa. Maybe ni petunjuk Tuhan kot yang Amran tu bukan jodoh aku."
"Ye la kot. Marilah kita berhusnuzon ye. Okay. Gosip apa lagi pasal that sorority yang ada? Yang pasal Lara kononnya catfight dengan Umairah tu betul ke? Dengar cerita macam havoc je?"
"Pasal si twin sister Ella tu memang betul. Aku adalah risik-risik sikit. Kau nak tahu puncanya apa? Dorg actually suka this one guy dan macam berebut la jugak. Umairah tuduh Lara tu caras mamat tu. Lara tuduh Umairah yang feeling sorang-sorang. Hilarious! Dah la dorang bergaduh sampai masuk ke Twitter. Both dah la followers beribu."
"Dorang suka dekat Mirul kan?"
"Aa dekat Mirul tu la dengarnya. Mamat kpop budak engine tu."
"LOL! Mamat tu gay kot. Dia tu bofen John!"
"John kawan kau yang sorg tu ke?"
"Yelah. John mana lagi. Si Johan tu la. Kemain nak nama John bila masuk UniKL."
"Kahkahkah! Padan muka pompuan dua orang tu weh. Sesuai!"
"Satu lagi weh. Aku tak tahu la kot-kot kau ada dengar cerita ni ke tak? Kau tau kan Lara tu pon sama naik je dengan Ella?"
"Mestilah tahu. Lara tu jantan betina dia sapu kot. Mentang-mentang la putih gebu Qu Puteh Milenia."
"Rumor has it, adalah satu alleged gosip ni yang maybe Lara pernah 3some with Ella and his BF. Well his-not-so-real-BF tu."
"Oo yang tu aku ada dengar jugak. Tapi aku husnuzon la tak kot. Rasa macam incest kot weh. Muka Lara dengan Ella tu dah la macam kembar."
"Tau takpe. Satu lagi, si lesbo tu maybe dah ada crack sikit."
"Mariana and Kaisara? Honestly, aku tak pernah ship dorang dua tu. Sebab Sara macam terlalu cantik untuk bersama si minah average lagi insecure nak mampus tu!"
"Itulah pasalnya. Dorang pon macam terlalu cepat sangat kot couple. Lepas tu macam fake sangat kot lately ni."
"Aku perasan jugak yang tu sebab aku kan follow Sara dekat snapchat. Dia pernah la chat yang macam tabur umpan sikit."
"Gitu kisahnya. Kau ada nampak Farah tak dalam seminggu dua ni? Aku tak nampak do."
"Ada nampak last Monday. Mata dia sembab. Macam menangis ja aku tengok. Time tu dekat toilet aras 4, fac Admin. Aku rasa macam dia kena apa-apa je dalam toilet sebab sebelum tu Mira keluar dengan muka ketat. Aku pon dia redah langgar bahu. Tanjat akak tau!"
"Ada orang cakap Mira maki-maki dia dalaman toilet. Mira cakap Mira menyesal kenal dengan Farah. Dia cakap Farah si talam bermuka-muka."
"Wow! Makin hangat cerita pasal minah-minah tu jugak semenjak dua menjak ni. Dah tak macam dulu-dulu masa kita 1st sem kan. Time tu semua like live happily ever after."
"Until dorang buat that so called sorority tu la. The Belles of Ampang. Bajet macam The Real Belles of Bangsar sangat. Copycat!"
"Itu je yang dorang mampu. Takkan nak acah-acah macam Rich Kids of Hartamas kot? Dorang tu study pon guna PTPTN!"
"Kan."
"Dah la. Jom. Lagi 15 minit nak start dah movie. Kang nak beli popcorn caramel kau segala lagi. Move your ass now bij!"
"Jom la makcik!"
YOU ARE READING
FABULA
Storie breviMungkin ada pengakhiran; atau hanya tergantung begitu sahaja dek kerana writer's block; mungkin sengaja dibiarkan untuk kamu menilaikannya. Selalunya memang begitu.