Sorang lagi menjadi mangsa aku di Twitter. Begitu mudah rupanya untuk memperdayakan orang zaman sekarang. Kau terlalu gampang untuk ditipu. Akaun palsu dengan beberapa keping gambar yang diambil daripada Internet sudah cukup untuk mengaburi mata yang bergelojak dengan nafsu. Aku hanya perlu melayan sedikit permainan dia, memberi dia sedikit keselesaan & berani untuk ke peringkat seterusnya.
Aku buat ini bukan untuk diriku. Aku sendiri tak mahu lakukan perbuatan keji ini. Ini bukan standard moral aku. For crying out loud! Aku buat atas dasar persahabatan. Dia yang mencari nahas. Aku memilih setia dengan persahabatan yang dibina. Dia yang bermain semata. So, don't you dare to judge me. At any rate!
Aku kenal sahabatku. Dia sukakan dia. Dia sayangkan dia. Tetapi si dia yang dia sukai itu banyak bermain. Banyak helah sana sini. Aku sudah memberi nasihat akan sahabatku. Jangan bermain dengan api. Kelak terbakar diri. Namun dia adalah dia. Keras hati. Ikutkan perasaan. Akhirnya, dia jugak yang merana. Sudah kubilang yang terhutang budi jawapnya tergadai body. Tapi bagaikan mencurah air ke daun keladi la kalau dengan dia.
------------------------------------------------------
"Aku nak kau tolong aku buat something."
"Tolong? Yang macam mana? Spill it out"
"Simple je. Catfish!"
"Okay siapa?"
"Siapa lagi!"
"Okay"
"Okay"
YOU ARE READING
FABULA
Krótkie OpowiadaniaMungkin ada pengakhiran; atau hanya tergantung begitu sahaja dek kerana writer's block; mungkin sengaja dibiarkan untuk kamu menilaikannya. Selalunya memang begitu.