Bab 35

462 25 7
                                        

"Keropok Lekor Cap Tenggiri" aku membaca papan tanda yang tertera di hadapanku setelah aku keluar dari bas.ouh yee,ni kan Terengganu.Kalau bab bab keropok ni memang famous lah...

"Baiklah,seperti mana yang kamu semua nampak.Kita sekarang berada di kedai keropok lekor.Jadi,aktiviti kamu pada hari ini adalah membuat keropok lekor" kata Cikgu Lina panjang lebar.

Aku terasa begitu teruja untuk memulakan aktiviti membuat keropok lekor,aku terus menoleh ke arah Aizac.kelihatan Mukanya sedikit berkerut.Aku tergelak kecil melihat reaksinya itu.

Aku terus menoleh ke arah Aiman pula.Kelihatan mukanya bengis.kena tinggal pun nak marah.

"Baiklah,mari kita mulakan aktiviti kita sekarang.Masing masing sila pergi ke bilik proses mengisar"kata Cikgu Lina

Setelah kami sampai ke bilik pengisar, pemilik kedai itu yang bernama 'pok abu' sedang menunjukkan cara cara untuk mengisar semua bahan bahan untuk keropok lekor.Kami hanya memerhati sahaja cara caranya itu.

Kini bahan bahan yang telah dikisar sudah menjadi doh.Tiba masa untuk diuli dan goreng sahaja.Semua pelajar sudah memulakan proses menguli.Aku terus mengambil secebis doh itu lalu mula menguli.

Aiman P.O.V

Senyuman nakal mula terukir di bibirku apabila aku melihat Amira begitu khusyuk menguli keropok lekor.hehehe peluang aku nak kenakan dia ni!

Aku mula mendekati Mira.Aku turut mengambil secebis doh itu lalu mula menguli.Idea nakalku mula terbit.Ingin sahaja aku melesetkan doh yang melekit itu ke pipi mulus milik mira kerana ingin membalas dendam terhadapnya.kau tinggal aku dalam bas sorang sorang eh? Takpe,siap kau! Hahaha

"1.......2....." aku mula mengira di dalam hati.Tanganku sudah bersedia untuk meleset doh ke pipi Mira itu."...3..." baru sahaja tanganku diangkat,tiba tiba bahuku ditepuk.

"Hoi! Mu wak mende kat sini mang?" Kata seorang jejak yang berada di belakang Aiman itu dengan loghat Terengganunya.Suara jejaka yang kuat itu turut mengejutkan Amira.Lantas aku dan Amira berpaling ke belakang.

"Woi Aming! Pekabor? Sihak dok? Boh,lama dok jumpe.Mu wak mende sini?" Aku berkata dengan loghat Terengganu.Aku melihat Amira sudah terkebil-kebil dari tadi.

"Aku wak mende lagi,makang ah bohh! Mu kije sini ke mang? Aku nampok mu mangat kali uli tepung tu" kata si Amin itu.

"Dok dok ahh...SPM pung aku dok lepah lagi,ada hati nok kije sini.Ni haa,aku ada lawatang.Pahtu,cikgu suruh uli tepung ni.Cikgu kabo,sape mangat kali uli tepung ni,dapat 50 ya.Banyok tu ming.Tu aku mangat kali orr"Balasku.

"Errr....korang cakap apa ni?" Tiba tiba Amira mencelah.Aku dan Amin serentak memandang ke arah Amira.

"Sape eh? Lawo ngat" kata Amin.

"Ni kawang aku,Mira namanya.Mira,kenalkan ini Amin.Kawan aku dari tadika and Amin,kenalkan ini Amira,kawang aku dari sekolah rendoh lagi" jelasku

"Kawang ke awek? hehehe" Gurau Amin.Aiman terus menoleh ke arah Amin."Mende mu bolok ngat eh? Kawang jelah,hok aloh!" Balasku sambil menjeling ke arah Amin yang dari tadi tersengih sengih.

"Errr.....boleh tak stop cakap pakai loghat Terengganu korang tu.Tak faham" Amira berkata sambil berkerut dahi.

"Bohh,siang ke awek mu eh.Dok faham rupenye mende kite kabo.Mu kabo je ke dia orr yang kite cakap pasal keindahan negeri Terengganu.kekgi faham lah tu, hahaha" kata Amin sambil ketawa kecil.

"Korok mu! Dia ada lah faham sikek sikek mende kite kabo eh.pandai mu leni ork? Kije nok nipu orang je.Taubat lah nakk"Aku berkata sambil menepuk bahu Si Amin.

"Holohh,gitu pun nak terase.Ok ah bro.Aku nok sambung makang eh.Chau dulu.Samekomm!" Amin berkata lalu terus kembali ke meja tempat dia makan."komsalam!" Balasku sambil tersenyum yang ingin menahan ketawa.

Aku kembali menoleh ke arah mira.Mukanya sudah merah.haha mesti dia tahu apa aku cakap tadi.

"Nak tipu aku pun agak agak lah wei! Aku ada jugak faham apa yang korang cakap tadi!" kata Mira dengan nada marah.alamak! Dia marah ke?

Aku masih sedar yang tanganku masih memegang secebis doh yang dari tadi ingin meleset ke pipi mira.Senyuman nakal kembali terukir.Amira sudah menjongketkan keningnya setelah melihat senyumanku itu.

"1.......2.....3.." Aku kembali mengira dalam hati dannnnn "woi Aiman!" Kedengaran satu suara memanggil namanya dari belakang.ishh!! Kacau line betul! Aku terus menoleh ke belakang semula.

"Engko lagi!! Mu nok mende?! Aku sepak jugok mu ni kang,jatuh nunggeng kekgi dok tahu" aku berkata dengan nada marah.sungguh aku marah.

"Sorry bro.Kirim salam sayang dari aku sekeluarga ke mok mu eh? Lupe nok kabo tadi hehehe" kata Amin.

"Tu je?!?! Erg,aku bunuh jugok budok ni kang.haih yelah yelah!" Balasku sambil menunjuk penumbuk ke arah Amin.setelah mendengar kata kataku,Amin terus berlalu pergi.

Aku kembali menoleh ke hadapan.Kelihatan Amira sudah tidak ada lagi di situ.erg! Hancur plan aku!

Semua pelajar mula untuk menggoreng keropok lekor.Tanganku yang masih memegang secebis doh itu,cepat cepat aku menguli lalu terus memasukkan ke dalam kuali.Pelajar yang menggoreng itu sedikit terkejut dengan reaksiku.

"Ada satu keropok lekor tertinggal.Hehe" aku berkata kepada pelajar itu.Lalu terus menuju ke Amira dan Aizac yang sedang duduk di sebuah meja.

Amira P.O.V

"Mari doh abang ganu kiterr" Aku berkata sambil tersenyum sinis apabila Aiman menuju ke arah aku dan Aizac.

"Aiman asal Terengganu ke?" Tanya Aizac."ha'ah" balasku ringkas.Aizac terus memandang Aiman dengan begitu lama.Aku dan Aiman mula berkerut dahi.

"Asal tak nampak macam orang Terengg....." belum sempat Aizac menghabiskan ayatnya,Aiman sudah menyampuk.

"Eh kau diam ahh! Sakit hati aku dengar ayat tu! Kalau tak nampak aku ni orang Terengganu,buat-buat lah nampak! Payoh lah cakap ngan orang gini! Kang aku baling penyu kang baru tahu! Nangis mu sini! Marah Aiman

Aku hanya ketawa kecil melihat Aiman dan Aizac.yee,Aiman cukup pantang kalau ada orang cakap muka dia tak macam anak jati Terengganu.Lagi lagi ayat yang baru sahaja Aizac sebut tadi Hahaha.

"Dah dah,makan keropok tu cepat.cikgu dah panggil naik bas tu" aku berkata bagi meleraikan pergaduhan mereka.Aku terus mengatur langkah menuju ke bas meninggalkan diorang berdua.

BOY BEST FRIENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang