Kukis

152 3 0
                                    

11 malam, Khamis ketiga Julai yang dibasahi hujan renyai. Kelihatan seorang jejaka tergesa-gesa melangkah masuk melalui pintu belakang Cafe Nocens. Matanya sesekali memandang ke belakang, bagai takut diekori. Kotak yang dibawanya perlahan diletakkan di atas kaunter dapur.

"Ni semua aku dah bawak!" helanya perlahan. Kepenanatan.

"Penat ke bang? Ha susun semuanya heloks-heloks atas meja tu. Pastu tolong ambik mixer atas rak tu" jari dilentik ke arah belakang pintu.

"Hmmm, dah lama tak buat resipi kukis pukis highway to hell ni! Mark iz sexcited!! "

"Yela yela. Kau sabar boleh tak?"

"Scuse you, nak sabar pi baca surat khabar boleh? Cepat la. Jangan banyak songeh noks!"

Masukkan secawan tepung gandum. Ayakkan dulu. Tiga jenis tanah; tanah liat kering, tanah merah dan tanah kubur. Semua sesudu saja, jangan sesudip! Kacau rata. Campurkan dengan sebiji telur ayam kampung, butter dan sedikit air. Sebatikan. Masukkan secubit serbuk batu nesan yang dikikis malam Jumaat.

"Ha, abu gambar dia mana? Masukkan cepat!"

"Jap" Bekas wax rambut dituang masuk ke dalam mixer. Bertaburan abu hitam merata ke atas adunan. Hershey Kisses kosong dimasukkan sebagai penutup bahan.

"Hah, dah okay kot? Kau keluarkan. Letak atas kaunter ni. Kau uli-uli manja sikit. Barulah afdal!"

Diuli-uli adunan dan dibentuk seperti gingerbread man. Tiga keping semuanya. "Taburkan serbuk rambut dia sikit dekat part kepala. Buat nais-nais sikit!"

"Aku dah panaskan oven. Kau masukkan dalam 10 minit je. Make sure jangan sampai pecah pulak!"

"Lepas dah siap bakar nanti cemana pulak weh? Aku bimbo sat!"

"Noks, kau ni ngok jugak. Harap rupa ja hensem! Biarkan sejuk jap, lepas tu kau decorate la elok-elok. Bagi laki kau inzal bila makan. Sure dia tunduk setia hujung nyawa dengan kau nanti!"

"Kau yakin ke boleh jadi? Aku dah penat la dia dok curang. Boleh dia main dengan kawan aku!!" Tangan dihempas ke atas meja tanda amarah. Hatinya panas bila memikirkan bae kesayangan tengah menghenjut kawan baiknya sendiri petang itu.

"Laki kau tu heloks. Siapa je tak menyerah dengan dia noks! Mark tengok pon bergetar kot!" Bibir sengaja digigit sedikit.

"Sebab heloks sangat la susah. Dah la kasanova nak mampus. Yang bitch tu pon sama. Cakap tak suka la apa la. Tapi still menadah!"

"Kau jangan risau la. Bagi laki kau makan kukis ni. Untuk kawan kau pulak nanti aku bagi something yang special kat dia. Kau tunggu sat"

FABULAWhere stories live. Discover now