Infiniti

108 1 0
                                    

Kenapa orang Melayu ni jadi begini?

Kerana terlalu hormat & mengagungkan raja.

Walaupun itu sistem feudal yang sepatutnya berevolusi mengikut peredaran zaman.

Inikan "Tanah Melayu"

Cukup dengan itu sahaja, orang Melayu seolah-olah tak perlu berbuat apa. Hanya menunggu hak saja. Bagai menerima royalti setiap tahun atas usaha orang lain walaupun kita hanya duduk bergoyang kaki?

Asyik mengulang kontrak sosial saban hari.

Kaji dahulu isi kontrak sosial itu sebelum berkata. Siapa sebenarnya yang mengkhianati perjanjian itu?

"Orang luar" atau pun orang kamu sendiri yang menggadai apa yang ada itu?

Mudah saja untuk menuding jari, menyalahkan orang lain atas kekhilafan orang kamu sendiri.

Pernah kau lihat orang lain berniaga dengan slogan - ini produk orang melayu, orang Islam. Sokong la orang kita.

Pernah kau lihat orang lain berniaga dengan slogan - ini produk orang cina, orang Buddha. Sokong la produk orang india. Orang Hindu.

Sikit-sikit ini salah Yahudi. Sikit-sikit ini salah Israel. Salah Amerika.

Padahal dia sendiri tak tahu nak bezakan yang mana yahudi, nasrani, Israel, zionis & amerika!

Orang dah sampai ke bulan ke bintang. Kita?

Asyik dengan ini kuasa Allah. Ini dah dicatat dalam Quran.

Orang diluar sana mengkaji semua kitab samawi.

Mencari persamaan antaranya. Mencari titik jalan keluar.

Kerana mereka percaya akan kiamat di bumi.

Mereka berharap agar ada kehidupan di luar sana. Andai bumi ini kiamat, mungkin manusia boleh hidup di luar sana.

Atas sebab itulah, mereka tak henti mencari jalan untuk ke luar sana.

Ke ruang vakum yang tiada penghujung.

FABULAWhere stories live. Discover now