Bab 38

426 24 4
                                    

"Haa,Airil.Kamu pergi tunjukkan bilik untuk Mira" kata Puan Aini setelah melihat aku sedang mengangkat beg sandangku.

"Jom" pelawa Airil ringkas.Aku hanya mengikutinya dari belakang.

"Okey,kanan kau tu dapur.kiri,ruang tamu.Belakang, pintu utama.Depan kau ni,manusia bernama Airil.get it?"kata Airil sambil membuat gaya ala ala pemandu pelancong.

"Mama kau kata,tunjukkan aku bilik je bukan satu rumah!" Kataku sambil menjeling ke arahnya.Airil tersenyum memandangku.

"Laa,bilik ke? Kenapa tak cakap awal awal? Kau ni poonnn!" Balas Airil sambil menahan ketawa.Aku memandangnya dengan muka serious.

"Bilik kau,go straight dont belok belok ok?" Jawab Airil.Aku mula mengerutkan dahi."Bukan ke tu bilik kau ke?" Tanyaku.

"Memang bilik aku pun.Kau tidur dengan aku malam ni" kata Airil selamba.Terbeliak mataku mendengar kata katanya tadi.amboi kau....Nak bergurau eh?

"Jangan nak menggatal lah Airil" tiba tiba suara Puan Aini mencelah.Kami serentak memandang ke belakang."Mira,bilik kamu sebelah bilik Airil tu je" sambung Puan Aini.apa?! Sebelah bilik airil?! Ini tak boleh jadi ni!

"Haa,Airil.Bawak dia pergi bilik tu" kata Puan Aini.Ingin sahaja aku membantah tetapi benda sudah terjadi,nak buat macam mana? Lantas,kami berdua terus menuju ke bilik tersebut.

Setelah sampai ke bilik sementaraku,aku terus melihat sekeliling bilik ini.Sungguh cantik.

"Jaga jaga.Bilik kau sebelah bilik aku je hehehe" gurau Airil.Aku terus menoleh ke arahnya."dah dah,Masuk bilik kau! Tak payah nak menggatal dengan aku" balasku sambil menolak Airil keluar dari bilik itu.

Setelah Airil keluar dari bilikku,aku cepat cepat tutup pintu.Lalu terus menanggalkan tudung.Terasa rimas pula.

Bip...Bip.....Bip....

Tiba tiba telefonku berbunyi.Aku terus mencapai telefonku di dalam kocek.Kelihatan ada 1 mesej dari Aiman.

AIMAN

(1) Hai! Buat apa tuu :)

"Apahal dengan dia ni? Tiba tiba je..."bisik hatiku.Tanpa membuang masa,aku terus membalas mesejnya.

ME

- Korek hidung.Kau?

Dengan selambanya aku sent mesej itu.Entah kenapa aku rasa mahu bergurau dengannya.Belum sampai sesaat,mesejku di balas.Awalnya balas.Nampak sangat bosan haha.

AIMAN

(1) Pengotor lah gile!

(2) Aku nak tunjukkan mesej ni dekat mak bapak kau.Biar diorang tahu betapa pengotornya anak dia.HAHA

ME

- Hek eleh kau ni.Sikit sikit nak mengadu dekat parents aku.Tak gentleman langsung!

AIMAN

(1) Apa yang kau tahu pasal gentleman? Barbie?Tolong ah,perempuan tak payah nak mengada-ngada nak sebut pasal gentleman.Minda kau kosong pasal bende ni!

Aku sedikit terkejut melihat mesejnya.Marah ke? Aku mengeluh panjang sambil mengusap wajahku perlahan.Dia merajuk ke? Aduhh!

Baru sahaja aku ingin membalas,tiba tiba pintu bilikku di buka dengan luas.

"Mama aku ajak kau......."Airil terhenti apabila melihat keadaanku yang tidak bertudung.Terbeliak mataku melihat Airil yang Selamba bin Badak pandang aku macam tu.

BOY BEST FRIENDSWhere stories live. Discover now