"Nak pergi mana ni?" Aku bertanya Setelah kami masuk ke dalam mall."Pergi tandas dulu.Aku tak tahan ni"Aiman berkata.Lalu kami terus menuju ke tandas.
"Kitorang tunggu sini jelah.Takkan nak masuk sekali kot" aku berkata."yelah yelah.Kalau nak join apa salahnya hahaha" balas Aiman."Tak kuasa aku" jawabku selamba.Tanpa membuang masa Aiman terus masuk ke tandas
Aku dan Aizac seperti menunggu result SPM,aku ke hulu ke hilir berjalan manakala Aizac menyepak sesuatu seperti ada batu kecil di situ apadahal takde pon.
"Manalah si Aiman ni.Lama bebenor pergi tandas.Dia membuang ke dia membuat? Haihh" aku berkata sambil bercekak pinggang."Kita pergi dulu ah.Tahu lah dia nanti nak cari kita.Ni dah pukul 5:30,nanti pukul 6 kena pergi dekat bas pulak"Aizac menjawab
Aku berfikir sejenak."hmmm,yelah yelah jom!" Aku berkata lalu kami berdua pergi ke tempat yang ingin dikunjung.
Aiman P.O.V
Setelah aku keluar dari tandas tiba tiba ada seseorang menepuk bahuku."oii Aiman! Jom ikut aku" Amir berkata kepadaku.
"Ikut kau pergi mana?" Aku bertanya."Tengok wayang lah bro" sambung Amir lagi."Sempat ke ni?"
"Sempat lah.Kitorang dah beli tiket.Geng geng kita semua cadang nak tengok wayang.jom ahh" Amir berkata."Tapi aku pergi dengan Mira dan Aizac tadi" jawabku.
"Takpe bro.Aku dah suruh Azri cari diorang untuk join kita sekali" Balas Amir."Kalau macam tu okeylah!" Kami berdua terus menuju ke panggung wayang.
Amira P.O.V
Sedang kami berdua berjalan.Aku masih risaukan Aiman takut takut dia tak jumpa kitorang.hmm kalau tak jumpa pun takpe nanti pergi dekat bas jumpa jugak nanti
Tiba tiba aku melihat Azri sedang mencari seseorang.Ke hulu ke hilir.Bersungguh sungguh betul dia mencari.
Baru sahaja aku ingin menuju ke Arah Azri, Aizac berkata kepadaku."Mira,dah pukul 6 lebih ni.jom ah pergi dekat bas" aku terus membatal niat untuk pergi ke arah Azri.
"Haa,yelah.jom"Aku berkata.Kami berdua terus keluar dari Mall itu.
Sedang aku berjalan tiba tiba Aizac menahanku."Dah kenapa kau ni?" Aku bertanya."wehh! Mana bas kita?!" Aizac berkata.
Terkejut apabila aku mendengar kata kata Aizac tadi."Kau biar betul Zac! Jangan ah nak bergurau senda dengan aku macam ni!!" Jawabku dengan nada cemas.
"See....mana ada!" Aizac menunjukkan tempat bas yang diletakkan tadi."Omaigod!! Mana bas ni?! Takkanlah lewat sikit pun,dah nak pergi!!"aku berkata
"Cuba kau call Cikgu Lina jap" Aizac berkata.Aku terus mencari telefonku di dalam kocek.Baru aku sedar yang telefonku berada di dalam bas."opss....hehe...Aku tak bawak telefon.Aku tinggal dalam bas"
Aizac menepuk dahinya."aduhh kau ni! Takkan lah telefon pun kau nak tinggal" Aizac berkata."Habistu telefon kau ada kan?" Aku bertanya.mendengar sahaja kataku sebentar tadi,Aizac terus mencapai telefonya.
Aku melihat dia menekan-nekan butang telefonnya itu."Asal pulak ni?" Aku bertanya."telefon aku.....errr...dah mampos! Bateri habis...." balas Aizac.
"Aduhhh,time time macam ni lah buat hal! Soo,nak buat macam mana ni?!" Aku menjawab.Kami berdua serentak berfikir.nak balik hotel memang tak ahh,hotel pun tak jejak lagi.Phone pulak takde haih.
