Bab 26

430 22 0
                                    

Setelah habis birthday suprise itu,aku terus mengeluarkan telefonku dari beg sandangku.Baru sahaja aku ingin menelefon mamaku,tiba tiba bahuku dicuit.

"Eh? Nak balik dah?" Aiman menegurku.kelihatan Airil juga turut bersamanya."Ha'ah,aku nak balik"balasku lalu terus menghadap kembali ke telefonku.Belum sempat aku ingin menelefon mamaku tiba tiba telefonku di rampas oleh Airil."heyyy!"aku berkata.

"Awalnya nak balik.Lek luuu"Airil berkata lalu terus memasukkan telefon milikku ke dalam koceknya."Ada apa lagi ni?" Balasku sambil menjongketkan kening.

"Haaa,kitorang nak bawak kau dekat somewhere yang kau tak pernah pergi" aiman berkata sambil tersenyum."Hah? Kat mana tu?" Aku bertanya."ehhh,adalah,rahsia" Airil menjawab.

"Yelah yelah" aku pasrah."Haaa,dah jom pergi dekat kereta aku"Airil berkata.Kami bertiga terus menuju ke kereta milik Airil yang terletak di luar kawasan sekolah.ishh tak bahaya ke parking dekat luar ni?

Sedang kami bertiga berjalan,tiba tiba satu kereta mewah meluncur laju lalu berhenti di hadapan kami.eh? Apa hal pulak ni? Kami bertiga sedikit terkejut.

Kelihatan cermin tingkap yang gelap itu diturunkan.Aku melihat seorang jejaka yang memakai cermin mata hitam sedang memandang ke arah kami.Aku meneliti muka jejaka itu.Keadaan yang gelap menyebabkan aku sukar untuk melihat wajah kacak milik Jejaka itu.kacak jugak lah mamat ni.Tapi siapa?

Tiba tiba pintu dibuka.Kelihatan beberapa orang yang berbadan sasa keluar dari kereta.Kami bertiga masih berdiam diri."kau......Amira syuhada?" Lelaki yang memakai cermin mata hitam itu berkata sambil menunjukkan ke arah aku."errr.....yee saya" balasku gagap.

Aku melihat lelaki itu menganguk tanda memberi isyarat kepada kawan kawanya yang berbadan sasa itu.Tiba tiba kawan kawanya itu mula mendekati kami bertiga."Eh? Nak buat apa ni?" Aiman berkata.Jejaka itu terus menoleh ke arah Aiman.alamak dah kenapa ni?

"Kau DIAM!"Balas jejaka itu dengan nada tegas.Aku sedikit terkejut.Aku merasakan ada seseorang menyentuhku dari belakang.Aku cepat cepat menepis."APA NI?!" Aku menjerit dengan nada marah.

Mereka tidak memperdulikan aku lalu terus menutup mulutku dengan sehelai kain.Aku merasakan kain yang menutup mulutku sedikit basah,seperti ada sejenis cecair yang tumpah di atas kain tersebut.

Aku ingin sahaja melepaskan genggaman yang kemas di mulutku tetapi gagal.sungguh kuat lelaki ini menutup mulutku.Aku melihat Aiman dan Airil telah pun di pegang kemas oleh lelaki yang berbadan sasa itu."woi!! Kau nak buat apa dengan Amira haa?!!" Airil menjerit sambil berusaha melepaskan tangannya daripada dipegang oleh lelaki itu.

"Lepaskan kitorang!!" Aiman berkata.Aku hanya dapat melihat tanpa berkata kata kerana mulutku ditutup kemas.Air mataku mula mengalir.Bau cecair yang kuat pada kain yang menutup mulutku membuatkan aku berasa sangat pening.Sungguh aku lemah.

"Bawak dia masuk" jejaka yang memakai cermin mata hitam itu berkata kepada kawannya yang sedang memegangku.Aku diangkat lalu di masukkan ke dalam kereta mewah itu.Aku melihat Aiman dan Airil dibelasah dengan kuat.Ya Allah,apa semua ni?

Kereta mewah itu meluncur laju ke hadapan dan meninggal Aiman dan Airil yang kesakitan di tepi jalan.Makin lama aku melihat kelibat Aiman dan Airil hilang.Kepalaku mula merasa sangat pening dan berdenyut-denyut.Mataku terasa berat.Jejaka yang berada di sebelahku mengusap pipiku lembut.ingin sahaja aku menepis tangannya tetapi badanku lemah.tidak berdaya lagi.sungguh aku penat.

Aku melihat jejaka itu berkata kepadaku "sweet dream babe".Aku keliru.Apa semua ni? Siapakah jejaka yang berkata kepadaku? Aku merasa mataku mula memejam.Aku seakan ingin terlelap dan akhirnya aku sudah terlena dan duniaku menjadi gelap gelita.

BOY BEST FRIENDSWhere stories live. Discover now