"Tapi cik,bilik ni adalah bilik couple set" sambungnya lagi. "APA?!" aku dan Aizac serentak bersuara.Bulat mataku apabila mendengar yang bilik itu adalah bilik couple set! Aku dan Aizac serentak memandang antara satu sama lain.
"Give us one sec" aku berkata kepada wanita itu.Dia hanya mengangguk.Aku terus menarik Aizac ke belakang.
"Kau serious ke nak bilik tu? Dahlah couple set! Tak nak aku!" Aku berkata."Ini sahaja yang kita ada.Ambik jelah.Hotel yang lain semua penuh.Kau nak ke tidur tepi jalan ha?" Balas Aizac.Mendengar sahaja kata kata Aizat tadi,aku berfikir sejenak.
Kalau nak ikutkan memang aku tak nak lah.katil sah ada satu namapun 'couple' set.Takkan nak tidur sekatil dengan dia? Kalau nak cari hotel lain memang tak ahh,dah nak tercabut kaki ni berjalan.
"Soo,boleh tak ni?" Aizac menepuk bahuku.Aku memandang Aizac lama."err...um..okey" balasku dengan hati yang terbuka.Aizac tersenyum lalu pergi menuju ke kaunter semula.
Setelah selesai berurusan di kaunter itu,Kami terus naik tingkat atas untuk mencari bilik.takutlah pulak nak masuk bilik.
Aku memandang ke arah Aizac.Mukanya selamba sahaja.dia ni takde ke risau nak tidur sebilik? Tiba tiba Aizac menoleh ke arahku.alamak! Jangan pandang aku macam tu!
"Kau takut ke?" Aizac berkata sambil tersenyum sinis."err...ta
...ta.....takut apa pulak ni?"balasku gagap."haha,jangan risau.aku takkan buat apa apa dekat kau.trust me." Aizac menjawab.Aku hanya tersenyum pahit.eleh,boleh percaya ke dia ni?Setelah kami sampai ke bilik,Aizac meletakkan kad di pintu bilik untuk scan.Setelah pintu dibuka,aku terus berlari menuju ke tandas meninggalkan Aizac di pintu depan.
Aku mengunci pintu tandas itu.tujuan aku ke tandas bukan untuk membuang tapi hanya untuk mengelakkan diri daripada Aizac.nasib baik sempat masuk..
TOK....TOK....TOK...
Tiba tiba pintu tandas diketuk.aduh,mesti Aizac ni haih! "Bukak pintu ni woi!"kata Aizac."kau nak buat apa?" Bergema suaraku di dalam tandas."aku nak buat apa lagi,nak masuk lah"balas Aizac.aduhh time time macam ni lah dia nak masuk.
"Tak boleh! Aku nak guna!" Jawabku."Aku tahu,kau bukan buat apa pun dalam tandas tu, just nak elak daripada aku kan?" Aizac berkata.Aku terdiam.macam mana dia tahu ni? Ahh,lantak ah! Aku hanya berdiam diri.Tidak tahu nak cakap apa.
"Bukak pintu ni sayanggg" Aizac berkata dengan suara yang menggoda.Bulat mataku apabila dia memanggilku 'sayang'."Suka hati kau je nak panggil aku sayang" balasku.
"Kalau kau tak nak aku panggil kau sayanggg"sengaja perkataan 'sayang' itu dipanjangkan "bukak pintu ni cepat!" Sambungnya lagi.Eee,nak paksa orang pun agak agak ahh.
Tanpa membuang masa,aku terus menuju ke pintu lalu memulas tombol pintu tandas itu.Setelah pintu dibuka,alangkah Terkejutnya aku melihat Aizac yang hanya bertuala sahaja.
Tiba tiba Aizac menolakku ke dinding.ahh,sudah!!! Mukanya semakin dekat dengan mukaku.Dia merenung tajam ke dalam mataku.
"Jangan bagi aku tunggu lama untuk bukak pintu ni" Aizac berkata.Tiba tiba matanya mengalih ke arah bibir merahku.Ditenung dengan begitu lama.Tolong jangan....Tolong jangan.... Tolong jangan!!!
"Tahu takut hahaha" Aizac mencuit hidungku sambil ketawa."sial lah! Ergh!" Balasku dengan nada marah."yang kau bertuala sahaja ni dah kenapa?!" Sambungku lagi."nak mandi lah.Meh ah join.HAHAHA" balasnya sambil ketawa.gelak besar kau eh? Takpe takpe..
Aku terus keluar dari tandas kerana malas mahu melayan.Tiba tiba terbit senyuman nakal dibibirku.hehehehe.Aku dengan pantas menutup suis lampu tandas itu sambil ketawa kecil.
"What the heck! Pasang lah lampu tu! Nak berjimat cermat pun agak agak ah" bergema suaranya di dalam tandas."HAHAHAHA tahu takut HAHAHA" gelak besar jugak aku harini."Bukak ah sendiri!" Sambungku lagi.rasakan! Hahaha.
Tiba tiba pintu tandas dibuka.alamak! Aku melihat Aizac yang basah kuyup itu berdiri dihadapanku.Rambutnya diusap kebelakang.Aku cepat cepat berlari ke katil sebelum dia buat apa apa dekat aku.
"Nanti kau!" Aizac barkata lalu menekan suis lampu kembali.naya aku malam ni haih...
Beberapa minit kemudian aku melihat Aizac keluar dari tandas.Dia sedang mengelap rambutnya yang basah itu.Aku hanya memerhatikan sahaja gerak gerinya.Tiba tiba dia menoleh ke arahku.alamak! Aduh.pandang aku lagi....
Aku melihat Aizac mula mendekatiku.janganlah datang dekat dengan aku...Matanya menikam ke dalam mataku tiba tiba
PANGGG!!!
Aizac menampar dahiku kuat lalu aku terbaring ke atas katil."Apa kes kau ni tampar aku pulak!" Aku menggosok dahiku sambil memadang ke arah Aizac dengan riak wajah marah."Nyamuk tadi" balasnya ringkas.
"Amendeee lah kau ni.Dekat sini mana ada nyamukk erg!" Jawabku."Ouh.Kalau takde nyamuk maknanya aku saje je.hehehehe" balasnya selamba.asyik asyik saje takde alasan lain
"Dah call ke belum?" Tiba tiba Aizac bersuara."call? Call apa?" Tanyaku."Call cikgulah hadoii" jawab Aizac."Call pakai apa?" Tanyaku lagi."Pakai penampar aku...haihh,tu telefon depan mata takkan tak nampak"Aizac menunjuk ke arah sebuah telefon milik hotel ini.
Aizac terus mencapai telefon tersebut."kau ingat tak number cikgu?" Tanya Aizac.Aku berfikir sejenak untuk mengingat nombor cikgu Lina."haa,ingat dah" aku terus menekan butang pada nombor yang ada pada telefon itu.
"Kau ah cakap" Aizac menghulurkan telefon kepadaku."yelah yelah"aku merampas telefon itu daripada Aizac.
Tut.....tut......tut...
"Hello,assalamualaikum" kata si pemanggil.
"Waalaikumsalam cikgu! Ni Mira"
"Mira?! Ya Allah kamu pergi mana? Risau cikgu tahu tak?! Aizac mana Aizac? Dia ada dengan kamu ke?!"
"Aizac ada ni haa dengan Mira"
"Kamu ada mana sekarang?"
"Kitorang ada dekatt......" aku memberi isyarat kepada Aizat.Aizac dengan pantas menunjukkan nama hotel yang tertera di sekeping kertas
"Err....Hotel seri Damai"
"Ouh tak silap cikgu,hotel kamu dekat je dengan hotel kitorang ni.okey macam ni,esok pagi Cikgu akan ambil kamu depan hotel tu nanti yee.Dalam pukul 9 a.m. okey?"
"Okey cikgu"
"Okey,dah pergi tidur.Nak dekat pukul 11 ni.Take care kat sana.Aizac sekali.Assalamualaikum."
"No problem cikgu.Waalaikumsalam"
Tuttttt......Talian dimatikan
"So?" Aizac bertanya."esok pagi siap siap tunggu depan hotel then cikgu datang ambik" terangku."ouhh okey" jawab Aizac.
"Dan cikgu suruh kita tid......" kataku terhenti sebaik sahaja perkataan 'tidur' bermain di fikiranku.jap! Tidur?! Aduhh.Ni yang seram ni!! Takkan nak tidur sekatil dengan dia pulak.
"Tidur eh?" Aizac cuba menyambung ayatku.Aku memandang Aizac dengan riak wajah segan."ha'ah..ti...ti...tidur" balasku gagap.
"Haha janganlah risau.Kau tidur je atas katil.Aku tidur kat bawah" Aizac berkata.Aku memandang Aizac lama.ikhlas ke dia ni? " kau okey ke tidur bawah?" Aku bertanya."i'm Fine" Aizac membuat tanda 'good' kepadaku.Aku hanya tersenyum
Aizac terus bersandar ke dinding menghadapku sambil merenung tajam ke dalam mataku. Asyik pandang aku je dia ni,takde kerja lain ke?
"Kau nak tahu tak?" Aizac berkata."tahu apa?" Aku bertanya."Aku akan buat apa saje tanpa kebenaran kau" Balas Aizac sambil ketawa perlahan.
Aku keliru.Cuba untuk mentafsir kata katanya tadi.Beberapa minit kemudian,barulah aku tahu apa yang dia cuba sampaikan.
Aku geram,dengan pantas aku membaling bantal tepat ke arah muka kacaknya itu."HAHAHA" gelak Aizac."Dahh tidurrr" aku berkata.lalu Aizac memadamkan lampu bilik itu.

YOU ARE READING
BOY BEST FRIENDS
RandomKisah amira syuhada seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai seorang pembuli setia iaitu Aiman hakim yang selalu membulinya dan mengacau hidup amira namun kedatangan Airil syafiq membuatkan amira lagi tertekan dengan sikapnye yang sama dengan A...