Refleksi

59 0 0
                                    

Mayatnya diangkat keluar daripada dalam air. Wajah Afif pucat dengan riak muka ketakutan. Dahinya luka. Mungkin terhantuk dengan batuan yang terdapat di dalam air cetek itu. Air yang cetek separas betis. Puan Maria dan Cik Manisah menangis meraung seakan tidak percaya. Ini nyawa ketiga yang pergi di rumah ini dalam masa 3 minggu. Semuanya pada hari khamis. Amirul meninggal minggu lalu setelah dihempap durian di dusun mereka.

                             *******

Afif, rupanya berwajah kacukan. Ibunya Chinese manakala ayahnya seorang melayu berdarah Bugis. Afif sendiri membesar sebagai kanak-kanak comel yang disayangi seluruh ahli keluarganya. Dialah satunya anak tunggal. Genap usianya tujuh tahun, mereka sekeluarga kembali ke kawasan perbukitan itu. Ayahnya telah ditugaskan sebagai Pegawai Kesihatan di bandar yang berhampiran.

Sebuah rumah agam peninggalan kolonial terletak di atas bukit dan dikelilingi hutan kecil serta kampung. Suasananya indah disitu tambahan pulak dengan sebatang sungai cetek berair jernih di hadapan rumah tersebut. Rumah besar 2 tingkat yang hanya dihuni oleh datuk dan nenek Afif selain daripada pakciknya si Amirul.

Afif sendiri sukakan suasana rumah tersebut. Binaannya senantiasa menyejukkan diri. Namun sebagai sebuah rumah yang lama, rumah itu agak sedikit suram terutamanya di bahagian bawah rumah yang gelap berhampiran stor lama yang dimangga itu. Afif selalu tertanya apa yang ada dalam stor itu. Pertanyaan yang bermain difikiran sehinggalah dia berumur 20 tahun.

Datuknya meninggal dunia. Meninggal kerana sakit tua. Dan urusan pengebumian arwah yang membawa Afif pulang ke rumah agam tersebut lagi. Nasib baik juga kerana semasa itu adalah cuti semester. Jadi dia dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga terutamanya nenek yang kelihatan masih bersedih akan pemergian suami tercinta.

Setelah seminggu arwah pergi, Afif termenung di tingkap, melayan perasaan. Lalu dia terpandangkan stor lama itu lagi. Mangganya sudah hilang. Idea gila sudah muncul di kepalanya. Afif terus turun ke bawah. Berlalu pergi kearah stor tersebut. Pintu ditolak perlahan.

Dia menjengah ke dalam. Suram sedikit dibahagian belakang. Berhabuk. Stor lama itu menyimpan barang-barang lama yang dipindahkan keluar daripada dalam rumah. Barang lama yang adanya sezaman kolonial British. Afif memandang cermin lama itu lagi. Cermin yang sudah sopak sedikit. Permukaannya kotor bersawang dengan sarang labah-labah.

Dia teringat sewaktu kecil, neneknya Cik Manisah pernah berpesan jangan sesekali bermain dengan cermin itu. Keesokan harinya cermin lama itu dipindahkan kedalam stor oleh datuknya. Afif suka benar bermain dengan cermin itu kerana dia berasakan cermin itu bercakap dengannya. Ada bayang didalam cermin itu. Seorang budak lelaki yang selalu berinteraksi dengan Afif.

Kini Afif menatap cermin itu lagi. Dia membersihkan cermin tersebut. Jelas kelihatan wajah Afif pada cermin tersebut. Afif tersenyum menampakkan sebaris gigi yang dipakaikan pagar besi. Afif sudah setahun memakai pendakap gigi. Mengikut trend semasa katanya ketika meminta Puan Maria kebenaran untuk menggunakan braces.

"Hey, ni orang datang lagi. Kau ada lagi tak?" Afif menyentuh imejnya di cermin. Dia mengharapkan ada jawapan.

"Mestilah ada." Jawapan yang dibalas. Imej Afif pada cermin berubah menjadi seorang kanak-kanak lelaki berwajah pucat. Tersenyum dengan gigi yang berlapis.

"Orang rindukan kau." Kata Afif setelah melihat wajah yang dinantikannya. Wajah yang dirinduinya bertahun-tahun.

"Kalau rindu ayuhlah keluarkan aku! Aku sudah bosan disini. Aku lapar!"

"Sekejap." Afif berkata sambil melukakan sedikit ibu jari tangannya pada cermin yang sedikit pecah di bahagian bawah.

"Nanti malam kita jumpa lagi ya. Aku kena pergi dulu. Takut nenek mencari pulak."

"Okay. Terima kasih."

Afif meninggalkan cermin itu. Dia melangkah keluar daripada stor. Matanya meliar kekiri dan kekanan, bimbang neneknya tahu keberadaannya dalam stor tersebut. Setelah yakin, Afif menyelinap masuk ke dalam rumah. Namun, Amirul dari jauh sudah melihat segala perbuatan Afif. Cik Manisah harus diberitahu segera.

FABULATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang