Bab 29

416 25 0
                                        

Setelah Aiman menghantarku balik,Aku melihat rumahku masih bercahaya.ahh,sudah.Sah! Mama tak tidur lagi.Perlahan lahan aku membuka pintu.

"Ya Allah Mira....Sampai pun kamu.Mira pergi mana tadi? Risau mama tahu tak? Baru je mama nak call polis.huhh,nasib Mira tak apa apa.Mira okey tak ni?" Puan Liza berkata sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah."Mira ok maa.Mira masuk bilik dulu ye"balasku dengan nada sedikit lemah."Haa,yelah yelah.Pergi tidur tu.esok sekolah" jawab puan Liza.Aku hanya mengangguk lalu terus menuju ke bilik.

Aku terus menghempas diriku ke atas katil.Peristiwa malam tadi masih lagi bermain main difikiranku.Sedang aku cuba untuk melupakan semua peristiwa itu tiba tiba aku teringat sesuatu.

"Aizac!! Dia....diaa sebenarnya....."Fikiranku terhenti sebaik sahaja aku mendengar azan subuh berkumandang.Aku terus masuk ke dalam bilik air untuk mengambil whuduk.

Setelah aku selesai solat.Aku kembali berfikir tentang Aizac.Yeee,aku sudah kenal siapa dia sebenarnya.Sungguh aku tidak percaya yang itu ialah Aizac!

Aku bersiap siap untuk pergi ke sekolah.Satu hari aku tidak tidur.Kalau nak ikutkan memang harini aku akan buat cuti sendiri,tetapi memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir bersekolah sebelum cuti pertengahan tahun,aku terpaksa pergi.

Aku terus turun ke bawah untuk bersarapan dengan mama.kemudian kami terus menuju ke sekolah.

"Take care honey.I love you" mama mengucap kepadaku sebaik sahaja aku bersalam denganya lalu terus keluar dari kereta.Aku melangkah masuk ke sekolah.kelihatan ramai mengucap 'happy birthday' kepadaku.Aku hanya memberikan senyuman kepada mereka.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kelas.Kelihatan Aiman dan Airil sudah pun berada di dalam kelas.Lebam pada muka mereka masih jelas kelihatan dari jauh.Aku terus menghampiri mereka.

"Oit! Macam mana? Sakit lagi ke?" Aku berkata.Mereka serentak memandang ke arahku."Sakit sikit je ni"balas Airil."Daya ke,nak bersekolah harini?" aku bertanya."Boleh ah. Yang kau ceria semacam je ni dah kenapa?" Aiman menjawab

"Aku ada berita baik ni" aku berkata dengan nada yang ceria."Berita apa pulak ni?" Tanya Airil sambil menjongketkan kening."Aku dah tahu siapa sebenarnya Aizac tu?"Aku berkata.Aiman dan Airil yang dari tadi bersandar terus berdiri tegak menghadapku.uisshh semangat gile diorang nak tahu.

"Okey macam ni,Amirul Aizac tu sebenarya ex aku.Masa aku form 3,aku terpilih masuk ke kem PMR selama 2 bulan.setiap sekolah kena hantar wakil sorang je.Kem tu pulak adalah kem secara berkumpulan.so,aku tak kenal lah sape sape yang masuk dalam kem tu.Tiba tiba aku jumpa Aizac.Dia lah partner aku masatu.Kitorang saling kenal lah antara satu sama lain.Family aku pun kenal si Aizac tu.ayah si Aizac tu sebenarnya orang canada,mak dia orang sini.sebab tu kalau kau tengok betul betul mata dia,ada sedikit kebiruaan.Sepanjang kem tu kitorang semakin rapat and yeah,kitorang ermm" aku malas ingin menyebut perkataan terakhirku.

"Erm? Means?" Aiman menjongketkan kening."Alah kau ni,takkan tak tahu" airil menepuk bahu Aiman.Lama Airil memandang Aiman dengan mata yang ingin membuat isyarat."ouhhh" Aiman menjawab.Airil membuat tanda 'good' kepada Aiman.Aku hanya ketawa perlahan."soooo,apa yang menyebabkan dia jadi EX kau?" Aiman berkata.sengaja perkataan 'EX' itu ditekan.

"Ok,lepas habis je kem tu,Kitorang agak sedih lah sebab lepasni tak boleh jumpa dah"

"Alolololo" Aiman berkata dengan suara agak bergurau."Mengada ah kau ni" aku menumbuk lengan aiman."Dah lah,cepat sambung" airil menyampuk.

"Ok bila kitorang balik dari kem,aku bukak instagram.Bila aku scroll punya scroll tiba tiba aku nampak gambar dia dengan perempuan lain.Perasaan aku masa tu memang ergh! So,aku call dia.Bila aku dengar suara perempuan lain panggil dia 'babe' hati aku panas.So aku ambil keputusan nak putus dengan dia.end." panjang lebar aku terang.

"Ouhhhh" mereka berdua serentak berkata lalu memandang antara satu sama lain."hahaha.lepas je aku putus dengan dia,aku dah tak nak ambil tahu pasal dia.Dan aku nekad nak lupakan dia 100% dan aku berjaya.tapi aku tak sangka Dia muncul balik dalam hidup aku"aku berkata

"So si Aizac tu sama umur lah dengan kita?"Airil bertanya."yup" balasku ringkas.

"Wehh cikguuuu" kedengaran suara pelajar menjerit dari depan pintu.Aku kembali menghadap ke depan.

Setelah selesai memberi ucapan salam kepada cikgu,aku cepat cepat mengambil botol air, terasa tekak ni kering kerana cakap panjang lebar tadi dengan si Aiman dan Airil

"Baiklah semua,harini kita ada pelajar baru" kata puan Lina.lagi? Dulu Airil.sekarang siapa pulak? Kelas ni memang untuk pelajar baru masuk eh?

Aku masih setia meneguk air."Baiklah,kamu boleh masuk" pelawa Puan Lina kepada pelajar baru itu.

"PPPPffffhhhhhhhhhhhhh" tersembur aku apabila melihat pelajar baru itu masuk.what?! Kenapa dia?

BOY BEST FRIENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang