Kupu-Kupu

113 2 0
                                    

Pukul 10 pagi aku tiba di perkarangan rumah lama tersebut. Dibina di atas sebuah bukit kecil di kawasan kejiranan ini. Dengan pepohon konifer di kiri kanan jalan menuju ke rumah ini, sememangnya terasa seperti berada di kawasan tanah tinggi. Di tambah pula dengan kabus di pagi yang mataharinya masih malu-malu untuk menyuakan diri. Rumah dengan design ala kolonial ini bukanlah asing bagiku. Sedari kecil lagi aku sudah biasa berada di sini.

Walau pemilik asalnya sudah pergi menghadap sang pencipta namun pewarisnya masih mendiami rumah lama ini. Pewaris yang juga merupakan sepupu aku. Razif. Sanggup tinggal di sini dan berulang alik ke ibu kota setiap hari walaupun dia boleh sahaja menetap di sana. Baginya rumah ini terlalu sayang untuk ditinggalkan. Seminggu sekali akan ada seorang perempuan tua akan datang membersihkan rumah dan kawasan sekeliling. Dialah caretaker rumah ini sejak berpuluh tahun yang lalu.

Aku melangkah ke belakang. Ada rumah kaca dibina sana. Aku memanjangkan leher ke dalam. Mencari kelibat si mamat ni. "Masuk la. Aku dekat sini". Suara dia daripada tepi tembok dalam rumah kaca. "Pokok apa kau tanam ni weh. Macam pokok ni ja penuh dalam green house kau ni?" Tanyaku pabila melihat pokok yang penuh diatas tanah berpasir ni. Pelik!

"Ini milkweed la. Nama melayu pokok lembiaga ke apa ntah if I'm not mistaken. I need it for the toxicity test."

Ooo. Kataku sebelum terlihat seekor kupu-kupu dengan color blocking hitam & kuning terbang didepanku sebelum hinggap di atas sehelai daun pokok.

"Wah cantiknya butterfly ni. Warna nais gilerr. Tapi satu je ker?"

"For your information, ini la monarch butterfly. Ada lagi la satu kaleidoskop dekat belakang tu. Jom gi tengok". Terkesima aku melihat kupu-kupu sebanyak ini. Mungkin ribuan jumlahnya. Kelihatan melata penuh semua pepohon.

"Okay. Right now, tolong terangkan on how kau nak guna Butterfree ni against the Archidome?"

"Camni Ash hoi, ini kupu-kupu raja taw. Aku dah introduced serbuk getah milkweed dalam body & wings, so they'll sebarkan racun kat taman celaka tu. Partikel milkweed yg disedut dalam nafas akan affects pernafasan and boom, final produknya DEATH!"

"Hmm, what a wicked plan you have. So kematian papa & uncle terbalas". Keduanya berpelukan.

CUT! TAKE 5 Y'ALL. Jerit aku. Aku bangun daripada kerusi pengarah itu. Meregangkan badan. Letih menjerit belum reda. Tersenyum kerana tamat sudah shooting untuk siri tv Malaysian Crime Story. Monarch Menelan Monarki adalah directorial debut daripadaku untuk stesen tv terbaru negara. Skrip orang kesayangan stesen tapi aku yang dipaksa untuk mengarahkannya pulak. Cerita yang cheesy.

FABULAWhere stories live. Discover now