Heart-y

15 0 1
                                    

Aku termenung di balik jendela. Pagi yang nyaman. Sedikit gerimis mengundang lewat keheningan subuh tadi. Kabus nipis kelihatan menyembunyikan sinar pagi yang sirna di balik bukit sana. Tidak sia-sia aku memilih untuk bercuti hujung minggu ini di resort ini. Jauh di kawasan perbukitan negeri Tok Gajah.

Aku perlukan sedikit ruang dan masa bersendirian. Aku perlukan ketenangan. Aku perlukan kedamaian. Aku perlukan kesempatan untuk membuat pilihan. Pro & Con harus dipertimbangkan dengan sewajarnya. Ditimbang tara sebaiknya agar aku mendapat satu jawaban yang definite dan terbaik bagi kami berdua. Pilihan yang bakal menentukan segalanya.

Minggu lalu, Bad basically telah mempropose aku. Actually itu adalah kali kedua dia berbuat demikian. Jauh di sudut hati, aku ingat dia sudah move on selepas aku dah tolak dia tajuk lepas. Rupanya dia belum berganjak semilimeter pon daripada keputusannya. Gila!

Honestly aku hanya menganggap dia tidak lebih daripada seorang kawan biasa sahaja. Tidak pernah terdetik pon secebis rasa sayang yang lebih daripada itu. Mungkin disebabkan aku ini seorang yang memilih esfak kot. Yelah, it's better be with one right person rather than fews wrong one along the way.

Bad sendiri bukanlah tidak berupa. Dia sendiri punya ramai peminat di alam maya apatah lagi di dunia sebenar. Ditambah lagi dengan status royalty yang dibawanya itu. Aku sendiri pernah keliru akan apa yang menarik padaku yang menambat hatinya. Aku hanya biasa-biasa sahaja. Always alone, minding my own business. Tidak seperti dia yang begitu sosialis. Popular in life and death gitu.

Tetapi dia bukan la seseorang yang berada dalam range taste aku. Itu sahaja masalahnya. Walau sebenarnya aku sendiri yang takut untuk memberi hatiku pada sesiapa. Aku bimbang aku hanyut. Aku takut aku sendiri yang akan meninggalkan Bad. Aku tahu. Aku kenal diriku sendiri bagaimana. 22 tahun aku bersama diriku. Luar dalam aku sudah kenal.

Pabila aku bosan, aku sendiri yang akan meninggalkan dia. Itu yang selalu aku buat. Bila kau sendiri sudah lama bermain permainan itu, kau sudah tahu end gamenya bagaimana. Love is my weakness. Cinta itu membuatkan terbuai di alam fantasi. Tidak lagi berpijak di bumi yang nyata.

Secangkir kopi aku cicipkan perlahan. Sudah suam-suam suhunya. Terasa sedikit pahit dan manis yang bersatu dalam lemaknya susu. Button save aku klik pada paparan Mac. Artikel kolum Feminin untuk bulan hadapan sudah siap. Chipsmore aku celupkan kedalam mug berisi kopi.

FABULAWhere stories live. Discover now