Cantik. Itu apa yang aku rasa. Pernah kan ternampak sesuatu yang digantung dalam kenderaan. Dreamcatcher namanya. Ada yang dihias bersama bulu pelepah burung yang melambai-lambai. Ada yang menggunakan bulu kuda. Malahan ada yang menggunakan kerangan kecil.
"Ibu, kenapa dia ada benda itu?" anak kecil berambut pixie itu bertanyakan kepada si ibu yang manis berambut ikal mayang, berbaju kebaya ketat berwarna putih disertakan dengan kain batik jawa coklat tanah bermotifkan pucuk rebung. Klasik. Si ibu tersenyum. Tangan lembut membelai rambut si anak.
"Ada orang cakap itu penapis mimpi buruk Seri. Diletakkan untuk menghalang mimpi buruk menerjah ke dalam mimpi,"
Anak kecil itu mengangguk tanda faham. "Jadi diletakkan dalam kereta untuk mengelakkan mimpi buruk?"
"Mungkin juga nak menghalaukan hantu!"
"Owh,"
"Jom la. Dah nak senja ni. Nanti ibu nak keluar sebenar,"
Mereka bergerak beriringan meninggalkan melintasi pohon beringin di selekoh jalan kecil itu. Kembali ke apartment di seberang jalan. Jalan sunyi sepi kerana kebanyakan penghuni pulang ke kampung halaman meraikan Aidilfitri.
-------------------------------------------------------
"Seri, tunggu ibu. Jangan laju-laju,"Seri berhenti di hadapan apartment bernombor 16B. Pintu rumah terbuka luas. Dia menjengah. Kelihatan kotak-kotak dan bungkusan di ruang tamu.
Bukk! Bunyi kotak jatuh ke lantai dan suara seorang lelaki mencarut dan meloncat-loncat ke arah pintu. Lampu di bahagian strata menyala. Terhincut-hincut lelaki itu keluar daripada rumah sebelum dia menjerit kuat dan pengsan.
"Ibu, Ibu cepatlah! Uncle ni tidur kenapa lepas jerit-jerit ternampak Seri. Uncle ni pelik la'" cemas nada Seri. Si ibu segera mendekati. Tersenyum sumbing seketika.
"Seri, Seri. Biasalah manusia ni. Tak pernah nampak langsuir gamaknya ni," Si ibu membetul rambut anaknya yang tersingkap menampakkan sebahagian kepala yang berulat.
"Marilah balik ke rumah kita," Kata si ibu sebelum terbang ke arah dinding di penghujung aras tersebut. Seri mengikut di belakang.
YOU ARE READING
FABULA
Short StoryMungkin ada pengakhiran; atau hanya tergantung begitu sahaja dek kerana writer's block; mungkin sengaja dibiarkan untuk kamu menilaikannya. Selalunya memang begitu.