Ledakan

82 1 0
                                    

Seorang lelaki berdiri betul-betul dihadapan pintu masuk KLCC berdekatan dengan terowong menuju ke Avenue K. Dia pemuda yang memakai hoodie dan membawa sebuah bag pack di belakang. Langkah diatur perlahan. Lagaknya biasa. Berjalan ke arah eskalator. Satu demi satu tingkat.

Beg ditinggalkan di sebuah kerusi berhadapan pintu masuk ke tandas bersebelahan dengan kawasan Petrosains. Sebelum ditinggalkan, lelaki itu sempat menyentuh isi beg tersebut. Setelah berpuas hati, dia melangkah pergi. Menuju ke eskalator. Satu demi satu tingkat dia ke bawah.

Di hadapan pintu keluar KLCC dia berdiri. Melihat ke jalan di luar. Kelihatan teksi yang menurunkan penumpang warga Arab. Kelihatan juga anak muda berbondong-bondong untuk masuk ke KLCC. Dia tersenyum. Mulut kumat-kamit mengucapkan syahadah.

Beberapa saat kemudian, satu letupan berlaku di tingkat 4 diikuti dengan letupan di hadapan pintu masuk KLCC. Badan pemuda tadi hancur berderai bersama letupan bom yang dipasang dibadannya.  Gugurnya seorang 'pejuang agama', syahid dalam mempertahankan agamanya.

Dalam masa yang sama, siri letupan yang sama telah berlaku di Stesen LRT Masjid Jamek dan juga KL Sentral. LRT yang meletup telah mengorbankan banyak mangsa termasuk rombongan Menteri Belia dan Sukan yang menggunakan LRT untuk ke KL Sentral. Kuala Lumpur telah berdarah. Diserang musuh yang merebak dalam negara bagaikan api dalam sekam, menjadi gunting dalam lipatan. Perjuangan Panji Hitam yang semakin radikal dan vokal dalam menunjukkan pengaruh mereka.

------------------------------------------------------

"Kau dah betul-betul nekad? Ni tak boleh U-turn dah tau!"

"Ye aku yakin gigih usaha dah ni! Maju ke hadapan! Demi negara dan bangsa kita!"

"Okay kalau macam tu. This one on you ya. There's no turning back. Esok pagi kita siapkan semuanya."

"Semua still sama macam original plan kan?"

"Yes correct. Takde perubahan lagi unless malam ni UnerN ada bagitahu la"

"Balik ni jangan lupa solat. Mintak petunjuk daripada Tuhan. Kita ni nak berjuang di jalanNya."

"Aku tau la itu. Ini tujuan hidup aku. Aku tak sabar nak syahid menentang musuh negara. Musuh Islam. Kita kena hapuskan orang kafir!"

"Good boy! See you tomorrow morning after Subuh."

Aku berlalu pergi. Meninggalkan anak muda berdarah belia yang berkobar-kobar semangatnya untuk menjadi pejuang agama. Seorang lagi masuk dalam perangkapku. Dan Kuala Lumpur akan berdarah. Harapnya pihak polis tidak dapat menghidu plan terbaru ini. Lagipun ini tugas terakhir aku sebagai handler. Selepas ini aku mahu mencuci tangan. Aku mahu bersara daripada menjadi "tangan ghaib".

FABULAWhere stories live. Discover now