Prediksi

108 1 0
                                    

"Dan semua manusia seharusnya boleh dilihat, dengan hitam putih mahupun zamrud. Manusia yang terbaik akan muncul di suatu ketika dan meneruskan ketentuan seperti yang seadanya. Tiada yang mampu menghalangi."

Frasa ini masih membuatkan aku bingung. Gaya bahasanya seakan terlalu banyak siratan. Yang tersurat belum pantas aku terangkan.

"Di dalamnya air itu, besi waja mampu terapung bagaikan sebuah perahu kayu lagaknya. Emas bertaburan dalam anak sungai yang mengalir tanpa henti, juga bersemadi dalamnya batuan di gunung-gunung. Semuanya di tanah yang menjanjikan satu keindahan"

Bait frasa kedua semakin mengelirukan. Aku terpaku. Besi yang terapung itu berkemungkinan besar adalah kapal-kapal di lautan. Diperbuat daripada besi tentunya. Emas yang mengalir itu maksudnya emas hitam. Petroleum!

Arrgh! Dalam ramai-ramai Neolusionis, aku yang ditugaskan untuk menghuraikan setiap patah ramalan lama yang berusia lebih 600 tahun. Mencari petunjuk akan sejarah yang bakal dipahat pada masa akan datang. Ursula sememangnya begitu puitis dalam menulis semua prediksi beliau.

Ramalan ini penting kerana digunakan oleh pihak itu untuk melancarkan serangan besar-besaran mereka. Burung besi akan dijatuhkan satu persatu. Pintasan ke dalam sistem penerbangan dan boom. Meluncur laju ke bumi atau hancur di atas awanan.

Rancangan terbaru berdasarkan Intel daripada Neolusionis adalah pesawat Russia. Hanya menunggu masa untuk mereka menghempaskan pesawat Soviet di Tanah Arab. Puncak Sinai yang menjadi tempat suci agama samawi telah dipilih. Sempurna.

Benih perang akan di semai di situ. Cukup strategik dan boleh membiak mekar tanpa perlu dibajai selalu. Aku hanya perlukan sedikit sahaja masa lagi untuk merungkaikan persoalan ini. Semoga masa yang mencantas bak pedang ini berpihak kepadaku.

FABULAWhere stories live. Discover now