"Apa kata kita cari geng geng kita dalam mall.Mana tahu ada orang yang senasib dengan kita ke?"Aizac memberi cadangan."hmm,ye tak ye jugak.Jom ah cari diorang"balasku lalu kami terus masuk semula ke dalam mall.
Kami berdua meneroka ke seluruh mall itu,tapi sorang pun tak jumpa,alahai..."sah diorang dah balik" Aku berkata.Aizac masih memandang sekeliling mall itu.Kami berdua masih tidak putus asa.Kami masih berjalan untuk mencari mereka.
"Tak ada gunanya kalau kita cari tempat yang sama.Diorang dah naik bas kot" Aizac berkata.Akhirnya kami mengalah.Memang benarlah diorang dah naik bas.hmm,dah lah aku ni tak pernah datang ke Terengganu.Si Aizac ni lagi lah tak pernah! Aduhh.
"Jom ahh kita balik,hari pun dah malam ni" Aizac berkata."eh? Balik? Balik mana? Hotel pun kita tak check in lagi.." aku bertanya."kita cari lah Hotel untuk kita rehat.Takkan kau nak tidur dalam mall ni" Balas Aizac.
"Kau tahu ke hotel dekat kawasan ni?" Tanyaku."kita cari jelah sampai jumpa" Aizac menjawab.Aku hanya mengikut sahaja katanya itu.
Kami terus keluar dari mall lalu berjalan mencari hotel yang terdekat."Haa,yang tu.jom ah masuk" Aizac berkata sambil menunjukkan ke sebuah hotel yang berada di hadapan kami.Kami terus menuju ke hotel itu.
"Tumpang tanya,Hotel ni ada bilik kosong lagi tak?" Aizac berkata kepada seorang wanita di kaunter itu.
"Maaf cik,hotel ni dah penuh"balas wanita itu."ouh,okey terima kasih"Aizac berkata lalu kami berdua keluar dari hotel tersebut.Perasaan hampa sedang bermain di hati masing masing.
Beberapa jam kemudian,sudah 5 buah Hotel kami pergi tapi semuanya penuh.yelahkan time cuti cuti ni biasanya ramai orang bercuti.
Kerana kami kepenatan,kami duduk seketika di atas bangku yang tersedia di tepi jalan.Aizac mengusap rambutnya kasar.Aku tahu dia nak give up cari hotel,tapi takkan lah nak tidur tepi jalan.
Kami mengeluh panjang sambil memandang ke bawah.Aku menoleh ke hadapan seketika.Aku masih tidak berpuas hati untuk mencari hotel.Tiba tiba aku melihat masih ada sebuah hotel lagi yang mereka belum pergi.
Aku menepuk bahu Aizac."wehh,jangan give up lagi pleasee.Aku ada nampak satu hotel lagi ni.Jom ah pergi tengok"aku berkata.Aizac masih mengusap rambutnya.Dia memejamkan matanya seketika.
"I feel you bro but please kali ni jee" aku memujuk.Dia membuka matanya perlahan-lahan lalu memandangku.alamak,dia pandang aku lah pulak.
"Fine,jom!" Balasnya ringkas.Aku tersenyum melihat dia bangun untuk pergi ke hotel itu.kami terus sambung berjalan.
Sesampai kami di Hotel tersebut,kami terus masuk ke dalam.Kali ini aku pula yang berkata."Tumpang tanya,hotel ni ada tak lagi bilik yang kosong?"aku berkata.tolong ah ada...tolong ah ada
Wanita itu memeriksa sesuatu."yee cik masih ada satu bilik yang kosong"Fuhhh lega.Tapi satu bilik je? Kalau macam ni terpaksalah aku kena berkongsi dengan si Aizac ni.
"Tapi cik,bilik ni adalah bilik couple set" sambungnya lagi. "APA?!" aku dan Aizac serentak bersuara.Alamak!!

YOU ARE READING
BOY BEST FRIENDS
RandomKisah amira syuhada seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai seorang pembuli setia iaitu Aiman hakim yang selalu membulinya dan mengacau hidup amira namun kedatangan Airil syafiq membuatkan amira lagi tertekan dengan sikapnye yang sama dengan A...