SEPI

73 0 0
                                    

Pernah rasa kesunyian? Pernah rasa keseorangan? Teringin untuk berteman? Mahu mengalami apa itu cinta? Mahu dicintai dan juga mencintai?

Aku sudah bisa begini. Bagiku percaya akan orang itu adalah satu kemewahan yang aku tidak mampu untuk miliki. Ya, aku susah untuk percayakan orang. Aku terlalu merasakan ramai yang tidak ikhlas malah lebih seperti musuh dalam selimut dan gunting tajam dalam lipatan lagaknya.

Modenisasi dan urbanisasi itu banyak merubah tingkah manusia. Banyak menjadi lebih egois dan mementingkan tembolok masing-masing dewasa ini. Mungkin nilai kemanusiaan itu sudah sirna dipuput layar metropolis. Semuanya pantas hilang sedikit demi sedikit.

Aku ke pantai seperti kebiasaan. Remang petang melihat tenggelamnya sang raja ditelan lautan itu menenangkan gejolak rasa dalam dada. Bunyian ombak menghempas pantai ditambah dengan nyanyian burung laut bergema bagaikan simfoni alam yang gah dalam kelas yang tersendiri. Sesuatu yang janggal dan jarang untuk diperoleh di kota sana.

Aku sudah berkira-kira. Dia akan aku jauhi. Biarlah penantian aku selama ini itu berlalu dengan sendiri. Aku sudah tidak mahu mengharap akan sesuatu yang tidak pasti. Biarkan dia dengan dunianya. Biarkan aku tenggelam dalam duniaku pula. Biar begitu pengakhirannya. Kau dan aku takkan pernah akan bersatu. Selamanya.

Aku ingin titipkan pesan ini kepadamu. Semoga kau tenang. Semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih. Jalan yang memberikan kau kejayaan. Jalan yang menggembirakan. Aku gembira disampingmu walau untuk seketika. Terima kasih cinta.

Aku bangun. Selipar aku tanggalkan. Aku tinggalkan berdekatan pohon mati. Dengan berkaki ayam aku melangkah diatas pasiran pantai. Berhenti seketika di gigi air. Senja berlabuh. Satu! Dua! Tiga! Kaki melangkah masuk ke dalam air. Selamat tinggal semua. Aku gagal.

FABULAWhere stories live. Discover now