"Baiklah,harini cikgu ada beberapa yang ingin disampaikan kepada kamu semua"kata cikgu Lina.haihhh tak ada mood aku nak dengar.
"Pertama,kelas tambahan petang dan kelas malam akan bermula pada minggu depan" what?! Awalnya start kelas haihh penatlah aku nanti.
"Cikgu akan bagi kamu tugasan yang perlu kamu siapkan untuk markah kamu dan tugasan ini adalah tugasan dalam kumpulan.setiap kumpulan mesti ada 2 orang sahaja" 2 orang? Hmm ramainya tak boleh ke buat individu...
"Cikgu sudah tetapkan partner kamu dalam kumpulan masing-masing"ouhh selamat,tak payahlah aku kene cari partner lagi."Amira,kamu dengan..."aku redha jelah kalau dapat sape sape pun.."Airil." WHAT?!?okey yang ni memang aku tak boleh terima.takkan lah dengan si mamat tuuu..entah boleh beri kerjasama ke tidak nanti huhh..
"So kau partner aku lah ni?" Tanya Airil dari belakang,alahai mamat nii..dah terang terang cikgu cakap kau partner dengan aku takkan kau tak dengar."Ha'ah kenapa? Tak suka?" Balasku."aku.."Airil terhenti apabila cikgu menengur kami agar senyap.ouhh bagusnya kene sound dengan cikgu disebabkan mamat ni..
"Cikgu nak kamu mulakan tugasan kamu pada hari ini jugak kerana esok cikgu nak yee,jadi cikgu nak kamu bincang dulu sebelum waktu balik"kata cikgu Lina.Aku melihat semua pelajar bergerak ke pasangan masing-masing kecuali aku.malas lah aku nak menghadap mamat tu lebih baik tidur belum sempat aku tunduk ke bawah tiba-tiba satu hempasan buku kedengaran "kau jangan nak tidur,bincang cepat sebelum waktu balik"kata Airil sambil mengambil kerusi menghadapku.
"Nak bincang apa weh"kata ku sambil melihat airil sedang menulis sesuatu."nah,tulis apa yang aku cakap ni" kata Airil wahh senangnya kerja aku
Beberapa minit kemudian menandakan waktu balik sudah pun tiba."wehh dah habis masa dah,kita tak habis bincang lagi ni"kata ku sebaik sahaja mendengar loceng berbunyi.aku melihat Airil sedang berfikir tiba-tiba aku melihat dia menulis sesuatu diatas kertas "Kita sambung kat rumah aku jelah,ni alamat rumah aku" Airil menghulurkan kertas yang tertulis alamatnya alahh apasal pulak kena buat dekat rumah dia haihh demi cikgu Lina,aku terpaksa pergi.
Aku mengambil kertas itu lalu ku simpan dalam poket."ouhh,semoga berjaya cari rumah aku"Airil memberi senyuman sinis kepadaku.eleh setakat nak cari rumah,kacang jer!No hal lah bro.

ANDA SEDANG MEMBACA
BOY BEST FRIENDS
De TodoKisah amira syuhada seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai seorang pembuli setia iaitu Aiman hakim yang selalu membulinya dan mengacau hidup amira namun kedatangan Airil syafiq membuatkan amira lagi tertekan dengan sikapnye yang sama dengan A...